Jangan tak percaya, benih jagung manis dari kedai Eco pun boleh jadi rasa sedap macam beli jagung dari Cameron Highlands. Yang penting ada usaha nak tanam jagung.
Walaupun cuma ada sekangkang kera saja keluasan tanah dekat tepi rumah itu. Sebenarnya step nya mudah saja usahakan tanam jagung manis.
Step Mudah Tanam Jagung Tepi Rumah
Berkongsi cerita dengan Mingguan Wanita, Siti Rohaiza Ibrahim Sitinik cuma menanam benih jagung di ruang tepi lot banglo kediamannya saja.
“Hobi saya, mini garden tanam jagung. Di ruang tepi lot banglo, bebas racun cuma bermodal RM10. Saya nak sharekan.” Ceritanya yang menetap di bandar Kota Bharu, Kelantan.
“Anak-anak 2 orang suka sangat makan jagung.”
Macam Ini Cara Tanam Jagung Manis Tepi Rumah
- Beli benih dari kedai Eco RM2. Saya beli RM10 semua.
2. Mula-mula saya gali tanah sikit saja. Letakkan benih dalam 4 ke 5 biji. Kemudian, tutup dengan tanah dan jirus.
3. Jirus pokok tiap petang. Dalam 4 ke 5 hari akan ada banyak anak pokok tumbuh.
4. Masa ini tabur baja asli, baja bekas kita bakar, yang hitam-hitam tu.
5. Dalam sebulan lebih dah mula berbuah. Tak sampai 2 bulan dah boleh makan hasilnya.
Punya Sedap Rasa Jagung Ni, Macam Dari ‘Cameron Highlands’
“Rasa jagung fresh dan sangat manis. Sedap macam jagung ‘Cameron’. Boleh hidang untuk anak-anak tanpa bimbang dan ragu.”
“Buah fresh saya rebus atau buat bubur jagung.”
Ketika ditanya, bagaimana dengan kawalan serangga perosak. Akuinya, “Setakat ini tiada serangga. Subur je pokok.”
“Saya tak guna racun. Baja saja organik. Memang sihat je daun-daunnya.” Kalau tengok pada gambar pokok jagung dan hasil jagungnya memang subur dan padat isinya.
Tanam sendiri itu lebih puas hati kan.. benihnya pun murah saja.
Sumber/Foto : Siti Rohaiza Ibrahim Sitinik
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI