Cara Tanam Pokok LEMON Guna Biji Benih, Pilih Bersaiz Besar!

Share

Selain menggunakan anak pokok, rupanya pokok lemon juga boleh disemai dengan menggunakan biji benih. Namun pastikan pilih biji benih yang bersaiz besar, dipotong sedikit kulit dan bijinya sebelum direndam semalaman. Bukan apa, buah lemon ni banyak khasiat dan kegunaannya, baik untuk kesihatan, kecantikan diri mahupun digunakan dalam masakan.

Untuk faham lebih lanjut cara untuk tanam pokok lemon melalui biji benih boleh rujuk perkongsian daripada Puan Liyana Mohd Poad ini.

Assalamualaikum.Hari ini di pagi Jumaat yang barokah, saya nak ajar ahli ahli group cara untuk tanam pokok lemon melalui biji benih.

Ikut semua step yang mudah di bawah.

1. Potong 2 lemon.Korek ambil bijinya yang bersaiz besar.

2. Rendam semalaman di dalam satu bekas selepas disunatkan. Air hanya perlu paras lemon sahaja. Tak perlu banyak.

3. Ini bentuk biji lemon selepas disunatkan dan direndam semalaman.Senang aje nak sunatkan. Hanya potong sedikit kulit dan sedikit biji secara menyerong. Guna pisau lipat lebih mudah.

4. Sunatkan macam ni.. Alaaa, macam tok mudim sunatkan budak.. Potong sikit aje… Hihi.

5. Tebuk begini mangkuk polisterine supaya mudah disemai.

6. Begini jadinya.

7. Sediakan tanah hitam, sekam padi mentah dan sedikit cococopeat halus hingga penuh bekas. Siram bagi lembap.Tanam biji lemon anggaran 0.5cm.Letak di tempat cahaya 8pg-12 tengahari cukup.Saya letak atas batu disekat dengan pagar.

8. Setelah 3 minggu.Bagi cahaya penuh.

9. Setelah sebulan setengah.

10. Hampir dua bulan.

11. Selepas 11 bulan.

12. Banyak daun daun baru yang keluar selepas ditabur dengan Epsom salt bulan lepas.Kepentingan utama epsom salt adalah untuk merawat tanah, pokok dan daun serta elak dari makhluk perosak.

13.Cantik kan.

14. Buang semua daun daun yang tua supaya nutrien sampai ke atas.

Info Ekstra!

  • Apabila semai dari biji untuk cepat tumbuh saya guna tiga benda aje.Air beras yang diperam, baja tinja kambing dan epsom salt untuk rawat tanah dan kesuburan setiap minggu.
  • Kalau guna biji benih ni ambik masa bertahun untuk berbuah.Saya punya ni baru 11 bulan.Mungkin dalam sebulan dua lagi saya akan kahwinkn pokok lemon ni dengan dahan hibrid yang sudah berbuah.

Semoga bermanfaat!

Baca Lagi Di sini:
Keluarkan BATU KARANG, Ikhtiar Minum Air Lemon & Minyak Zaiton Setiap Pagi!

Cara Buat STOK Pati Lemon Madu Tak Pahit, Lama Simpan Lagi Sedap!

Lebih 30 Tahun Hidup Tanpa Secalit Bedak, Jaga Kulit Muka Guna Perahan Lemon & Madu Asli!

6 Sebab Kenapa Wanita Kena Amalkan Minum Air Lemon Suam Setiap Pagi

Mingguan Wanita: Jadi bolehlah cuba semai pokok lemon guna biji benih. Namun pastikan pilih biji yang besar barulah dia elok tumbuh membesar.

Sumber: Liyana Mohd Poad

SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:

Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 019632875

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab