Cara simpan sayuran atau barangan basah di dalam peti sejuk sangat penting untuk menjamin kesegarannya dan supaya ia tahan lebih lama.
Mak-mak terutamanya yang bekerja, masa cuti hujung minggu digunakan untuk mengemas dapur dan peti sejuk. Waktu ini barulah terperasan banyak sayuran dan daun herba yang sudah layu dan busuk. Aduh, sayangnya.
Itu perkara normal lebih-lebih kalau sayuran itu dibiarkan begitu saja bercampur semuanya dalam peti sejuk. Wanita ini, puan Leeza https://www.facebook.com/leeza.zhazlitelah berkongsi bagaimana cara dia menyimpan sayuran herba itu supaya lebih tahan lama. Mudah saja, guna plastik aiskrim. Ha…ada tak yang guna cara yang sama? Yang belum guna, boleh ikut tip yang dikongsikan ini ye. Sangat bermanfaat.
Ads
Cara Simpan Kena Betul Elak Cepat rosak
Antara sayuran herba yang selalu dibeli seperti daun ketumbar, daun sup, daun pudina, daun bawang, daun limau purut, daun kesum dan bunga kantan. Herba ini biasa kita guna dalam kuantiti yang sedikit tiap kali masak.
Jadi, tentu ada lebihan yang perlu disimpan dengan teliti supaya boleh digunakan dalam tempoh lebih lama, Namun, kalau tak kena cara penyimpanannya, memang mudah busuk.
Dengan menyimpan di dalam plastik aiskrim, lagi memudahkan sebab kita boleh asingkan sayuran itu dalam jumlah kecil. Jadi, kita tak perlu keluarkan sekali gus semua sayuran kalau kita nak masak. Satu atau dua plastik aiskrim dah memadai untuk satu hidangan.
Ads
Simpan Sayur Dalam Plastik Aiskrim Untuk Tahan Lama
Caranya, cuci semua sayuran itu dengan air bersih sebanyak tiga kali. Setelah itu, sejat dan buang airnya.
Setelah itu, potong kecil (agak-agak saiz boleh masuk dalam plastik aiskrim), tuang air masak secukupnya. Ikat kemas. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk memudahkan bila nak masak nanti. Anggaran penggunaan satu plastik aiskrim satu kali masak.
Ads
Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku. Biar ia jadi ais. Nanti nak masak, hanya masukkan dalam periuk. Mudah kan? insya-Allah sayuran kekal segar dan kita dapat elakkan pembaziran. Selamat mencuba ye!
Imunisasi ini adalah program pencegahan penyakit menular yang diterapkan dengan memberikan vaksin sehingga orang tersbut imun atau resisten terhadap penyakit.
Anak akan diberikan vaksin yang berisi jenis bakteria atau virus tertentu yang sudah dilemahkan atau dinonaktifkan guna merangsang sistem imun dan membentuk antibodi di dalam tubuh mereka. Antibodi yang terbentuk setelah imunisasi bermanfaat untuk melindungi tubuh dari serangan bakteria dan virus tersebut di masa yang akan datang.
Peringkat Yang Mak-mak Lalui
Fasa alahan, mengandung dan bersalin sudah lepas. Semuanya dilalui dengan cepat. Kini, masanya untuk fasa bangun malam bagi memberi susu pada anak, diikuti dengan menyediakan bubur dan puri bila mencecah usia 6 bulan. Malah, fasa yang mungkin ibu sedikit mengeluh bila tiap-tiap bulan kena hadap jururawat untuk suntikan dan mengetahui perkembangan bayi kita.
Ingat, jangan ambil ringan dengan suntikan yang harus diberikan pada bayi. Bersusah payah ibu alami fasa pertama dahulu, kenapa ibu nak lepas tangan bila kena lalui bab-bab suntikan anak ini. Ambillah masa sekurang-kurangnya setengah hari untuk ke klinik bagi mendapatkan imunisasi yang sepatutnya bayi terima mengikut peringkat umur mereka. Kalau rasa hospital atau klinik kerajaan terlalu ramai, rimas dan sebagainya, bolehlah ke hospital swasta (bagi yang berkemampuan) – setengah jam sudah siap.
Pandangan Sendiri Tentang Imunisasi
Bagi saya, imunisasi nie penting untuk perkembangan anak-anak. Bukan apa, kita pernah dengar berita tentang kematian kanak-kanak akibat tidak memberi imunisasi mengikut tahap usia mereka. Lagipun, suntikan ini bukannya tiap-tiap bulan, ada bulan tertentu bayi tidak perlu suntikan.
Memang saya akui, suntikan imunisasi penting pada anak. Ini saya lihat sendiri jiran saya, yang mana perkembangan tumbesaran anak tidak seperti kanak-kanak yang lain dengan keadaan perut buncit dan wajah seperti sakit (bukan mengata tapi realiti). Sebabnya, emak kanak-kanak tersebut culas untuk datang menjalani suntikan imunisasi anaknya. Walhal, jarak antara rumah dengan hospital hanyalah 5 minit dengan berjalan kaki. Sangat dekat. Tapi apa masalah ibunya tidak mahu anaknya mendapat suntikan. Fikirlah sendiri, mana yang elok untuk anak-anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cadar yang dah lama pakai itu, selepas berkali-kali basuhan.. berkali-kali guna. Keadaan cadar akan alami lebihan bulu atau orang sebut biji benang.
Jadi tak cantik pula di pandangan mata. Nak buat tidur pun jadi kurang selesa. Haniem Mustaphy berkongsi tip cara membuang biji benang dekat cadar rumah.
Menariknya, selain cadar. Teknik yang sama, boleh juga dipraktikkan pada fabrik yang lain. Daripada komen yang dikongsikan di grup #kemasrumahwithhani ini, ada yang gunakan cara ini untuk buang lebihan bulu pada baju kurung.
Cuma ada tekniknya nak bagi hasilnya licin macam baru.
Kongsinya,
Tip Guna Pisau Cukur Buang Biji Benang
Cuma nak share tips best.. mana tahu ada yang belum tahu.. sis tahu dah lama tapi tak praktis pun cuma simpan sebagai ilmu.
Korang ada cadar yang berbulu atau biji benang timbul-timbul?
Jangan buang sebab masih boleh diselamatkan jika cadar tu tidak koyak. Cara dia guna pisau cukur. Gosok lembut-lembut atas permukaan sarung bantal/cadar yang berbulu. Orang Melaka kata, jangan kasau kasau.
Kan bulu tak cabut, benang pulak yang putus .
Ok. Hasil dia licin macam yang baru la.. first time buat dan boleh diamalkan.
Cubalah..
P/s : Gambar (1) adalah sebelum shave.. sengaja buat pencahayaan macam tu supaya lebih jelas bintik/bulu benang.. Gambar (2) dah siap.. macam baru kan.
Sesetengah orang sangat susah nak turunkan berat badan. Tapi kalau bab berat badan naik cepat pula. Kadang-kadang, makan sikit pun dah nak berkilo, sampaikan siap kawan-kawan perli diet ke laut sebab hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’, bila tengok makanan sedap, terus lupa nak diet.
Rasanya, kalau yang nak diet tak perlulah rasa hati bila ada kawan kata diet ke laut. Hanya kita yang tahu keadaan diri. Makan banyak atau sedikit tidak menjadi permasalahan, Cuma kenalah kawal kalau betul-betul nak turunkan berat badan.
Jangan cepat putus semangat, nak kurus memang ada cabarannya. Orang cakap kena istiqamah. Jangan sekerat jalan lepas tu menyerah dan mulalah tidak kisah makan apa saja. Kalau berat badan naik dengan banyak menyesal pula.
Bagi yang nak kurus, masih belum terlambat kalau ada kita rasakan diet ke laut sebab amakan berlebih-lebihan. Perkongsian daripada Ustaz Fitnes, Arif Sukri boleh jadikan panduan untuk anda.
Kawan-kawan. Diet kita belum sepenuhnya ke laut jika,
1. Dalam satu hari ada 1 waktu sahaja kita makan terlebih daripada keperluan.
2. Minum 1 cawan teh tarik sehari sekali sahaja. Selebihnya, banyak minum air kosong.
3. “Terambil” nasi lebih masa tengah hari pun belum boleh hukum sepenuhnya ke laut.
4. Teringin nak makan kek, lalu anda nikmati sepotong kecil bukan juga maksud diet dah ke laut.
5. Nasi Briyani Kambing ada orang belanja makan pun bukan maksud dah ke laut.
6. Nikmati Aiskrim McD di Drive Thru 3 hari sekali, belum juga ke laut.
7. Sehari tak bersenam tapi 2-3 hari lepas dah sempat buat senaman atau gantian aktiviti lain, itu pun belum tentu diet ke laut.
Kadang-kadang dalam hidup ini kita tidak boleh terlalu cepat menghukum yang diet kita sedang ke laut, tak jadi dan gagal.
Hidup ini ada naik turunnya. Mungkin pagi kita dah terlebih makan, tengah hari kita boleh baiki semula.
Boleh jadi juga waktu pagi dan tengahari diet kita dah baik. Tapi malam tu ada sikit kekangan lalu kita makan lebih sikit dari perancangan. Itu pun tetap belum kelaut.
Selagi keperluan kita tidak melebihi dan masih ada ruang untuk diperbaiki, diet itu masih boleh terus dibuat. Tanpa anggap kita dah ke laut dalam progres.
Begitulah. Paling penting selagi kita sedar kita dah jauh dari perancangan dan cepat-cepat move on. Itu adalah pilihan yang baik.
MW: Betul tu, tak perlu rasa susah hati pun kalau terlebih makan, masih boleh diteruskan Kalau terlbih makan waktu tengah hari, malam kenalah beringat sikit.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...