Rupanya pokok kucai juga boleh disemai dari biji benih. Malah daunnya lebat, lebar dan elok cantik berbunga.Daun kucai ni antara yang kita sering gunakan dalam masakan. Seperti mee goreng, cucur kucai, sup dan sebagainya. Malah menariknya ia juga boleh dijadikan hiasan di halaman rumah, kerana mengeluarkan bunga-bunga yang sangat cantik.
Suka saya berkongsi hasil tanaman kucai. Saya maklum, tanaman kucai dari ahli di dalam group ini lebih menarik. Sekadar berkongsi ya.
Kat rumah ni hanya ada tiga pasu kucai sahaja. Saya semai dari benih. Cuma untuk makluman tuan dan puan, kucai ini memang mengambil masa untuk bertunas. Lebih kurang tiga minggu juga, barulah saya pindahkan ke dalam pasu besar.
Yang menariknya, kali ini tanaman kucai saya mengeluarkan bunga yang sangat cantik bersama-sama dengan benih-benihnya. So, dapatlah saya gunakan untuk semai kucai baru nanti.
Peringkat semaian, saya prefer untuk menggunakan peatmoss kerana medium ini sangat membantu untuk proses semaian berlaku dengan lebih baik dan stabil. Setiap lubang semaian saya akan tabur 6-8 biji benih kucai.
Proses semaian kebiasaannya saya akan ambil selama tiga minggu. Barulah dipindahkan ke dalam pasu yang lebih besar.
Jangan siram direct ke daun, tetapi saya siram secara mengelilingi pasu, iaitu terus kepada medium tanah atau apa apa medium yang dipakai.
Pembajaan, untuk pengguna baja organik, jangan terlalu kerap memberi baja atau terlalu banyak kuantiti yang diberi. Saya hanya guna 1 sudu setengah baja organik dua minggu sekali.Bagi yang menggunakan baja AB, pastikan bacaan ec meter tidak melebihi 1.5 ec. Tapi saya sarankan tuan puan menggunakan baja organik.
Jika pembajaan yang diberi terlalu kerap atau terlalu tinggi dosnya, daun kucai mudah rosak dan boleh mati.
Dari segi penjagaan, pokok kucai tidak atau jarang terkena serangan perosak. Hanya sekali sekala saya semburkan dengan cuka kayu. Di samping itu, penggunaan plant booster atau kita panggil sebagai vitamin pokok saya berikan seminggu sekali untuk memastikan daunnya lebat.
Untuk harvest, teknik yang selalu saya gunakan ialah dengan memotong 2 hingga 3 inci dari perdu. Selepas itu, pokok kucai akan tumbuh semula.
Jadi, tanamlah kucai tuan/puan di halaman rumah masing-masing. Banyak kegunaan dan khasiat kucai yang akan kita perolehi.
Selamat Mencuba! Semoga Bermanfaat.
Baca Lagi Di Sini:
Kawasan Tanah Terhad, Cara BETUL Tanam Kucai Dalam Kotak Polistrin!
Minum Air Daun Pegaga & Kucai, Petua Semulajadi Berkesan Bersihkan Usus!
Peniaga Kongsi Resipi Cucur Kucai Udang Laku Keras Yang Dibuat Jual
Mingguan Wanita:Baru tahu rupanya, pokok kucai juga boleh disemai dengan menggunakan biji benih. Daunya lebar, lebat malah mengeluarkan bunga-bunga yang sangat cantik.
Sumber: Mohd Amri
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita