‘Cari Acap Di Kawasan Air & Guna Bunyi Dentuman’ Abang Zam Imbas Survival Pemuda Broga

Penghujung Januari 2017, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kehilangan misteri pemuda Broga, Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, 22 di Bukit Broga, Semenyih.

Dan penghujung March lalu, Mohammad Ashraf Hassan, 29 atau Acap masih hilang secara misteri di kawasan Gua Tempurung. Masuk hari ke-14, Acap masih juga belum ditemui.

Misi mencarinya juga masih diteruskan. Jika pembaca masih ingat, Abang Zam dan team, dari MR.ZAM Extreme Ghosthunter Official antara yang terlibat dalam misi pencarian Azarul Mukhriz di Bukit Broga pada hari terakhir kehilangannya.

 

‘Cari Acap Di Kawasan Air & Guna Bunyi Dentuman’ Abang Zam Imbas Survival Pemuda Broga

 

Maklumnya, dia juga mendapat jemputan dari Perubatan Islam Nur Zikir untuk turut serta dalam misi pencarian Acap. “Memang ikutkan lama kami nak turun. Tapi masing-masing terikat dengan kerja.”

Kalau dekat lama dah Abang Zam dan team turun bantu.”

IKLAN

Siapa masih ingat lagi masa kes kehilangan adik Azarul di sorok bunian beberapa tahun yang lalu di Broga.” Katanya, masa FB LIVE itu sesuatu yang aneh berlaku.

MW melihat live yang Abang Zam kongsi, pada minit ke 17.21 kelihatan dedaun pokok pada satu spot dahan bergoyang. Padahal, daun pada dahan pokok yang berdekatan pegun tak bergerak.

 

‘Cari Acap Di Kawasan Air & Guna Bunyi Dentuman’ Abang Zam Imbas Survival Pemuda Broga
Kredit foto : Denny Lang

Cari Acap Guna Bunyi Dentuman

Ketika kejadian dua tahun lalu, Abang Zam telah dipanggil oleh rakan-rakan anggota S.A.R Abam Erry untuk membantu mereka. Dan pada keesokan harinya adik Azarul keluar dari alam belah sana dengan selamat.

Tapi bukan disebabkan Abang Zam & team. Atas kerjasama semua pihak dan doa seluruh rakyat Malaysia.”

IKLAN

Sambungnya lagi, “Apa pun Abang Zam ucap semoga adik Acap segera dijumpai dan kepada Perubatan Islam Nur Zikir all the best.”

Cuba lebihkan pencarian di kawasan air. Macam kes adik Azarul dulu, dia kata sering ke area ada air untuk dia minum. Masa tu dia di alam sana.”

700 orang mencari termasuk orang awam. Tapi tak ada seorang pun dia dengar, nampak dan dia tersedar lepas dengar dentuman mercun (kebetulan malam tu tahun baru Cina.”

Maybe cara alternatif gini boleh diguna pakai, gelombang bunyi.”

IKLAN

 

‘Cari Acap Di Kawasan Air & Guna Bunyi Dentuman’ Abang Zam Imbas Survival Pemuda Broga

 

Ini perkongsian FB LIVE Abang Zam dan team waktu mencari Azarul di Bukit Broga pada tahun 2017 : LIVE UPDATE BROGA HILL

Apa pun sama-sama kita doakan agar adik Acap kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat. Amin.”

MW : Juga mendoakan urusan pencarian Mohammad Ashraf Hassan dipermudahkanNya, dan dapat ditemui semula dengan selamat.

Sumber/Foto : MR.ZAM Extreme Ghosthunter Official

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI