Kalau nak bercucuk tanam, mesti fikir perlukan ruang dan tanah yang luas. Sementelah kalau tinggal di rumah ‘tinggi’ payah juga. Sebenarnya, kalau nak seribu daya, dalam botol mineral pun boleh.
Ganis Silvia yang jauh berada di Indonesia turut berkongsi cara nak tanam kangkung dalam botol mineral. Paling mudah, senang dan hasilnya sangat berbaloi.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cara Tanam Pokok LEMON Guna Biji Benih, Pilih Bersaiz Besar!
Cara Tanam Pokok Limau Kasturi, Semai Keratan Batang, Nanti Tunggu Petik Saja
Baca Artikel Menarik Lain DI SINI
Nak berbagi sedikit tata cara menanam kangkong guna botol bekas, sederhana, mudah, murah dan hasil meriah.
1. Berkebun tepi rumah tak perlu ada tempat yang luas 2m x 0,5m dah boleh tanam banyak jenis sayuran, nak masak tinggal petik saja.
2. Botol ada 2 lapis, yang bagian atas tu isi tanah kompos dan yang bagian bawah isi air. Jadi, tak perlu nak siram tiap-tiap hari, Cuma tambahkan air saja bila airnya sudah berkurang, untuk paras air sampai lubang kecil yang ada tanda panah merah itu supaya 1/4 medium tanahnya boleh terendam untuk menjaga kelembapan tanahnya sebab tak pakai sumbu.
3. Potong botol jadi 2 bagian, tebuk lubang seperti yang ada pada gambar (bertanda panah merah itu adalah lubang yang ada pada botol lapis atas isi tanah itu fungsinya sebagai peresapan air untuk memberikan kelembapan pada medium tanahnya. Manakala lubang yang ada pada botol bagian bawah ada 2 lubang kecil kanan kiri di bagian atas fungsinya sebagai sirkulasi oksigen untuk menghindari pembusukan akar dan jaga buangan air yang terlebih.
4. Tutup botol bisa dilepas kalau akarnya sudah sampai bawah, medium guna tanah kompos dan baja guna NPK. Untuk pembajaan boleh dilakukan setelah usia tanaman -+ 2 minggu setelah semai. Sukatan 1 senduk makan baja larutkan dengan air 1,5 liter siram secukupnya seminggu sekali, untuk akar yang sudah sampai bawah baja boleh terus dibubuhkan dalam botol isi air tu dengan jumlah 1/4 sudu makan.
5. Untuk penuaian kangkung potong dan tinggalkan satu tunas yang paling bawah, dalam masa 2 Minggu sudah boleh tuai ulang dan begitu juga seterusnya dan untuk sawi, salad, pak choy boleh di petik dengan cara ambil tangkai daunnya dan tinggalkan daun ygang paling muda dalam seminggu dah boleh petik lagi dan begitu juga seterusnya.
Mingguan Wanita : Wow..menarik juga ni. Bolehlah tanam pelbagai sayuran. Nak makan, petik saja.
Sumber: Ganis Silvia
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita