Cara Suami Isteri Ini Kongsi Keindahan Langkawi, JAMPI Anda Bagai Berada Di Syurga Dunia

Musim sekolah dah mula, yang berkeluarga pun dah mula rancang percutian dengan anak-anak dan isteri. Tapi rugi rasanya jika anda tak layan keindahan Langkawi yang dikongsikan pasangan suami isteri yang lebih mesra di kalangan followernya dengan nama CIk Di dan Cik Na.

Sebelum ini, Zaidi Hassan dan Wan Zarina Wan Zainuddin pernah viral dengan perkongsian video dan foto-foto memukau di Pulau Tuba, Langkawi. Cantiknya Langkawi di ketengahkan dengan baik sekali.

Sampaikan ramai yang tag pasangan malah kenalan masing-masing, ajak bercuti-cuti Malaysia di Pulau Tuba. Walhal, nama Pulau Tuba sendiri begitu asing di halwa telinga orang Malaysia.

Bagus sungguh usaha suami isteri ini. Kata Zaidi dalam perkongsian terdahulu, video Pulau Tuba yang dihasilkan itu khas untuk orang Pulau Tuba.

Khas buat Tuba Beach Resort anda memang best. Selesa view, cantik, staff friendly definitely kami akan datang lagi next time.

Idea mai sebab tengok filem Langit Cinta arahan Osman Ali anak jati Langkawi juga. Mana tau kot-kot video ni sampai kat dia tengok boleh jadi extra Langit Cinta 2 plak ka. Kalau jadi hero & heroin kesian kat Fazura & Keith Foo plak tak leh cari makan.

Ads

Akuinya lagi, mereka akan kongsikan tempat-tempat menarik yang telah mereka jelajahi. “Semoga mendatangkan manfaat kepada kaki-kaki jalan dalam mendapatkan informasi.”

Jangan Kata Langkawi Tak Cantik, Tak Menarik

“Cik Di Cik Na akan terjah tempat-tempat di seluruh Langkawi yang mana terbaik, tercantik dan paling menarik untuk dimuat naik gambar & video bagi mempromosikan Langkawi.

Kami bukan agent, kami bukan dapat comission, kami bukan menjual, kami bukan mengharap ihsan.

Ads

Kami sukarelawan yang CINTAKAN Pulau Langkawi dan cuba sedaya upaya berkongsi tempat-tempat menarik di Langkawi supaya semua rakyat Malaysia tahu what Langkawi got to offer YOU!” Akuinya dalam statusnya lagi

Bagi membolehkan follower menghayati keindahan hasil karya video dan gambar perjalanan mereka, pasangan ini berkongsi dalam page CikDi CikNa Kaki Jalan.

Antara Lokasi Lain Di Langkawi Yang Buatkan Anda Bagai Dijampi

Kata Zaidi, cuti hujung minggu tak lama dulu mereka ke Tanahbendang Banglos Langkawi. Pemandangan bendang dirakam dengan indah sampai buatkan mereka bagai dijampi.

Ads

Tempat ni sempoi bakhiangg, terasa macam dok kat kampung zaman kecik-kecik beringus dulu. So, kali ni kami kembalikan nostalgia ala-ala saloma dengan P.Ramlee gitu.

Lagi sekali kena jampi!

So bagi sesiapa yang nak honeymoon, yang inginkan privasi boleh mai try tidoq tang ni..kat tempat lain confirm payah angpa nak rasa suasana macam ni.. bangun pagi dengar ayam berkokok wei..”

Semoga video dan gambar yang dikongsikan beliau akan buatkan anda lebih menghargai keindahan Langkawi sebagai destinasi percutian, wajib sampai di Malaysia.

Sumber/Foto : Facebook Zaidi Hassan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI