“Cari rezeki untuk awak, anak-anak. Mahu duit saya berikan” itulah antara luahan terbaru pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof menerusi sebuah video di akaun Instagramnya.
Syamsul juga menerangkan dia mempunyai sebab kenapa perlu menyekat nombor telefon Puteri Sarah. Ini kerana dia tidak suka bergaduh.
“Cari Rezeki Untuk Awak, Anak-Anak”
Luahan tersebut dibuat Syamsul susulan permintaan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana yang mahu ‘dilepaskan’ kerana tidak rela dimadu.
Malah ibu kepada dua cahaya mata itu juga turut memberitahu suaminya, masih menyekat nombor telefonnya.
“Jika mahu dilepaskan atau mahu bersama, kita berbincanglah di rumah. Lebih baik kita hentikan membuka aib masing-masing di media sosial. Kita membuka ruang kepada netizen untuk terus menghakimi.”
“Bagaimana kita hendak berkomunikasi jika begitu? Ia memudaratkan jadi saya mengambil pendekatan untuk ‘block’ (sekat) kerana saya tidak mahu hubungan kita bertambah keruh,” terang Syamsul.
Malah dia juga turut mendakwa Puteri Sarah memarahi dan memaki hamunnya di telefon atau WhatsApp seolah-olah tidak ada lagi rasa hormat terhadapnya sebagai suami.
“Namun, saya sama sekali tidak pernah tidak menghiraukan awak (Puteri Sarah). Saya cari rezeki untuk awak dan anak-anak. Awak mahu duit saya berikan, malah awak mahu dua orang gaji juga saya sediakan.
“Malah, kita juga ada berkomunikasi ketika saya hendak mengambil anak-anak menerusi orang gaji, ibu saya, adik saya dan adik awak,” katanya.
Bersuara Tangkis Tanggapan Buruk
Syamsul juga menjelaskan dia tidak suka berkongsi semuanya di media sosial. Walaupun dia menyekat nombor telefon Puteri Sarah tetapi tanggungjawab sebagai suami dan bapa tidak pernah diabaikan.
“Sejak dulu lagi saya tidak suka untuk berkongsi semuanya di media sosial tetapi memandangkan isteri saya memulakan, jadi saya bersuara untuk menangkis tanggapan buruk yang dilemparkan.
“Kalau anda di luar sana tidak tahu cerita sebenar, jangan jatuhkan hukum. Anda hanya mendengar dari sebelah pihak saja. Saya diam dan telan namun keadaan bertambah buruk.
“Saya ada ajak berbincang. Ini dapat dilihat daripada video-video yang saya muat naik sebelum ini. Kita berbincanglah di rumah jangan babitkan orang lain.
“Mereka yang mengutuk saya, biarlah Allah saja yang membalas semuanya,” akhirnya.
View this post on Instagram
Baca Disini : “IRA Pernah Minta Syamsul Pulang Ke Pangkuan Isteri, Anak & Keluarga,” Ayu
View this post on Instagram
Sumber / Sumber Foto : Instagram Syamsul Yusof
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI