Cara Tanam Sawi Tha Sai Untuk Beginner ‘Hari Ke-16 Pindahkan Pasu’

Share

Lelaki ini, Mohd Amri berkongsi cara tanam sawi Tha Sai untuk pemula. Akuinya, ini kali pertama dia menanam sawi jenis ini. Walaupun baru pertama kali, hasilnya sawi subur menghijau.

Paling penting, pada hari ke-16 tanaman sawi ini perlu dipindahkan ke dalam pasu. Agar ia boleh membesar dengan subur.

Katanya, “menanam ini satu journey ya sahabat semua. Jangan ada putus asa. Sekali tanam tak jadi, cuba lagi, cari ilmu dan bertanya orang lain. In sha Allah jadi.”

Pertama Kali Tanam Sawi Tha Sai

Kali ini saya nak kongsi hasil tanaman sawi “tha sai” saya untuk kali pertama. Ikutkan, masih belum capai KPI ni. Hehe. Dalam kekangan cuaca yang tidak menentu, pertumbuhan agak kurang menarik. Tapi, syukurlah kepada Allah sebab inikan kali pertama tanam sawi jenis ini.

Medium Tanah : Medium saya guna ialah tanah hitam, sekam mentah, tanah merah bakar dan sedikit cocopeat.

95% semaian berjaya
Daun dah mulai banyak

Bekas kecil boleh beli di Shopee : https://invol.co/cl5v9xz

Hari Pertama Semaian Selepas Tanam Sawi Tha Sai

Pada peringkat hari pertama semaian, saya akan melakukan “heating”. Heating ada satu proses kita menutup bekas semaian dengan plastik hitam secara penuh hampir 3 hari. Proses ini penting untuk memastikan percambahan anak pokok adalah sama tinggi. Sekata. So, takdala anak pokok yang tinggi, ada yang rendah.

Selepas Hari Ke-3

Selepas 3 hari, buka plastik hitam dan dedahkan dengan cahaya matahari. Proses dedahan ini diambil sehingga hari ke 10. Hanya 50% cahaya sahaja. Saya hanya letak bawah parkir.

Sementara menunggu anak pokok semakin membesar, saya akan sediakan tanah siap-siap. Saya terus masukkan baja organik dan kulit telur ayam yang ditumbuk halus dengan tanah dan siram terus air kosong. Tujuan untuk mengaktifkan tanah sebelum anak pokok masuk.

Hari Ke-10 Hingga 15

Pada 10 sehingga 15, saya akan mula dedahkan cahaya matahari penuh. Tapi pastikan medium semaian tidak kering. Untuk makluman, dari awal saya semai, sehingga hari ke 15, saya gunakan air kosong sahaja.

Pada Hari Ke-16 Tanam Sawi Tha Sai

Hari ke 16, saya akan mula pindahkan anak pokok ke dalam pasu. Saya gunakan satu anak pokok satu pasu kerana sawi jenis ini dikatakan kembang elok macam kubis. Itulah saya katakan di awal tadi, pokok saya belum capai KPI untuk kali ini. Usaha lagi.

Baja Pada Hari Ke-25

Hari ke 25 saya akan beri lagi dua sudu baja organik. Dan terus siram air kosong sehingga hari ke 33 saya akan mula harvest sawi.

Hari Ke-30 Hingga 35

Biasa hari ke-30 hingga 35 saya akan tuai hasilnya. Kalau dibiarkan selepas hari ke 35, sayuran akan jadi tua.

Baca juga : Tanam sawi, rendam keratan batang dalam air, 45 hari nampak pucuk baru

Kaedah Kawalan Serangga

Dari segi kawalan serangga, saya hanya gunakan cuka kayu, neem oil, dan juga semburan organik yang saya buat sendiri. Dari segi booster pada daun, saya gunakan FAA iaitu fish amino acid dari ikan tongkol yang saya buat sendiri.

Ringkasnya :

  1. Medium Tanah: Tanah hitam, tanah bakar merah, sekam mentah, dan cocopeat.
  2. Baja: Baja NleGrow Organik
  3. Booster: FAA dan juga (yakult + telur)
  4. Kawalan serangga: neem oil, cuka kayu dan semburan organik.
  5. MODEL: Anak-anak tersayang

Benihnya boleh di dapati di Shopee : https://invol.co/cl5v9hv

Terima kasih.

Mingguan Wanita : Pertama kali juga MW dengar sawi tha sai ni. Sayurannya cantik, letak depan rumah memang cantik macam pokok hiasan. Walhal pokok sayuran boleh dimakan.

Sumber/Foto : Mohd Amri

APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?

Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.

Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.

  • Rahsia mereka?
  • Apa yang mereka lakukan?
  • Ilmu-ilmu yang diamalkan?
  • Siapa yang susah senang bersama mereka?
  • Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?

Teringin ikut jejak mereka?

Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!

Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.

Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster

Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Published by
Netty Ah Hiyer