CARA Tanam KANGKUNG Dalam Botol, Tak Perlu Siram, Tanah Tak Kering!

Share

Ada cara mudah untuk tanam kangkung di rumah dengan menggunakan botol. Menariknya dengan kaedah ini tanaman tak perlu disiram dan tanah pun tak kering. Sangat sesuai bagi mak-mak yang sibuk, dan selalu terlupa untuk menyiram tanaman.

Seronok tanam sayur-sayuran sebegini, memang boleh jimat belanja dapur malah lebih organik, tanpa racun serangga.

Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Rumah Kebun Organik ini sebagai rujukan;

Bahan Diperlukan:

Botol Air 1.5 liter
Gunting
pisau
paku
tanah
biji benih kangkung 

Cara Membuat:

1. Potong dua/ separuh botol air tersebut.

2. Masukkan bahagian penutup ke dalam botol bahagian bawah. Seperti gambar.

3. Tebuk beberapa lubang pada bahagian bawah penutup botol.

4.Kemudian ayak tanah subur, sekam dan kompos dengan nisbah 1:1:1 untuk mengasingkan bendasing. Kemudian, masukkan ke dalam botol tadi.

5. Setelah itu masukkan 5 hingga 8 biji benih kangkung. 7. Timbuskan semula dengan tanah dan siram air.

6. Biarkan sehingga keluar pucuk, bercambah setelah 7 hari.


7. Masukkan air pada bekas bahagian bawah. Setelah 16 hari, kangkung semakin subur membiak.

Dengan cara ini, ia menjadikan kangkung tidak perlu disiram setiap hari dan tanah pun tidak kering.

Siap! Selamat Mencuba.

Benih kangkung boleh beli di sini: https://invle.co/clb4ord

Mesti Baca:Cara Tanam Pokok LEMON Guna Biji Benih, Pilih Bersaiz Besar!

Baca Lagi Di sini:Tanam Kangkung ‘Menjadi’ Guna 4 Bahan, Keluar Akar Siram Baja A+B

Artikel Menarik:Buat Baja Sendiri Guna Rumput Liar & Air Hujan, Hasilnya Tanaman Sangat Subur!

Mingguan Wanita:Wah menariknya tanam kangkung dalam botol, jimat masa tak perlu nak siram. Boleh cuba nanti.

Sumber: Rumah Kebun Organik

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab