Tomato Ceri memang selalu digunakan dalam masakan, dimakan begitu sahaja mahupun dicampurkan dalam salad. Mudah rupanya nak tanam Pokok Tomato Ceri sendiri, semai daripada biji benih, 4 bulan dah boleh dapat hasilnya.
Mak-mak yang suka bercucuk tanam, nak cuba semai sendiri pokok tomato ceri di rumah boleh cuba ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Nur Aida Md Zainuddin ini. Paling penting bebas baja kimia, lebih organik dan jimat kos belanja dapur. Petik segar terus je dari pasu.
1. Hiris tomato ceri lepas tu letak hirisan tomato dalam bekas semaian(aida guna container dia je).
2. Lembapkan tanah dan letak tempat gelap (sebenarnya lupa sedar-sedar dah bercambah macam dalam gambar selepas 9 hari.
3. Biarkan anak pokok besar sikit dan alihkan macam biasa ke tempat yang sesuai.
4.Aida letak dalam polibeg. Siram pagi dan petang.
Baca lagi di sini:
TEKNIK Cantas Pucuk Luruhkan Semua Daun, Tip Pokok Mulberry Berbuah Lebat!
Siram Baja Roti Seminggu 3 Kali, Tanaman Subur Bunga Makin Meriah!
TANAM Bayam Brazil Dalam Botol Plastik, Cantik Merimbun, Senang Nak Petik!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang nak cuba tanam pokok tomato ceri di rumah boleh ikut cara dan tip yang dikongsikan ini.
Sumber: Nur Aida Md Zainuddin