Setiap kali menyambut hari raya aidiladha, pasti akan ada ahli keluarga yang akan mengambil bahagian dalam melakukan ibadah korban iaitu sembelihan haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan unta. Inilah tanda syukur atas rezeki yang diberikan.
Menariknya, bila melaksanakan ibadah korban ini, daging sembelihan ini diagihkan kepada ahli keluarga, jiran, fakir dan miskin yang memerlukan makanan ini yang boleh dikatakan jarang dirasai oleh sesetengah orang. Tak kurang juga ada menggunakan daging sembelihan ini untuk jamuan dan majlis kesyukuran.
Sebelum ini, mungkin ramai orang tahu ibadah korban dilakukan di kampung atau masjid dan bergotong royong membahagikan daging sembelihan kepada penduduk setempat.
Malah, hukum melaksanakan pada orang yang mampu adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut melakukannya.
Sebenarnya, melaksanakan ibadah korban adalah sebaiknya kerana beberapa faktor.
1. Kongsi Bahagian Lembu – Seekor lembu dikongsi dengan tujuh bahagian. Jika tidak mampu menyembelih binatang korban sendiri, diharuskan untuk mewakilkan kepada orang yang lebih arif.
2. Melihat Proses Penyembelihan – Sunat untuk hadir dan melihat sendiri proses penyembelihan binatang korban sama ada lelaki atau perempuan. Ini bafi menghayati sendiri dan mengambil fadilat seperti pengampunan dosa ketika darah binatang korban menitis.
3. Ambil & Makan Sebahagian Daging Korban – Disunatkan bagi orang yang berkorban untuk makan sebahagian daging korbannya.
Walau bagaimana pun, ibadah korban ini bukan saja dibuat oleh orang perseorangan, di kampung atau masjid. Tetapi juga ada pihak tertentu yang menjalankan program korban ini khas untuk dilaksanakan di negara-negara luar yang dikatakan harga lebih murah.
Ada beberapa pendapat berbeza tentang seseorang mengambil bahagian dalam ibadah korban di luar negara.
Mazhab Hanafi – Makruh dipindahkan ke luar kawasan kecuali jika disebabkan ada kerabatnya di sana atau yang lebih memerlukan.
Mazhab Maliki – Tidak harus dipindahkan sembelihan ke luar kawasan yang melebihi jarak musafir kecuali yang tinffal di luar kawasan lain itu sangat memerlukan.
As-Syafie & Hambali – Hukumnya harus untuk memindahkan ibadah korban ke luar negara yang tidak melebihi jarak musafir.
Daripada apa yang katakan ini, hukum melaksanakan korban secara wakil ke luar negaraadalah HARUS DAN SAH. Jika ada lebihan wang, tidak ada salahnya untuk memilih kedua-dua.
Kongsi Kegembiraan Aidiladha Melalui Kempen Kempen Qurban4Ummah 2023
Melalui Pertubuhan Peduli Insan Malaysia telah mengajak kita untuk membantu mereka yang berada di negara seperti Syria, Palestin, Yaman untuk berkongsi kegembiraan Aidiladha bersama.
Kempen Qurban4Ummah 2023 merupakan pelaksanaan kali ke 12 bagi ibadah korban yang dijalankan oleh Pertubuhan Peduli Insan Malaysia di Syria.
Istimewa bagi tahun ini, Peduli Insan telah memperbanyakkan lokasi pelaksanaan ibadah korban ke Palestin dan Yaman. Ini memastikan saudara kita yang terkesan daripada peperangan dan kini sedang terpalit dengan isu kemanusiaan yang berpanjangan seperti isu ketiadaan makanan terutamanya dapat merasakan nikmat merasai hidangan daging ketika Hari Raya Aidiladha.
Di samping itu, Peduli Insan juga membuka peluang untuk orang ramai bersedekah serendah RM30 melalui Sedekah Adha bagi meraikan mereka yang ingin bersama-sama Peduli Insan, peduli tentang saudara kita di negara bergolak.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen ini dan mengambil bahagian dalam ibadah korban di luar negara, boleh layari laman web rasmi Peduli Insan: www.peduliinsan.org
Daftar korban Syria, Palestin atau kongsi kegembiraan Hari Raya Aidiladha serendah RM30 melalui : https://ezy.la/n5c