Seksanya jika hidung bayi tersumbat. Ia berpunca dari kesesakan hidung sehingga akibatkan selsema. Bayi bukan boleh menghembus mengeluarkan hingus seperti orang dewasa. Sudahnya, menangislah bayi disebabkan ketidakselesaan itu. Jika ibu bapa tahu cara bersihkan hidung bayi tersumbat, mudah jadinya.
Biasanya selepas pemeriksaan, ibu bapa dibekalkan semburan hidung untuk bayinya. Kerana kurang mahir, ibu ayah tak gunakan ubat dan alatan dengan teknik yang betul, akhirnya masalah hidung bayi tersumbat terus berlarutan. Perkongsian dari Doktor Pakar Kanak-kanak, Dr Hairin Anisa Tajudin dari Dr Pakar Kanak-kanak Adda, memahamkan ibu bapa dengan bantuan video.
Ini teknik yang real yang saya selalu ajar parents cara guna sea salt water nasal spray & nasal decongestion (oxymethazoline).
Sea salt water nasal spray digunakan untuk cuci hingus & secretion yang block hidung baby, spray 2- 3 kali selang seli antara kedua belah hidung tanpa melemaskan bayi.
Saya biasanya galakkan parents sedut balik segala cairan dalam hidung untuk pastikan cairan tidak berkumpul dalam rongga hidung yang banyak poket dalamnya. Jika tak disedut semula, cairan itu sendiri akan jadi hingus yang tak sembuh-sembuh sebab terbiar berkumpul dalam sinus (rongga hidung).
Selepas sedut, hidungnya akan lebih clear & ubat oxymethazholine (iliadin 0.01 – 0.025%) or oxynase or otrivin, boleh dititikkan / spray dalam hidung bayi mengikut teknik dalam video ke-2.
Tujuannya untuk mengeringkan hingus & mengurangkan bengkak akibat radang dalam hidung.
√ Jika masih banyak cairan mucous dlm hidung, biasanya oxymethazholine kurang berkesan sebab ubat tu mixed dengan hingus-hingus.
√ Ubat ini hanya boleh diberikan 2 x sehari ( pagi & petang @ malam).
√ Mencuci dengan sea salt water spray. Boleh guna beberapa kali sehari untuk kurangkan sumbatan dek hingus baby yang banyak.
Selalunya cara ini boleh kurangkan simptom-simptom dalam 3-5 hari. Tapi bergantung juga kepada persekitaran rumah:
1. Jika banyak carpet yang jenis simpan habuk, lambatlah nak sembuh sebab banyak hama (dust mites)
2. Begitu juga jika ada kucing di mana bulu-bulu halusnya berterbangan & masuk dalam hidung bayi.
Untuk cepat sembuh, pastikan persekitaran rumah juga bersih.
# Saya amat berterima kasih kepada pasangan En Mohd Syaiful & Puan Norazliza yang sudi mengizinkan saya mengambil video baby kembar mereka (twin 2 : Seri Ariana) yang sangat comel untuk rakaman post dalam FB saya). Syukran jazilan. Semoga Allah swt menyembuhkan twin mereka segera. Aamiin.
Sumber/Foto/Video: Facebook Page Dr Pakar Kanak-kanak Adda