Daun kesum memang selalu digunakan sebagai penambah aroma dan rasa pada masakan. Seperti Laksa, Asam Pedas, Kengsom dan sebagainya. Jika ada tanam di rumah memang untung, jimat belanja dapur dan segar terus petik dari pokok.
Namun bukan mudah pokok kesum nak hidup subur merimbun. Selalunya hayat pokok kesum ni tak lama, kejap je tanam dah mati. Sebenarnya, tanam pokok kesum ni ada pelbagai cara dan tekniknya.
Boleh cuba ikut tanam daun kesum seperti yang dikongsikan oleh Mohd Syafiq Ahmad Khasasi yang juga merupakan ‘Cikgu Kebun’ ini. Elok lebar daunnya, subur merimbun sungguh pokok kesumnya.
Hangpa yang minat makan laksa dan asam pedas mesti kena belajar tanam pokok daun kesum ni.Pokok ni antara pokok yang kena ada di kebun dapur CK sebab kami sekeluarga suka makan Laksa Kedah, jadi boleh petik segar-segar ja.
Jadi hangpa yang nak belajar tanam pokok kesum ni, sila ikut tips CK nak ajar ni. CK harap sangat hangpa berjaya tanam dan ada pokok kesum rimbun ni tepi tingkap dapur hangpa..syok kan..hehe
Jadi CK nak kongsi teknik paling mudah sahaja yang hangpa boleh ikut dan berjaya.
Cari benih pokok kesum yang sihat segar sama ada hangpa beli di pasar atau nursery.
Sediakan medium tanah yang sesuai, bab tanah ni CK ajar hangpa yang paling mudah guna tanah merah campur sabut sahaja. nisbah 70% tanah 30% sabut.
Cari pasu rendah tapi mempunyai permukaan yang lebar, pastikan pasu tidak mempunyai banyak lubang, cukup 2 lubang sahaja.
Potong daun kesum 5 ruas satu keratan, buang semua daun sebelah bawah dan tinggalkan 3 helai daun sebelah atas sahaja.
Letakkan hormon pengakaran pada keratan batang yang telah hangpa kerat tadi. jika mahu pokok rimbun, banyakkan keratan untuk disemai.
Hangpa boleh terus tanam kesemua keratan tersebut. Tapi CK pilih untuk semai terlebih dahulu dalam cup air atau polybag kecil.Satu polybag kecil boleh semai 2 atau 3 keratan batang guna tanah yang sama seperti di atas.
Kenapa CK semai dahulu? tujuannya kita akan tanam pokok kesum yang betul-betul stabil dan hidup sahaja dalam pasu tadi.
Pokok kesum mula berakar selepas 2 minggu semaian dan boleh terus dipindahkan kedalam pasu.
Jika hangpa semai tadi 7 polybag dan hidup kesemunya jadi hangpa tanam kesemua 7 polybag yang mempunyai pokok tu kedalam satu pasu sahaja. Baru akan dapat pokok yang rimbun nanti.
Hangpa jangan lupa, kena letak baja untuk proses pokok kesum membesar, CK akan guna Baja Wangi Organik Hangpa hanya perlu tabur 2 minggu sekali sahaja.
Siram 1 hari 2 kali, tips untuk hangpa pokok kesum suka air banyak jadi jika terlebih siram tidak ada masalah.
Tips penting juga pokok kesum tidak suka cahaya matahari terus, jadi letak pokok kesum bernaung dibawah pokok lain atau bawah jaring hitam.
haaahh… macam mana tips CK bagi ni hangpa faham tak? kalau tak faham boleh tengok video CK ajar tutorial nanti.
tengah kalut-kalut buat laksa tadi, jiran belakang hantar mee goreng. hangpa faham2 la sistem barter…macam tau2 CK buat laksa…hehe
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca:Pokok KESUM Tumbuh Subur Merimbun, Kena Kerat Selalu Biar Bertunas Baru!
Baca Lagi Di Sini:Guna Air BAWANG MERAH Barulah Pokok Kesum Keluarkan AKAR Yang Banyak
Artikel Menarik:Mudah Tanam KESUM, Tebuk Lubang Penutup Bekas, Cucuk Batang Letak Air
Mingguan Wanita:Boleh cuba tip tanam kesum yang dikongsikan ini, memang mudah ikut teknik ni. semoga hasilnya daun lebar dan subur merimbun nanti.
Sumber:Mohd Syafiq Ahmad Khasasi
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita