Jagung rebus memang sedap, apatah lagi makan panas-panas. Ada cara untuk rebus jagung agar elok cantik tak kecut, macam beli dekat pasar malam. Bukan apa, walaupun hanya rebus jagung, kalau salah caranya ia jadi keras, kecut dan tak sedap.
Sebelum ni masak asyik tak jadi je jagung ni. Selalunya dah siap rebus dia jadi keras, kecut dan tak sedap. Tak macam yang kita beli kat pasar malam kan.
Sekarang kakak dah pandai dah rebus jagung.Happy sangat sebab menjadi dah sebijik macam yang beli dekat pasar malam.
Tengok lah isinya tu cantik kan.. kan? Sedap pun sedap, gebu gebas isi dia.
Buat pengetahuan semua, jagung akak ni bukan jagung muda..ni jagung tua dah.
1. Jagung dibersihkan, buang kulitnya tapi jangan buang semua. Tip penting, tinggalkan selapis atau 2 lapisan kulitnya.
2.Jangan potong jagung tu, biar sebiji-sebiji macam tu.
3.Rebus air dalam periuk yang besar (agak-agak boleh muat jagung yang nak direbus).
4.Bila air dah mendidih, baru letak jagung satu persatu. masukkan gula sikit.
5. Rebus jangan lama dalam 10 hingga 15 minit dah masak. Dah masak baru masukkan garam .Siap!
Insyaallah kalau ikut cara ni jagung tak akan kecut sampai esok.
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.
Baca Lagi Di sini:
Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Tanam JAGUNG Elok Cantik, Isi Penuh!
Resipi Air Jagung Leleh, Guna Lima Bahan Saja. Segelas Tak Cukup Nie!
Mingguan Wanita : Begini rupanya rebus jagung elok cantik tak kecut macam beli dekat pasar malam. Boleh cuba tip yang dikongsikan ini.
Sumber: Wan Ros Ina Lina
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita