CARA Simpan PETAI Tahan Lama, Kekal Segar, Rangup Macam Baru Kupas!

Share

Ada caranya untuk simpan petai supaya tahan lama, kekal segar dan rangup macam baru dikupas.Bukan apa bagi mak-mak yang suka petai, waktu musim petai ni lah kena buat stok jadi bila teringin nak makan tu dah ada. Tapi kena tahu cara simpan yang betul barulah petai kekal segar dan rangup.

Boleh cuba cara simpan petai seperti yang dikongsikan oleh Mohd Syafiq Ahmad Khasasi atau lebih dikenali Cikgu Kebun ini.

Hari ni Cikgu Kebun nak kongsi kat hangpa yang ‘hantu petai’ macam kami suami istri suka makan petai, dikatakan setiap bulan 2-3 kali akan ada menu berasaskan petai.

Nasib baik lagi CK dan bidadari CK, kami kedua-dua suka makan petai, kalau tandas bau petai okey ja..hehe

Sapa-sapa yang suka makan petai boleh ikut cara CK macam mana nak simpan petai supaya segar dan boleh terus masak bila-bila masa sahaja.

Syukur rezeki jugak ayah mertua CK ada tanam petai banyak, lebih 100 pokok petai ada di dusun tu, jadi stok petai sentiasa ada. Kalau nk beli boleh tahan harga dia kan.

Cara-cara hangpa nak simpan petai bagi kekal segar dan tahan lama.

Tips simpan petai supaya tahan lama dan masih segar seperti baru dikupas.

1. Letak Tempat Sejuk

Setiap kali petai di ambil dan turun dari pokok, selalunya CK akan letak dalam surat khabar dan plastik hitam. Letak dalam bilik air, kira tempat sejuk la..

2. Kupas Satu Persatu

Kami akan ambil masa untuk kupas petai satu demi satu. caranya potong mata petai tersebut 2 bahagian (rujuk gambar di bawah). supaya jika ada ulat atau rosak boleh di buang terus.

3. Buang Selaput Putih

Kupas setiap biji petai dan buang kulit dan selaput putih yang ada pada biji petai tersebut, jangan tak buang nanti petai cepat rosak kalau ada selaput tu.

4. Simpan Dalam Plastik

Masukkan dalam plastik kecik, bahagikan setiap plastik sekali masak. Nanti senang nak masak terus ambil sahaja.

5. Ikat Dengan Getah

Ikat dengan getah plastik tersebut dan letak dalam peti sejuk bahagian beku & frozen tu.

Petai akan membeku, kalau hangpa tengok gambar di bawah dah lebih sebulan petai masih nampak segarkan.

Rendamkan dahulu biji petai yang beku dalam mangkuk sekejab sebelum masak.

Basuh-basuh dan terus boleh masak bersama daging korban. pehhhh sedap. “sambal petai daging”

hangpa jangan tengok gambar last sekali kalau tak kuat. nanti auto lapar..hehe

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca:Kunyah TERUNG Seminit, Petua Berkesan Hilangkan BAU MULUT Lepas Makan Petai!

Baca Lagi Di sini:Rendam, Selang Sehari Tukar Air, Petai Jadi Lebih Besar,Segar & Rangup!

Artikel Menarik:Lebih 410 000 Views Perkongsian Resipi Nasi Goreng Petai Pelakon Eina Azman Ni, Aduhai Sedapnya!

Mingguan Wanita: Memang elok tahan lama dan kekal segar bila simpan petai macam ni. Boleh cuba nanti.

Sumber:Mohd Syafiq Ahmad Khasasi

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab