Biasanya bukan hari-hari guna mak-mak guna daun sup dalam masakan tetapi kalau sekali beli tak boleh beli sedikit sangat. Nak tak nak memang ada lebih dan akhirnya simpan dalam peti.
Namun ada satu masalah yang selalu terjadi, daun sup itu tak tahan lama. Cepat sangat layu dan buruk, sudahnya terpaksa buang!
Satu masalah lagi, nak tanam pun kadang pokok sup ni cepat mati kalau salah gayanya. Tak cukup air pun tak boleh, apa lagi kalau terlebih siram. Habis, tak kan nak ulang alik ke kedai semata-mata beli daun sup?
Inilah masalah mak-mak kalau nak masak, tak tahu cara macam mana nak buat daun sup atau jenis sayur lain tahan lama. Untuk mudahkan kerja dapur mak-mak, anda boleh ikut cara Puan Rien Suriani
simpan daun sup, yang mana boleh guna lama dan jimat!Sangat senang, wanita ini cuma kongsi tip macam mana nak simpan daun bawang, daun sup, daun pisang, kari, supaya tak layu.
Segala daun pun boleh. Tak kisah janji uols semua simpan dalam bekas kedap udara atau pun plastik yang kedap.
1. Basuh dan toskan. Biar kering sedikit. Nak potong boleh tak potong pun boleh.
2. Kemudian simpan daun sup itu dalam peti sejuk beku. Mak-mak boleh masukkan dalam plastik atau bekas kedap udara.
3. Daun bawang still segar. Wakaupun dah di simpan lebih empat bulan. simpan di tempat beku. Tak perlu masuk kan air di dalam bekas.
Biasanya bila kita masak sup daun bawang tu kita guna sikit je kan. So selebihnya kita buang, sayang sangat. Walaupun seringit tapi bernilai okay. Dah lepas ni jangan membazir lagi.
Segala daun yang mak kirim dari kampung tu boleh disimpan dalam tempat sejuk beku.
Jangan tak percaya setahun pun masih elok lagi.Serius kakrien da simpan daun bawang ni hampir 4 bulan. Still fresh dan elok.
Jimat duit jimat masa.
4. Ok, sebenarnya daun sup itu dah cuci siap siap sebelum simpan. Waktu nak guna tak perlu tunggu cair masuk kan je dalam sup. Jadi daun tetap segar.
Atau satu lagi cara, mak-mak boleh buat macam ini, jimat sikit! Yang pasti tahan lama.
1. Potong daun ikut suka nak kasar atau halus.
2. Letakkan dalam bekas yang ada. Bekas ini saya beli di GIANT dulu. RM 4.99 untuk 2 bekas.
3. Tuang air. Lagi bagus tuang air sejuk. Saya akan tuang air sejuk dalam jag dulu kemudian campurkan setitik lemon untuk bagi segar daun-daun tu.
4. Simpan dalam freezer. Bila beku boleh keluarkan dan simpan dalam bekas lain atau ziplock. Bekas tu saya boleh guna untuk bekukan ais/ puri anak pula.
Moga bermanfaat buat mak-mak yang super duper busy!
Selamat mencuba!