Agak-agak ada tak yang tanam pokok limau kasturi. Maklum saja, kegunaan untuk bahan dapur tidaklah selalu digunakan. Tapi, kalau sudah tumbuh merimbun, macam-macam idea nak dibuatnya kan!
Sebenarnya, mak-mak mesti rasa seronok bila tengok pokok yang tanam tumbuh dengan sihat dan subur, ia bagi kita semangat untuk terus berkebun dan cuba pelbagai jenis tanaman lain. Salah satunya tanam pokok limau kasturi.
Setengah orang merasakan ia susah nak hidup dan makan masa lama untuk membesar. Tapi, kalau sudah subur dan berbuah-buah, tentu seronok, buahnya kalau dibuat air, boleh tahan sedapnya.
Namun, bagi mak-mak yang ingin jadikan pokok limau kasturi sebagai salah satu koleksi tanaman di rumah, bolehlah dapatkan tip ini. Katanya dengan cucuk ranting dalam tanah pun dah boleh membantu.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cara Mudah Tanam Taugeh Sendiri, Hari Ke-3 Dah Boleh Tuai Hasil
Cara Mudah Tanam Pokok Pudina, Tinggal Seminggu Tak Bersiram Pun Masih Subur Segar Bugar
Info Lebih Menarik DI SINI
Bunyi macam pelik, hanya cucuk ranting dalam tanah kan!
Ini cara-caranya, dengan teknik semai keratan batang. Nanti bila dah tumbuh rimbun, tinggu nak petik dan tak perlu nak beli dah.
1.Pilih ranting yang sihat, berdaun cantik, sudah pernah atau sedang berbuah, tidak terlalu lembut atau muda dan tidak terlalu tua.
2. Potong dan buang pucuk, daun atau duri dan sisakan 2 hingga 3 helai daun sahaja. Potong separuh daun-daun tersebut.
3. Cucuk ke tanah yang lembap. Saya guna campuran cocoapeat, sekam bakar dan tanah hitam. Padatkan tanah di sekeliling keratan supaya tidak bergoyang. Boleh juga guna penggalak akar supaya lagi cepat berakar nanti.
4.Sungkup menggunakan plastik dan bahan seumpamanya. Hanya guna cawan plastik atas bawah. Letak di tempat yang teduh sehingga keluar tunas baru dan akar. Siram air sedikit-sedikit jika tanah nampak kering. Sewaktu siram, kena buka sungkup kemudian tutup balik.
5. Pindahkan ke dalam bekas yang lebih besar bila anak pokok dah stabil. Pada gambar ini, boleh nampak itu adalah anak pokok berumur 3 bulan lebih hasil semai keratan.
Boleh juga guna teknik ini untuk jenis-jenis limau yang lain juga.
Moga Bermanfaat
Selamat Mencuba.
MW: Walaupun pokok ini jarang-jarang digunakan untuk bahan dapur tapi kalau dah tumbuh merimbun, boleh buat macam-macam. Buahnya buat jus dan masukkan dalam sambal belacan. Meletoppp…
Sumber: Myagrosis Usim
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita