Yang nak jalan jauh balik ke kampung halaman musim-musim cuti perayaan ini, eloklah semak siap-siap baki Touch n Go mak ayah tu. Tak perlu lagi ke kaunter, boleh semak secara online saja. Mana tahukan, rupanya dalam kad Touch n Go kita tu ada lebihan rebate.
Bro Ohsem Akhtar Syamirini berkongsi langkah-langkah mudah untuk semak dan cetak terus transaksi Touch n Go mak ayah. Ada 6 kelebihan yang mungkin mak ayah tak perasan bila kita semak transaksi kita secara online ini.
6 Kelebihan Semak Touch N Go Online
1. Amat berguna untuk proses tuntutan tol.
2. Tiada lagi resit fizikal diperlukan.
3. Berguna untuk semak di mana kad Touch n GO telah digunakan.
4. Juga berguna untuk semak “rebate”.
5. Boleh semak baki terkini.
6. Mudah untuk uruskan banyak kad.
Manfaat Ini Pun Anda Akan Dapat
√ Nanti tak perlu lagi nak simpan resit banyak – banyak atau resit hilang dan lain – lain.
√ Kalau kad hilang pun boleh lagi tengok kat mana kad tu digunakan.
√ Kalau kenderaan hilang pun sedikit sebanyak dapat membantu. Tak perlu nak pergi kaunter Touch n GO untuk urusan macam ni.
Panduan Semakan Online Transaksi Touch N Go
Ads
Masuk ke laman web Touch n Go. www.touchngo.com.my dan daftar.
Masukkan data yang diperlukan. No. siri ada pada setiap kad. Masukkan infonya.
Kalau masih tak jumpa. tengok dekat belakang kad. Cari Serial No. haa.. itulah data yang diperlukan.
Bila dah selesai isi butiran yang diminta tu. Klik yes. Jangan pula lupa tekan butang proceed. Tergantung-gantung karang permohonan tu..
Ads
Bacalah terma yang dia beri tu. Klik ‘Agree; tanda setuju dan ‘proceed’.
Username wajib ada huruf dan nombor. Jangan kata menyusahkan pula. Ini tujuan untuk jaga keselamatan kad anda itu.
Ini pun sama, letak password yang ada nombor, hururf besar dan huruf kecil.
Yeay! Selesai sudah urusan pendaftaran kad tu.
Ads
Log in lah akaun tu ikut username dan password yang anda tuliskan sebelum ini. Simpan siap-siap username dan password dalam buku khas. Nanti taklah terlupa bila nak buka lain kali.
Bila dah masuk, anda akan nampak data transaksi tu macam gini.
Klik ‘History’ kalau anda nak buat semakan baki terdahulu. Klik ‘find’ untuk meneruskan carian. Kalau nak semak rebate, boleh klik dekat ‘Rebate’. Manalah tahu ada lebihan. Dapatlah berjimat.
Nampak tak segala data detail diberikan. Dekat tol mana anda touch kad tu.. semua ada. Jadi kalau kad anda kena curi tahulah lokasi penyangak tu dekat mana.
Kalau anda nak cetak resit itu, boleh export dalam bentuk pdf.
Nanti dia akan jadi bentuk macam gini. Lebih mudahkan untuk anda semak satu-persatu.
Lori terlebih muatan. Malang tidak berbau. Jangan fikir semua nak cepat, semua barangan dimasukkan tanpa fikir keselamatan orang lain. Inilah yang mengundang bahaya.
Gara-gara lori terlebih muatan inilah turut menyebabkan berlakunya kemalangan sehingga sebuah kereta yang dipandu oleh seorang suami terbalik sehingga meragut nyawa anak sulung dan isteri mengalami kecenderaan parah.
Lori Terlebih Muatan, Ragut Nyawa Bayi Dalam Kandungan
Menerusi Kumpulan Facebook, Dashcam Owners Malaysia, lelaki tersebut berkongsi luahannya kerana berang dengan tindakan cuai pemandu lori yang menjadi punca kepada insiden berkenaan.
Difahamkan, beberapa kenderaan lain turut terlibat dalam insiden tersebut disebabkan muatan yang dibawa lori berkenaan terjatuh ke atas jalan raya secara tiba-tiba.
Dalam perkongsian oleh Ding Sheng Koh, dia turut kecewa dan sedih dengan kemalangan yang telah meragut nyawa anak dalam kandungan isterinya. Kejadian itu berlaku di lokasi Grik, sebelum sampai ke Titiwangsa.
“Sebelum ini, saya dan isteri dangat gembira dan mengalu-alukan kedatang bayi kami ke dunia. Tapi disebabkan kejadian yang sepatutnya boleh dielakkan tetapi sebab kecuaian pemandu, kejadian ini berlaku.
“Saya tidak akan memaafkan kamu semua. Setelah kejadian berlaku sehingga setakat ini, tiada sesiapa pun dari pihak syarikat kamu dan pihak syarikat transportation telefon untuk meminta maaf ataupun tanya khabar,” luahnya dalam facebook.
“Selepas kejadian itu, saya lihat isteri saya menangis dan sedih, apatah lagi luka pada badannya. Saya harap pihak syarikat logistik kamu boleh memberikan penjelasan tentang kenapa menggunakan jenis truck ini untuk membawa barangan muatan ini, ia telah melebihi paras ketinggian yang selamat.
“Disebabkan kemalangan ini, rahim isteri saya pecah, tulang belakangnya terbelah, 3 tulang rusuk patah, otak dan hatinya cedera, semua ini boleh membawa banyak kelanjutan. Ini anak pertama kami, kenapa kamu semua begitu kejam sangat nak rampas dia dari kami,” soalnya.
.
.
Menurutnya lagi, lori tersebut dipandu melebihi had laju sepatutnya selain membawa muatan secara bertindih dan melebihi paras pintu pagar lori.
Lebih menambah kemarahannya, pemandu lori tersebut telah bertindak melarikan diri dari tempat kejadian namun, berjaya ditahan pihak polis semasa operasi sekatan jalan raya sekitar Jeli, Kelantan.
Daripada maklumat, pemandu lori tersebut akhirnya ditahan oleh anggota polis yang sedang dijalankan sekatan jalan raya (road block) di Jeli.
Bawa Kelajuan Melebihi 90 (km/h)
Ketika kejadian berlaku, saya lihat lori datang dengan kelajuan tinggi sehingga keseluruhan badan lori sudah condongkan, mujur pengalaman saya memandu agak lama, sebelum kejadian berlaku saya sudah kurangkan kelajuan kereta saya, jika tidak saya agak saya sudah meninggal dunia.
(Dari anggaran saya kelajuan pemandu lori tersebut membawa melebihi 90(km/h)
Semasa saya nampak kedatangan lori tersebut, saya sudah mengurangkan kelajuan saya dari 80km/h hingga ke 60km/h, tetapi masih tidak dapat mengelak dari kejadian ini berlaku, saya rasa bersalah terhadap baby dalam kandungan ibu sebab ayah tidak mampu melindung awak dengan baik.
No. Plate lori itu ialah PJF 9890. Saya harap pemandu lori tersebut dapat balasan yang patut tindakan undang-undang yang sewajarnya, saya juga harap pihak syarikat kamu boleh menjelaskan mengapa selepas kejadian, tiada sesiapa pun meminta maaf dan tanya khabar.
Saya harap selepas kejadian ini, pihak syarikat kamu gunakan truck yang betul untuk menghantar barang, mengenai pihak logistik saya harap kamu mengupah pemandu yang bersikap bertanggungjawab. Walaupun truck adalah sejenis alat untuk kamu semua mencari rezeki, tetapi kamu tidak boleh pentingkan diri sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Mingguan Wanita: Moga keluarga Ding Sheng Koh tabah menghadapinya dan salam takziah.
“Isyh, payahlah nak masak nasi camni, dia suka makan beras lain pastu kita pula suka beras lain.”
Inilah jadinya kalau selera tak sama. Tetapi mak-mak jangan risau ya, ada caranya lebih mudah malah hasilnya nasi lagi helookk!
Ikut cara Puan Arwina Mansor, cuma perlu kukus nasi. Nak panaskan nasi pun cuma kukus balik. Settle.
Cara Masak nasi Kukus
Ada sorang kawan kata, susahlah nak masak nasi sekarang. Mak nak beras perang, kami tak suka. Takkan tiap kali nak masak dua periuk.
“Alamak dik.. Senang je.. Kami di rumah dah lama masak nasi kukus. Senang je, tiap sorang satu mangkuk. Sedas je masak. Tak sampai sejam. Nasi cantik. Takde kerak. Gebu…”
Saya tunjuk, saya masak 3 jenis beras. Beras wangi, beras perang dan beras siam. Nak senang lagi. Pakai mangkuk lain-lain jenis. Senang kenal nasi siapa punya. Bunyi ting. Semua orang dapat makan nasi kegemaran.
Ok.. Sebab ramai pula tanya soalan yang sama. Saya beritahu sini.
Kalau nak nasi macam biasa. Letak beras yang dah dibasuh 3/4 dari mangkuk dan letak air penuh mangkuk.
Jadi nasi akan naik ke atas. Bila dah masak… Kalau nak nasi tu lembik, letak beras 1/4 @ 1/2, buh air penuh. So nasi akan lembik sikit. Senang nak tenyeh bagi baby makan.
Nak masak pun tak lama. Dalam 20min-40min. Bergantung kepada jenis pengukus dan kuantiti. Tapi.. Saya suka biar je dia kukus lama. Sampai waktu makan. Panas-panas kan sedap!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Resepi pancake pisang ini mudah sungguh nak buat. Sebabnya pancake 3 bahan ini tak menggunakan tepung. Cuma gunakan pisang, telur dan madu. Sesuai untuk mak-mak yang sedang dalam usaha nak turunkan berat badan.
Hidangan sarapan mudah ini dikongsikan oleh Yanie Rosdi. Katanya waktu cuti sekolah yang lalu, dia mencuba resepi ini dan dihidangkan untuk anak-anak. Nak elakkan melekat, mak-mak kenalah masak dengan api perlahan guna kuali non stick ya.
“Anak-anak pasti sukakan pancake pisang ini. Mak-mak yang tengah diet pun boleh juga layan sebab hanya guna pisang dan telur sahaja.”
Bahan Pancake Pisang Tanpa Tepung
3 biji pisang 2 biji telur Satu sudu madu
Ini Cara Buatnya
Sediakan 3 biji pisang, 2 biji telur dan satu sudu madu.
Lenyek pisang bersama telur sehingga sebati @ boleh juga gunakan blender untuk hancurkan bahan tadi.
Masakkan dengan non-stick pan dan guna api perlahan sahaja.
Setelah siap boleh curahkan satu sudu madu. Sesuai juga dihidangkan bersama ais krim.