Tepat jam 5.27 petang, 16 Julai waktu Malaysia, umat Islam di negara ini dah boleh buat semakan dan mengesahkan arah kiblat dengan cara yang dikongsikan oleh Planetarium Negara.
Iaitu apabila kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah, berikutan fenomena unik yang berlaku dua kali setahun.
Cari objek tegak seperti dinding bangunan, tiang elektrrik dan rangka tingkap yang tegak atau menggantung objek berat dengan talinya yang menegak menghasilkan bayang-bayang menghala arah Kaabah.
Perhatikan bayang-bayang matahari yang dihasilkan objek tegak itu pada waktu yang dinyatakan.
Fenomena ini cuma berlaku dua kali setahun. Iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai. Bayang-bayang yang terhasil pula bergantung kepada keadaan cuaca semasa.
Dijangkakan bertepatan jam 4.01 pagi, 17 Julai pula orang ramai boleh melihat fenomena gerhana bulan separa, dan akan berakhir jam 6.59 pagi waktu Malaysia.
Gerhana kali ini akan mencapai peringkat maksimum pada 5.30 pagi yang mana pada waktu itu hampir separuh permukaan bulan dilindungi umbra (bayang-bayang) bumi.
Orang ramai yang mahu turut serta menyaksikan fenomena unik ini boleh ke Planetarium Negara yang akan dibuka kepada orang awam pada jam 2 pagi Rabu. Beberapa kemudahan teleskop juga disediakan untuk menyaksikan fenomena alam ini.
Sesi pencerapan planet Zuhal dan Musytari akan turut diadakan di hadapan pintu masuk utama Planetarium Negara bermula seawal jam 2 pagi.
Sumber/Foto : Harian Metro, Mufti Wilayah Kuala Lumpur