Setiap anak pastinya mahukan kebahagiaan buat ibu dan ayah tersayang. Jika salah seorang telah meninggal dunia, tiada salahnya si anak mencarikan jodoh yang sesuai buat mereka bagi menemani hari tua.
Terbaru, Dato’ Ahmad Fadzli bin Yaakob atau lebih dikenali sebagai Fazley Yaakob, 43 ada meluahkan hasrat untuk mencarikan jodoh buat ibu tersayang,
Datin Umi Kalsom Abdol Latib.
Pemilik SukaSucre Bistro ini mahu mencari calon suami yang juga jodoh sesuai buat ibu tercintanya yang masih cantik bergaya dan berpewatakan lemah lembut, Datin Umi Kalsom Abdol Latib selepas lima tahun kematian suami, Datuk Yaakob Mohammad yang meninggal dunia pada Februari 2016 akibat komplikasi paru-paru.
Kata juara MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama itu, dia sendiri tidak tahu mengapa tergerak hari untuk berkongsi entri tersebut namun memang berhasrat mencari calon suami buat ibunya sebagai peneman hidup.
“Saya nak cari jodoh untuk ibu saya! Saya sendiri tak tahu kenapa saya tergerak hari ini membuat hantaran ini. Kali terakhir saya buat hantaran sebegini ialah ketika saya cari jodoh untuk adik perempuan bongsu saya. Alhamdulilah, dah dirisik pun oleh bakal suaminya.
“Kini saya nak usahakan untuk ibu saya tercinta pula. Sememangnya soal jodoh dan pertemuan, semuanya rahsia Allah. Kita sebagai manusia akan kekal berusaha dan berdoa. Maka, ini adalah usaha saya untuk ibu saya yang tercinta,” katanya.
Dalam hantaran status berkenaan, Fazley yang cukup dikenali menerusi single Asmara Ini turut menyenaraikan ciri-ciri calon suami ibunya yang akan menggalas tanggungjawab sebagai bapa tiri buatnya dan adik-beradik lain.
“Jika ada yang memenuhi ciri-ciri ini, mohon DM (direct message) saya untuk saringan terlebih dahulu.
“Bukan suami orang, berumur di antara usia 60 hingga 70 tahun, jujur dalam mencari kebahagiaan dunia dan akhirat, penyayang dan penyabar,” tulisnya.
Dalam pada itu, bapa kepada tiga orang cahaya mata itu turut menyatakan bahawa calon suami kepada ibunya mestilah suka makan kerana permata hatinya itu seorang yang rajin memasak dan baking (buat kek).
“Tiada semua ciri yang disebutkan pun tidak mengapa, asalkan baca semula ciri nombor satu (bukan suami orang),” ujarnya.
Sebelum menutup hantaran status di Instagram, Fazley sempat memohon agar usahanya tidak dimarahi ibunya.
“Ini misi saya. Doakan saya berjaya! Ibu jangan marah Paji (nama timangan) okey? Paji buat ini untuk kebahagiaan ibu tau! Paji sayang ibu sangat-sangat,” katanya.
Baca Lagi Di Sini:
Mak Ayah Nak Kahwin Lagi, Anak Tak Patut Halang Tapi TOLONG Bincang
Single Bukan Dosa, Lagi Berdosa Kita Terdesak Hendak Kahwin Hingga Aniaya Wanita Lain
Pasangan Kekasih Warga Emas Berkahwin, Selepas Bertunang Selama 48 Tahun!
Umur Bukan Penghalang, Siapa Sangka Lelaki Warga Emas Usia 84 Tahun Bertemu Jodoh Buat Kali Ketiga!
Mingguan Wanita : Tiada salahnya anak mencarikan jodoh yang sesuai buat mak ayah demi kebahagiaan mereka. Semoga usaha Fazley dalam mencari calon suami dan jodoh buat ibu tersayang berjaya.
Sumber: Fazley Yaakob
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita