Kelebihanan mengecat lantai menggunakan Epoxy Paint ini bukan sahaja merubah wajah menjadikan bilik air lebih cantik dipandang, malah dapat menyelesaikan masalah seperti bocor celahan mozek, jubin lantai kekuningan sebab karat, mozek licin dan sebagainya.
Namun demikian, ada sebabnya jika mak-mak ada merancang untuk mengecat lantai di bilik air mengggunakan Epoxy Paint, sebaiknya elak pilih warna gelap. Bukan apa, warna lantai di bilik air memainkan peranan penting dalam kebersihan dan keselamatan diri.
Ini pesanan yang dikongsikan oleh Puan Intan Liana sebagai panduan;
Sedikit nasihat buat yang ingin mengecat lantai bilik air dengan Epoxy.Kalau boleh sila elakkan menggunakan warna hitam atau gelap seperti gambar contoh ini kerana :
1.Tak Nampak Najis
Kalau ada najis tak nampak dan mungkin akan terpijak balik dan bawa keluar dari tandas.
2. Tak Nampak Binatang Berbahaya
Ada cacing,lipan atau binatang lain tak akan nampak dan merbahayakan kerana bilik air adalah tempat kesukaan mereka.
3. Kotoran Mudah Melekat
Cat Epoxy ni sangat mudah melekat kotoran (pengalaman sendiri) dan selalu sangat kena cuci.Bila dah warna gelap,ada kotoran pun kita tak nampak dan walaupun tak nampak,kotoran dah ada dilantai.
Sebaliknya, kalau bahagian dapur pula, dapur yang bagus letak warna cerah sebab mudah nampak kotoran dan kita akan cepat-cepat bersihkan.
Semoga menjadi panduan buat yang baru merancang nak buat atau yang dah buat.
Semoga bermanfaat!
Mesti Baca:Selalu Tukar Tikar Getah, Cat Lantai Guna ‘Epoxy Paint’ Lawa Bersinar Macam Mozek!
Baca Lagi Di Sini: ‘Make Up’ Tandas Guna Epoxy Paint,Kurangkan Licin,Tutup Lubang Mozek & Cantik!
Artikel Menarik:“Water Stain” Panel Kaca Bilik Air Kotor, Housekeeping Kongsi Tip Jadi Bersih Berkilat!
Mingguan Wanita: Jadi buat yang merancang nak cat bilik air dengan Epoxy Paint, sebaiknya elakkan guna warna-warna gelap iya.
Sumber: Intan Liana
Follow kami
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI