Cara Setup Legacy Contact Untuk Pengguna iOS/iPhone, Waris Boleh Buka HP Jika Berlaku Kematian

Share

Cara setup legacy contact untuk pengguna iOS/iPhone, waris boleh buka HP kita jika berlaku kematian mengejut. Ramai pengguna iOS dan iPhone memilih telefon ini kerana ia direka untuk membantu melindungi data dan privasi.

Ciri keselamatan yang terbina di dalamnya  membantu menghalang sesiapa selain pemilik  dari mengakses data pada iPhone anda dan juga iCloud berbanding pemilik android.

Cara Setup Legacy Contact Untuk Pengguna iOS/iPhone

Tiada yang mampu menolak takdir kematian kerana ia sudah tertulis di luh mahfuz lagi. Banyak kes kita baca,  ahli keluarga yang di dalam kesedihan tidak boleh membuka  telefon yang mempunyai banyak memori di dalamnya. Semuanya kerana tidak tahu Apple ID dan kata laluan kerana ia tidak pernah dikongsikan dengan ahli keluarga.

Satu perkongsian dari saudara Hafiz Ismail di fbnya, boleh membantu pengguna iOS/iPhone untuk setup legacy contact di mana seandainya berlaku kematian secara mengejut, ahli keluarga boleh membuka telefon kita walau mereka tidak tahu Apple ID dan kata laluan kita sebelum ini.

Waris Boleh Buka HP Jika Berlaku Kematian

Jadi, bolehlah selepas ini penguna iPhone buat Legacy Contact untuk memudahkan ahli keluarga membuka telefon kita seandainya apa-apa terjadi pada diri kita kelak.

Cara nak setup Legacy Contact untuk pengguna iOS/iPhone sekiranya ada kematian.

  1. Buka Aplikasi Tetapan: Pergi ke aplikasi Tetapan pada iPhone anda.
  2. Pilih Gambar Profil Anda: Tekan gambar profil anda untuk masuk ke tetapan ID Apple.
  3. Pilih Kata Laluan & Keselamatan: Tekan pada “Password & Security.”
  4. Pilih Legacy Contact: Tekan pada “Legacy Contact.”
  5. Tambah Legacy Contact: Tekan “Add Legacy Contact” dan ikuti arahan pada skrin.
  6. Sahkan dengan Face ID, Touch ID, atau Kata Laluan: Anda perlu mengesahkan identiti anda.
  7. Pilih Ahli Keluarga atau Kenalan: Anda boleh memilih dari senarai ahli keluarga atau kenalan anda.
  8. Hantar atau Cetak Kunci Akses: Anda boleh menghantar mesej iMessage dengan kunci akses atau mencetak salinan.
  9. Ulang Proses jika Perlu: Anda boleh menetapkan lebih daripada satu Legacy Contact.
  10. Simpan Kunci Akses di Tempat Selamat: Pastikan kunci akses disimpan di tempat yang selamat oleh kenalan yang anda pilih.
  11. Kemaskini Tarikh Lahir Anda jika Perlu: Pastikan tarikh lahir anda betul dalam tetapan peranti.
  12. Cara Mengakses Data Selepas Kematian: Kenalan Legacy perlu mengumpul kunci akses dan salinan sijil kematian, dan melawati laman web digital-legacy.apple.com untuk memulakan proses pengesahan.
  13. Tunggu Kelulusan: Ada masa tunggu untuk mendapatkan kelulusan melalui proses Digital Legacy.
  14. Buang Legacy Contact jika Perlu: Anda boleh membuang Legacy Contact pada bila-bila masa melalui tetapan.

Nota: Pastikan anda dan kenalan Legacy anda menggunakan iOS 15.2 atau yang lebih baru.

Untuk pengguna #android

https://www.facebook.com/hafizismailphotography/posts/10161615112909595

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Ibu Kongsi 3 Beradik Sangat Rapat, Anak Mengadu Sakit Dada & Menyebut Soal Kematian Sebelum Tragedi

Sempat Berpesan Mengenai Kematian, Lelaki Meninggal Selepas Beri Ceramah Subuh Sempena Maal Hijrah

RUGI Tak ‘Claim’ PERKESO Kemalangan, Sakit Atau Kematian, Begini Proses Tuntutan!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Kalau ditakdirkan, biar saya pergi dulu..” kata Zarina Zainuddin. Kasih ibu yang tidak pernah ada hujungnya.

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros