Waktu PKP ini, murid-murid diberikan latihan, kerja sekolah menerusi whatsApp. Murid yang dah siap kerja, ibu bapa akan hantarkan jawapan latihan di dalam whatsApp.
Guru ini, Siti Fatimah Manaf berkongsi panduan mudah untuk guru-guru menandakan latihan murid-murid di dalam aplikasi whatsApp saja. Cara ini lebih mudah, sebab cikgu tak perlu pun nak download aplikasi Xodo atau apa-apa aplikasi lain.
Tak perlu dah download aplikasi Xodo ini.
Lebih pantas, dan menjimatkan masa guru. “Contoh macam ni, ambil balik gambar latihan yang murid hantar, then boleh edit dan send terus dalam grup whatsApp.”
“Sebab ramai yang nak tau camna nak tanda latihan murid di wasap, di sini ct tunjuk satu-satu cara tu.Mungkin ramai yang dah tau. Tapi ada yang belum tau. Jadi, ct kongsi untuk manfaat cikgu-cikgu.”
“Tak perlu guna Xodo, tak perlu nak download apps apa-apa. Just dalam wasap ja kita boleh tanda latihan murid. “
Ok, jom tengok camna cara dia.
CARA MENANDA LATIHAN MURID DALAM WASAP (TAK PERLU XODO PUN)
Terpakai untuk semua latihan murid. Di bawah disertakan cara nak setkan tulisan jawi di dalam handphone.
Ok, mula-mula kita kena pastikan keypad di handfon kita ada Arabic Font. Camna nak install arabic? Ok, jom masuk wasap. Dekat wasap, masuk setting.
In case dalam setting wasap tak da Arabic, keluar balik, pegi ke setting hp, ambik language and inputs – keyboard – Add new keyboard – Arabic
Ambik Language
Cari tulisan Arab العربية. Tick. Done.
Ads
In case kalau hp takda arabic, open setting di hp,
masuk setting – language and inputs – keyboard – Add new keyboard – Arabic
Ok, dekat keypad wasap kita, ada tulis English kan. So, swap ja kt situ, kiri atau kanan untuk tukar ke tulisan Arab.
Buka group wasap kelas kita. Mana-mana murid yang dah hantar latihan, kita ambik balik pic tu, dan edit balik untuk cek dan betulkan. Pastikan kita ingat nama murid tersebut.
Ok, klik pada tanda ✏ di tempat edit pic tu.
Setkan warna merah. So, kita mula la ✅ pakai jari kita ja 😁. Lama tak pegang pen kan. So, pakai ja jari untuk rait latihan murid.
Ads
Ok, untuk betulkan ejaan yang salah, kita klik pada Ikon T tu ha. Untuk kita nak tulis atas picture tu.
Ok.. Mula tulis. Nak tulis jawi, kena tekan huruf di keypad tu lama-lama. Nanti akan keluar huruf jawi.
Ok, mula tulis jawapan yang betul.
Sebagai panduan:
Huruf چ ada dekat ج
Huruf ڤ ada dekat ف
Huruf گ (bukan Ga yang betul )ada dekat ك
Huruf پ ada dekat ب
Ads
Ok, tak semua huruf jawi ada kat keypad kita. Takpa, bentuk-bentuk huruf ada, kita boleh gunakan. Cuma kena penerangan lagi untuk murid.
Kecikkan tulisan tu guna jari ja kat screen hp kita tu.
Masa nak kecikkan dia, jauhkan jari dari perkataan tu, baru mudah nak kecikkan.
Drag letak tepi jawapan yang salah tu.
Ok.. Dah siap betulkan jawapan. Boleh send ke dalam wasap group kelas yang kita ajar tu. Jangan lupa tag kan nama murid yang empunya latihan tersebut.
Itu saja.
Selamat mencuba
Kalau nak tengok camna ct cek dalam group wasap murid, boleh tengok di link ni ya:
Kanser payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita dan juga kanser paling tinggi kejadiannya di kalangan rakyat Malaysia!
Statistik dan angka ini sudah tentunya tidak asing lagi bagi kita, namun ianya amat membimbangkan di kalangan semua wanita, betul?
Nak tahu lebih jauh tentang kanser payudara dari sudut punca yang boleh berlaku, ikuti perkongsian daripada doktor Dr Ezairy M Sallih ini…
Beberapa tanda awal kanser payudara yang perlu anda tahu…
1. Tanda paling kerap adalah benjolan atau penebalan pada lapisan kulit/tisu payudara.
2. Tanda-tanda lain adalah perubahan pada saiz atau bentuk payudara.
3. Terdapat lelehan dari puting atau perubahan pada warna dan rupa kulit payudara.
4. Walaubagaimanapun, Kadang kala, tidak ada sebarang tanda sehinggalah kanser payudara telah merebak.
Apakah yang perlu anda lakukan jika benjol dikesan pada payudara?
1. Segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan bersama doktor jika anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas.
2. Doktor akan menggunakan suatu jarum untuk mengeluarkan cairan atau sedikit tisu dari benjol tersebut.
3. Ini akan menunjukkan sama ada benjol tersebut adalah ketumbuhan berbahaya atau pun tidak.
4. Doktor juga boleh melakukan biopsi di mana sebahagian atau keseluruhan benjol dikeluarkan dan dihantar ke makmal untuk dipastikan sama ada ianya kanser atau bukan kanser.
5. Pemeriksaan ultrasound boleh juga digunakan untuk mengenalpasti jenis ketulan atau ketumbuhan tersebut.
6. Lakukan pemeriksaan payudara sendiri di rumah. Perhatikan jika ada apa- apa perubahan pada tisu payudara seperti perubahan pada saiz, benjolan, kulit berkedut atau lelehan dari puting.
7. Untuk wanita berusia kurang dari 40 tahun, anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan di klinik atau hospital jika terdapat benjolan. Untuk wanita berumur lebih dari 40 tahun, cara yang paling berkesan adalah mamogram. Walaubagaimanapun, doktor perlu juga melakukan pemeriksaan klinikal.
8. Yang terakhir, namun paling penting bagi saya ialah JANGAN sekali-kali tinggalkan follow up dan temujanji bersama doktor. JANGAN cuba-cuba buat rawatan alternatif atau bomoh-bomoh dengan andaian kanser tersebut akan sembuh. Fikirlah sepuluh kali sebelum berbuat demikian. Jangan sampai terlambat!
Sayangi diri anda dan orang yang mengasihi anda.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kuah kacang salah satu menu kegemaran ramai dan sedap dimakan dengan nasi impit atau ketupat.Nak buat kuah kacang yang sedap ada cara dan resipinya yang tersendiri.Menerusi perkongsian Ruziati Amat Sarbini, kuah kacang ini merupakan resipi daripada arwah emaknya.Malah menurut beliau, kesedapan kuah kacang ini juga diakui kawan-kawan, sehingga ada yang memujuk agar kuah kacang ini dijual!Punyalah hebat penangan kuah kacang ini.
Berikut merupakan perkongsian resipi beliau yang mak-mak boleh cuba sendiri nanti.
“Kawan kata kuah kacang saya sedap, siap pujuk saya jual kuah kacang, ni resepi kuah kacang saya.”
Bahan-Bahan:
1 kg kacang tanah (goreng dan kisar dengan air)
800 gm gula
2 setengah sudu garam
3 biji bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
Segenggam asam jawa (bancuh pekat)
4 batang serai(diketuk)
Seinci lengkuas
Minyak masak
Air
Udang kering ditumbuk kasar(ikut selera)
Rm3 cili kering ( kalau rasa nak lebih pedas boleh tambah cili)
Cara Membuat:
1.Tumis bawang putih dan bawang merah yang dikisar sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain, kacang tanah, serai, lengkuas, cili kisar, udang kering dan air asam jawa.Kemudian tambah sedikit air.
3.Biarkan mendidih sehingga agak-agak pekat (sambil tu kacau selalu untuk elak hangus bahagian bawah).
4.Kecilkan api, renihkan kuah sehingga naik minyak sambil kacau sesekali.
Tip Ekstra!
Kacang yang dah digoreng, dikisar dengan air. Ia bagi memudahkan sewaktu memasak kuah kacang dan hanya perlu tambah hanya sedikit air sahaja nanti.
Siap!
# saya izinkan sesiapa yang nak kongsi resepi ni. Tak perlu minta izin
# resepi arwah mak saya doakan untuk mak saya ye.
Sayu kisah bapa kematian bayi yang lahir tak cukup bulan ini. Dia diuji tuhan dengan ketidakcukupan wang untuk menguruskan jenazah anak lelakinya yang baru meninggal itu.
Ketika dia membawa jenazah anaknya untuk dikebumikan, pengurusan jenazah surau di tempatnya memintanya pulang. Kerana dia tidak ada RM300 untuk membayar kos pengebumian yang dikenakan.
Kisah sadis ini dikongsikan oleh Mohd Zulhairi Zainol, 34 atau lebih dikenali sebagai Hery yang dibukakan hati oleh Allah untuk membantu memudahkan urusan bapa ini.
“Baby kecik macam ni pun nak caj RM300. Modal Hery tadi hanya RM20 je.”
“Disebabkan dikenakan caj RM300, si ayah ini tak mampu, dah orang tu tak nak uruskan.”
Bapanya Cuma Ada RM150 Saja
Akhirnya anak kecilnya itu dibawa semula ke hospital. Lalu pihak forensik hospital memaklumkan pada Hery yang merupakan aktivis Amal Team.
“Terus Hery datang bantu dan uruskan. Mandi dan kafan serta kebumikan.”
Maklum Hery, bapa itu cuma bekerja sebagai pembantu gerai makan. Di saat dia membawa anaknya untuk dikebumikan, dia cuma ada RM150 saja.
“Hery cakap simpan saja duit tu.” Terus bapa tadi menangis lalu memeluk Hery, ditangannya masih didakap erat jenazah anaknya.
Semalam, jenazah bayi lelaki itu sudahpun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas di Bangi. Biarpun urusan tersebut telah selesai, jauh di sudut hati Hery tersimpan perasaan sedih.
“Kerana sebagai orang Islam, urusan pengebumian itu sepatutnya didahulukan dan menjadi kewajipan sesama Islam untuk saling membantu, namun itu tidak berlaku.”
Doakan Van Jenazah Ketiga Berjaya Dikeluarkan
“Dan terima kasih pada kalian semua. Inilah di antara sumbangan kalian Hery salurkan.” Maklumnya dengan bantuan sumbangan rakan-rakan facebook itulah memudahkan Hery menguruskan jenazah bayi lelaki itu.
Kongsinya lagi daripada sumbangan orang ramai juga pihaknya dapat menyediakan dua van jenazah jenis mpv untuk kegunaan ke hospital dan kegiatan amal yang lain.
“Doakan van jenazah ketiga akan berjaya dikeluarkan.”
“Untuk siapa semua ini, untuk mereka yang memerlukan bila ada kematian.” Dan rakan-rakan kita ramai boleh mandikan jenazah secara percuma.
Maklumnya lagi, semua itu adalah seratus peratus hasil sumbangan daripada rakan-rakan facebooknya.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...