Cara simpan sayuran atau barangan basah di dalam peti sejuk sangat penting untuk menjamin kesegarannya dan supaya ia tahan lebih lama.
Mak-mak terutamanya yang bekerja, masa cuti hujung minggu digunakan untuk mengemas dapur dan peti sejuk. Waktu ini barulah terperasan banyak sayuran dan daun herba yang sudah layu dan busuk. Aduh, sayangnya.
Itu perkara normal lebih-lebih kalau sayuran itu dibiarkan begitu saja bercampur semuanya dalam peti sejuk. Wanita ini, puan Leeza https://www.facebook.com/leeza.zhazli telah berkongsi bagaimana cara dia menyimpan sayuran herba itu supaya lebih tahan lama. Mudah saja, guna plastik aiskrim. Ha…ada tak yang guna cara yang sama? Yang belum guna, boleh ikut tip yang dikongsikan ini ye. Sangat bermanfaat.
Antara sayuran herba yang selalu dibeli seperti daun ketumbar, daun sup, daun pudina, daun bawang, daun limau purut, daun kesum dan bunga kantan. Herba ini biasa kita guna dalam kuantiti yang sedikit tiap kali masak.
Jadi, tentu ada lebihan yang perlu disimpan dengan teliti supaya boleh digunakan dalam tempoh lebih lama, Namun, kalau tak kena cara penyimpanannya, memang mudah busuk.
Dengan menyimpan di dalam plastik aiskrim, lagi memudahkan sebab kita boleh asingkan sayuran itu dalam jumlah kecil. Jadi, kita tak perlu keluarkan sekali gus semua sayuran kalau kita nak masak. Satu atau dua plastik aiskrim dah memadai untuk satu hidangan.
Setelah itu, potong kecil (agak-agak saiz boleh masuk dalam plastik aiskrim), tuang air masak secukupnya. Ikat kemas. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk memudahkan bila nak masak nanti. Anggaran penggunaan satu plastik aiskrim satu kali masak.