Baby sakit baik batuk atau selesema doktor takkan bagi ubat batuk atau selesema. Ada juga mak ayah yang cuba dengan rawatan alternatif. Jika dah berlanjutan dekat seminggu dua kenalah bawa jumpa doktor.
Bimbang berkahak. Baby tak reti nak buang kahak sendiri. Sebab itu perlukan bantuan mak ayah untuk keluarkan.
Ini pengalaman yang dilalui seorang bapa, Muhammad Razi Bin Yusrizal ketika membawa bayinya yang batuk dan selesema dekat seminggu ke klinik Primer Cherang, Kota Bharu Kelantan.
Dr Safwan dan team membantunya dengan menunjukkan cara-cara yang betul menghilangkan kahak bayinya dengan teknik tepukan pada bahagian belikat dan tepi dada baby.
“Senang saja caranya. Buat di rumah pun boleh. Insya Allah video ini akan membantu mak ayah. Kasihan baby Hanan. Batuk, selesema dekat seminggu
.“Tidur malam pun sesak-sesak nafas. Pergi klini, team klinik ajar saya. Bagi susu kenyang-kenyang lepas tu, relaks 2 jam barulah tepuk.”
√ Tepuk guna 3 jari pada atas belikat baby dan tepi dada baby, lengkungkan tapak tangan agar tak kena bahagian badan lain baby.
√ Berhenti bila baby menangis bila mak ayah tepuk.
√ Letak baby atas bantal. Dukung pun boleh.
√ Sebaiknya tepuk 5 jam sekali. Selama 3 hari.
√ Mak ayah kena periksa lendir yang baby keluarkan, putih atau kuning.
Sumber/Foto : Muhammad Razi Bin Yusrizal