
Isi Kandungan
ToggleBaby sakit baik batuk atau selesema doktor takkan bagi ubat batuk atau selesema. Ada juga mak ayah yang cuba dengan rawatan alternatif. Jika dah berlanjutan dekat seminggu dua kenalah bawa jumpa doktor.
Bimbang berkahak. Baby tak reti nak buang kahak sendiri. Sebab itu perlukan bantuan mak ayah untuk keluarkan.
Ini pengalaman yang dilalui seorang bapa, Muhammad Razi Bin Yusrizal ketika membawa bayinya yang batuk dan selesema dekat seminggu ke klinik Primer Cherang, Kota Bharu Kelantan.
Dr Safwan dan team membantunya dengan menunjukkan cara-cara yang betul menghilangkan kahak bayinya dengan teknik tepukan pada bahagian belikat dan tepi dada baby.
“Senang saja caranya. Buat di rumah pun boleh. Insya Allah video ini akan membantu mak ayah. Kasihan baby Hanan. Batuk, selesema dekat seminggu.
“Tidur malam pun sesak-sesak nafas. Pergi klini, team klinik ajar saya. Bagi susu kenyang-kenyang lepas tu, relaks 2 jam barulah tepuk.”
Video Cara Tepuk Nak Hilangkan Kahak Baby Batuk Dan Selesema
Tip Bagus Doktor Beri
√ Tepuk guna 3 jari pada atas belikat baby dan tepi dada baby, lengkungkan tapak tangan agar tak kena bahagian badan lain baby.
√ Berhenti bila baby menangis bila mak ayah tepuk.
√ Letak baby atas bantal. Dukung pun boleh.
√ Sebaiknya tepuk 5 jam sekali. Selama 3 hari.
√ Mak ayah kena periksa lendir yang baby keluarkan, putih atau kuning.

Info Ini Pun Boleh Dicuba
Sumber/Foto : Muhammad Razi Bin Yusrizal
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
PENTING Suami Isteri Saling Menghargai, Perlu Ada Rasa Berterima Kasih Sesama Pasangan

Isi Kandungan
ToggleDalam rumahtangga adalah penting suami isteri untuk saling menghargai, perlu ada rasa berterima kasih sesama pasangan. Tak kiralah apa juga keadaan, walaupun sekecil-kecil perkara. Mungkin nampak mudah dan perkara ringan, sekadar ucapan terima kasih, namun ia cukup bermakna buat pasangan sebagai tanda menghargai dan diri dihargai.
Nak faham lebih lanjut, baca perkongsian Dr Taufiq Razif ini.
Tadi bidadari saya minta bajet daripada saya untuk beli Ipad. Katanya senang nak buat Live dan buat projek projek kerja dia.
Saya dengan muka tanpa emosi terus iyakan je lah. ” Yelah. Belilah sayang ”
Sebelum beredar keluar daripada bilik pejabat saya, isteri saya jengah kepalanya ke pintu bilik sambil mengucapkan sesuatu yang membuatkan saya sangat terharu.
“Terima kasih abang. Semoga Allah murahkan rezeki abang. Semoga Allah mudahkan segala urusan abang “.
Perasaan Sebak
Saya buat muka tanpa emosi je sehinggalah isteri saya hilang daripada pandangan. Ketika itulah suatu perasaan sebak tiba tiba hadir dalam diri saya.
Saya tahu duit dan rezeki yang hadir ni dalam hidup saya ni bukan saya yang punya, semuanya Allah punya tapi bila pasangan sendiri berterima kasih dan menghargai pemberian saya, ada perasaan indah yang mengalir di dalam dada.
Patutlah saya pernah terbaca satu Hadis Nabi ini :
لَا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى امْرَأَةٍ لَا تَشْكُرُ لِزَوْجِهَا وَهِيَ لَا تَسْتَغْنِي عَنْهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada seorang wanita yang enggan berterima kasih kepada suaminya dan kepada wanita yang tidak merasa memerlukan suaminya”
Riwayat al-Nasa’ie (9086) dan al-Baihaqi (7/294)
Sekarang baru faham kenapa perlu ada rasa berterima kasih sesama pasangan. Memang kita tak nafikan kita kena ikhlas dalam berbuat kebaikan tetapi memang lumrah dan fitrah manusia untuk merasai dihargai kerana penghargaan membenihkan dan menumbuhkan ketenangan dan kebahagiaan dalam perkahwinan.

Taufiq Razif
Suami sebak
Baca Lagi Di Sini:
Didik Anak Jadi ‘Manusia’, Penting Suapkan Makan, Hargai Ucap Terima Kasih!
Ucap Terima Kasih,“Sedap Awak Masak” Mampu Kurangkan Kepenatan Isteri
MW: Dalam rumahtangga memang penting suami isteri untuk saling menghargai, ada rasa berterima kasih sesama pasangan. Ia bagi membentuk rasa harmoni dan kebahagiaan dalam rumahtangga.
Sumber: Dr Taufiq Razif
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Latih Anak Bebas Pampers, Mak-mak Kena ‘Get Ready’ Kalau Dah Ada 9 Tanda-tanda Ini

Isi Kandungan
ToggleBukan mudah sebenarnya nak latih anak bebas pampers lebih-lebih lagi kalau budak tu masih kecil dan ragamnya bak kanak-kanak rebina. Tetapi perkara ini jadi senang kalau tahu trik dan langkah yang betul.
Jadi kalau mak-mak berniat nak hentikan anak daripada terus pakai pampers, boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Terapis Carakerja (Occupational Therapist) Puan Maryam Jamadi ini…
Umur 2 tahun.
Antara bebas diaper dan pandai membaca mana lebih penting?
Kalau jawapannya bebas diaper, lega hati saya. Kadang-kadang, saya risau dengan ada segelintir mak ayah yang lebih pentingkan anak 2-3 tahun pandai membaca tapi tidak kisah anak tidak reti makan dan minum sendiri, tidak reti buka baju seluar dan belum bebas diaper. Ada yang sampai umur 6 tahun, pandai membaca dan mengira tapi masih lagi pakai diaper ke tadika melainkan memang ada masalah kesihatan lain.
Bebas diaper ini bukan sahaja dapat menjimatkan poket mak ayah, malah ada banyak kepentingannya dalam perkembangan emosi dan sosial anak. Seperti yang saya kongsikan sebelum ini di post “Cara Memanipulasi Anak”, umur setahun hingga 3 tahun adalah fasa anak untuk dapatkan “Autonomy” ke atas dirinya sendiri. Sebab itulah, masa ini anak akan mula merampas baju yang hendak dipakaikan, merampas sudu atau mengamuk ingin makan sendiri, mahu pakai kasut sendiri, marah apabila barang yang dipegang dirampas dan sebagainya.
Semua ini sebab anak sudah ada ada kesedaran dan keinginan untuk belajar urus diri sendiri. Mereka lihat apa yang mak ayah buat dan mereka ikut walaupun belum cekap. Sokong anak untuk belajar berdikari, bukannya perlekehkan mereka apatah lagi menghalang. Sebab secara tak langsung mak ayah akan menyebabkan perkembangan emosi dan anak terganggu.
Malah kajian tentang ini juga telah dilakukan pada tahun 2002 dan hasilnya kebanyakan anak yang lewat bebas diaper akan meningkatkan risiko mendapat masalah mengawal pundi kencing dan masalah usus di masa akan datang (diterbitkan di Journal of Pediatric Urology).
TANDA-TANDA ANAK SUDAH BERSEDIA
Selalunya mak ayah sudah boleh mula mengajar anak bebas diaper pada umur 2-3 tahun, ada juga anak yang sudah menunjukkan kebolehan bebas diaper seawal 18 bulan. Untuk mengelakkan kejadian lantai basah, tilam basah atau bau “hancing” seluruh rumah. Lebih baik mak ayah tahu dahulu tanda-tanda anak sudah bersedia untuk bebas diaper:
1. Boleh duduk, berdiri dan melangkah anak tangga di tandas dengan sendiri.
2. Mempunyai skil motor dan koordinasi yang baik untuk membuka pintu sendiri.
3. Berminat untuk ke tandas dan proses di dalam tandas (Duduk, ambil paip air atau tisu, flush)
4. Mahu mengikut sesiapa sahaja ke tandas untuk melihat proses di tandas.
5. Sudah mempunyai keupayaan untuk menahan kencing atau berak selama lebih kurang 2 jam.
6. Pandai maklumkan mak ayah dengan bahasa tubuh atau beritahu nak “iyak”/ ‘pupu” atau ‘kencing/cing”.
7. Tidak minat lagi memakai diaper dan mahu membuka sendiri diaper lepas “membuang”.
8. Pandai mengikut arahan.
9. Mempunyai masa yang sama untuk “membuang” seperti lepas bangun tidur atau lepas makan.
* Tanda-tanda diatas juga boleh digunapakai untuk anak bekeperluan khas, cuma umur sahaja berbeza.
Jika anak mempunyai tanda diatas, maka ayuhlah kita mengajar anak bebas diaper ya mak ayah jangan tangguh-tangguh lagi ?
PERSEDIAAN MAK AYAH
Ada banyak sangat cara untuk mengajar anak bebas diaper. Kalau ikut cara orang dulu-dulu ada yang bogelkan sahaja diluar, kalau nak “membuang” WAJIB bagitahu kalau tidak tunggulah “hadiah”nya. Hasilnya, sehari dua dah pandai.
Dibawah ini adalah teknik yang selalu digunakan oleh Terapis Carakerja untuk anak bekeperluan khas, tetapi diolah sedikit untuk anak yang tipikal. Sebelum melatih anak bebas diaper, mak ayah perlulah:
1. Pilih samada nak latih anak menggunakan tandas terus ataupun guna “potty”.
Kedua-duanya ada kebaikan dan keburukan, kalau mak ayah rajin gunalah potty kerana ia agak kurang menyeramkan untuk anak, mudah dibawa dan selamat. Kalau malas nak membasuh, gunalah tandas terus. Kalau ada duit lebih, belilah tempat duduk tandas kecil yang siap ada tangga.
2. Latih anak menggunakan bahasa tubuh seperti pegang perut sambil cakap “berak/iyak”, “kencing/cing”, “pee/poopoo”. Pilihlah satu paling sesuai dan kata setiap kali tukar diaper. Tunjukkan “kuih” pada anak setiap kali anak membuang dalam diaper.
3. Cerita sosial (Social Story)
Ceritakan kenapa kita ke tandas, apa yang dilakukan, proses di tandas dan sebagainya. Mak ayah boleh juga cerita dengan memggunakan patung kesukaan. Contohnya,
“Setiap pagi, selepas Didi bangun tidur. Didi akan pergi tandas untuk “iyak/poopoo”. Mula-mula Didi buka seluar, duduk di atas tandas dan meneran (sambil buat muka meneran). Abang nak jadi macam Didi tak?”. Mak ayah bolehlah buat cerita ikut kretiviti masing-masing sambil buat ekspresi muka “over” lagi anak suka. ?
4. Perhatikan tingkahlaku anak sebelum “membuang” contohnya resah gelisah, kehulu kehilir, menyorok di belakang almari atau duduk di sudut bilik. ?
5. Catat masa setiap kali anak “membuang” selama seminggu sebelum latih anak. Selalunya anak sudah ada pola masa yang sama seperti waktu pagi selepas bangun tidur, tengahari selepas makan dan sebagainya.
6. Pastikan anak makan makanan berserat seperti buah dan sayur dengan mencukupi.
Proses melatih jadi lebih sukar sekiranya anak sembelit.
7. Pakaikan diaper jenis seluar (diaper pant) dan seluar bergetah yang longgar supaya mudah untuk dibuka bila dah tak tahan dihujung-hujung. ?
Semua diatas ini boleh mula dilakukan untuk anak berumur setahun keatas untuk persediaan bebas diaper.

AYUH, MULAKAN SEKARANG
Jika mak ayah dah ada “bahan-bahan” untuk melatih anak seperti jadual masa, potty dan seluar dalam anak maka boleh mulakan dengan ikut 3 tahap yang saya rumuskan ini:
Tahap pertama (Masih memakai diaper)
1. Pujuk anak ke tandas 10 minit sebelum sebelum jadual pola masa, terutamanya sejurus lepas bangun tidur, lepas makan dan sebelum tidur. Nak lagi bagus, bawa setiap 2 jam. Sebab lebih kerap lagi bagus.
2. Tekan sedikit di bahagian pundi kencing di bahagian bawah perut anak semasa duduk di tandas dan ajar anak untuk meneran.
3. Puji anak setiap kali anak berjaya “membuang” di dalam tandas.
4. Jika anak terlepas “membuang” di dalam diaper, tunjuk diaper basah pada dia dan kata “abang tak boleh buang dalam ini”.
5. Disarankan mak ayah fokus latih berterusan selama lebih kurang seminggu.
Tahap Dua (Pakai waktu tidur sahaja)
1. Mak ayah boleh mula pakaikan anak seluar dalam kesukaan mereka untuk menggantikan diaper.
2. Pakaikan diaper waktu tidur siang dan tidur malam sahaja.
3. Tunjuk anak diaper basah sekiranya dia terlepas.
4. Bawa anak ke tandas sejurus bangun tidur sampai jadi rutin harian.
Tahap pertama (Masih memakai diaper)
1. Ajak anak ke tandas 10 minit sebelum sebelum jadual pola masa, terutamanya sejurus lepas bangun tidur, lepas makan dan sebelum tidur. Nak lagi bagus, bawa setiap 2 jam. Sebab lebih kerap lagi bagus.
2. Tekan sedikit di bahagian pundi kencing di bahagian bawah perut anak semasa duduk di tandas dan ajar anak untuk meneran.
3. Puji anak setiap kali anak berjaya “membuang” di dalam tandas.
4. Jika anak terlepas “membuang” di dalam diaper, tunjuk diaper basah pada dia dan kata “abang tak boleh buang dalam ini”.
5. Disarankan mak ayah fokus latih berterusan selama lebih kurang seminggu.
Tahap Dua (Pakai waktu tidur sahaja)
1. Mak ayah boleh mula pakaikan anak seluar dalam kesukaan mereka untuk menggantikan diaper.
2. Pakaikan diaper waktu tidur siang dan tidur malam sahaja.
3. Tunjuk anak diaper basah sekiranya dia terlepas.
4. Ajar anak ke tandas sejurus bangun tidur sampai jadi rutin harian.
Tahap Tiga (100% bebas diaper)
1. Boleh mula kurangkan memakai diaper di waktu malam.
2. Letak alas katil kalis air supaya katil tidak tercemar dengan bau “hancing”.
Kunci utama untuk berjaya adalah kerapkan memuji anak. Pokok pun boleh mati kalau setiap hari kita datang marah-marah. Sabar, jangan terlalu memarahi anak sekiranya lambat kerana nak berjaya perlukan masa, bukannya sekali ajar dah pandai, ada yang seminggu dah berjaya, ada yang sebulan malah ada yang setahun baru berjaya. Sebab ia perlu berterusan baru cepat nampak kesan. Kalau skip sehari buat, esok malas, mula balik tahun depan maka bertahunlah jawabnya.
Dalam melatih anak bebas diaper, jangan lupa untuk melatih skil urus diri seperti pakai baju dan seluar ya. Tak adalah sampai umur 6 tahun masih lagi mak ayah kena bukakan seluar dan jirus setiap kali anak nak “membuang”.
Untuk anak bekeperluan khas, seperti Autisme (ASD), Global Delay Development (GDD), Down Syndrome (DS), etc tekniknya berbeza sedikit. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh pm saya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas Cuba 4 Tip Ini, Dalam Masa SEHARI Anak Bawah 3 Tahun Dah Bebas Pakai Lampin

Isi Kandungan
ToggleBapa ini mencuba empat tip yang membuatkan anak kecilnya seusia 3 tahun bebas daripada memakai lampin pakai buang. Sebenarnya, cara ini jika dipraktikkan pada anak bawah usia 3 tahun pun berkesan sungguh.
Paling seronok, walaupun cuma mencuba untuk sehari, usaha bapa ini, Mohd Fadhli berjaya. Anaknya kini mampu membuat air di tandas tanpa bantuan lampin pakai buang.
Tips Anak Tidak Pakai Lampin Seawal 3 Tahun Hanya SEHARI Sahaja
Anak saya berumur 3 tahun. Ini hanya perkongsian. Mungkin, anak anak anda lebih awal dari anak saya yang mana mampu buang air di tandas tanpa memakai lampin pakai buang.
Pada awalnya saya dan isteri amat kurang yakin atas kemampuan anak sulung kami. Tetapi selepas dinasihati oleh seorang doktor Klinik Simpang Ampat, Melaka kami menyahutnya. Antara nasihatnya ialah latih anak tidak memakai pampers pada waktu cuti.
Baiklah, saya cuba kongsikan bagaimana cara saya dan isteri melatih anak tidak memakai pampers hanya sehari sahaja.
1. Niat Itu Penting
Tanamkan niat dan keyakinan dalam hati kita (ibu bapa) hanya Allah yang mampu latih dan didik anak anak kita. Kita hanya usaha
Keyakinan itu penting. Keyakinan yang tinggi akan memberi harapan yang menggunung. Bila kita yakin dan tanamkan segala pada Allah, maka segala kemungkinan seperti anak kita terkencing atau terberak kita akan hadapi dengan tenang tanpa marah marah.
2. Ulang-ulang Ingatkan Anak, Bila Anak Lupa.. Ingatkan Lagi
Sebelum kita latih anak tidak memakai pampers, ulang ulangkan peringatan kepada anak (ambil masa)
Peringatan ini bukan dilakukan sehari atau du hari. Tetapi peringatan ini mula dilaksanakan setelah anak kita mampu respon segala arahan ibu bapa yang mudah mudah.
Lazimkan semasa tukar pampers ditandas (sewaktu pakai pampers). Cakap padanya.
“Ini tandas, tempat buang air ”
“Kalo buang air, kene basuh bersih bersih ”
Selalu ulang ulang. Mengikut kreativiti anda.
3. Lepas Ingatkan, Fahamkan Anak Dengan Arahan
Pada hari pertama tidak memakai pampers, kene tegaskan pada anak. Peringatan hendaklah diberi dengan jelas.
Anak anak kita pada peringkat umur 3 tahun hingga 7 tahun mampu mengingat dan faham dengan pantas segala arahan dan apa yang di dengari. Contoh ;
“Akak tak pakai pampers tau, nanti kalau nak kencing bagi tahu abi dan umi, ingat tu ”
Ulang banyak banyak kali sewaktu pakaikan baju dan seluarnya.
Oleh sebab itu, lazimkan anak anak dengan selawat, zikir dan alunan Quran ketika ini. Kerana mudah untuk mereka ingat.
4. Biar Mulut Mak Ayah Bising Bertanya..
Selalu bertanya ketika dia sedang main atau leka buat sesuatu.
Ketika anak sedang bermain, seringkan bertanya dan buat buat tanya . Contoh ;
“Akak nak kencing tak…..”

“Akak nak berak tak…….”
“Kalo nak kencing berak bagi tahu abi tau…”
Syarat Ini Kena Jelas
Kesimpulannya di sini jika mahu anak anak kita seawal tiga tahun tidak memakai pampers dan mampu beritahu kita untuk buang air. Perlu ada beberapa syarat ;
1. Keyakinan
2. Komunikasi yang jelas
3. Sabar.
Sampai sini dahulu, perkongsian saya. Akan datang saya akan kongsikan bagaimana hendak didik anak bila sakit sahaja dia tahu angkat tangan dan doa se awal 3 tahun.
Perkongsian ini dari seorang abi yang MUDA.
Sumber/Foto : Mohd Fadhli
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI