Cara Selamat Buat Slime Untuk Anak, Yang Ini Tak Guna Bahan-bahan Aktif Dan Bahaya

Share

Rupanya ada cara selamat buat slime, tanpa menggunakan bahan yang boleh memudaratkan kesihatan anak dan tidak mahal. Percayalah… anak suka main benda ni, ala-ala playdoh pun ya!

Apa yang best cuma perlukan 4 bahan asas, jadi lebih baiklah ikut langkah demi langkah seperti yang Puan Nor Azleen Abd Rahim kongsikan kali ini. Confirm anak suka!

Jom, Tengok Apa Yang Diperlukan

Akhirnya hari ini saya tunaikan permintaan Afiah nak membuat slime selepas lebih setahun dia memintanya.

Bukannya apa kebanyakan resepi slime yang ada menggunakan bahan pencuci pakaian yang kuat, sabun pencuci pinggan yang kuat juga, bahkan ada juga yang menggunakan boraks sebagai bahan utama dalam pembuatannya.

Selepas melihat beberapa video dan laporan kes yang menunjukkan tangan anak “terbakar” akibat terlalu lama bermain dengan slime yang dibuat dengan resepi bahan-bahan aktif sedemikian, saya tangguhkan sahaja.

Tetapi bila jumpa resepi yang dikongsikan oleh Mama Q3 hari tu tidak menggunakan bahan-bahan aktif sedemikian, saya putuskan untuk mencubanya.

Kami membuatnya dalam kelas persediaan. Seminggu sekali kelas ini dah macam playgroup dek kesukaran nak mengajak anak-anak ini berinteraksi.

Bila buat macam playgrup ini, mereka lebih aktif dan teruja. Mahu berbual-bual dan berkomunikasi.

Seronok sakanlah budak-budak ini dapat membuat slime dan bermain sampai bertukar warna biru tangan masing-masing.

Tapi saya gunakan pewarna makanan sahaja jadi warna biru tu hilang bila dicuci dengan air dan sabun. InsyaAllah.

Slime yang dibuat tanpa slime agent activator ini tidak bertahan lama. Pendek kata setiap kali nak main kena bancuh yang baru.

Tapi bolehlah memenuhi hajat nak memberikan anak-anak permainan sensori kan. Dapat juga hampir sejam lebih bermain dengannya.

Kami cuba pelbagai jenis gam. Gam yang murah-murah kurang RM1 sebotol kecil tu langsung tidak jadi ya.

Guna gam putih atau susu tu menjadi juga tetapi tidak bertahan lama. Sekejap sahaja sudah keras dan tidak elastik. Selain itu ia juga tidak bergumpal.
Kena pilih gam yang berkualiti untuk membuatnya.

Berikut adalah bahan-bahannya:

1 bekas bikarbonat soda
1 bekas gam berkualiti
250ml air panas
Pewarna makanan

Cara membuat:

1. Bicarbonate soda. 1 botol untuk 1 bancuhan slime.

2. Gam putih yang kiri sekali tu hasilnya tidak bergumpal. Gam dua kecik tengah tu tak jadi langsung. Gam yang kanan tu jadi dengan cantik.

3. Pewarna makanan yang lebih banyak digunakan untuk membuat eksperimen daripada membuat kuih.

4. Kacau bicarbonat soda dengan air panas dahulu.

5. Campurkan pewarna makanan dengan gam.

Rujuk Video:

6. Tangan dah macam the avatar. Yang sebelah kiri atas meja tu slime yang menjadi. Yang sedang dikacau itu slime dengan gam murah. Tak jadi.

Masukkan bancuhan bicarbonat soda ke dalam gam perlahan-laham sehingga ia bergumpal menjadi slime.

Video Main:

Boleh main macam ni sahaja pun. Tarik tekan tekan. Apa yang bestnya entahlah mommy tidak faham.

Ok, selamat mencuba!

Published by
Nadia