CARA PILIH Sayur Betul-Betul SEGAR, Barulah Bila Simpan Tahan Lama!

Share

Memang seronok beli sayur-sayuran tak kiralah di pasar basah, kedai mahupun di pasaraya. Nak beli sayur pun ada tipsnya, kena pandai pilih barulah sayur-sayurnya betul-betul segar. Bukan main ambil dan beli je. Bukan apa bila sayur-sayur yang kita beli segar, ia boleh tahan lama, disimpan tak mudah busuk malah bila dimasak pun bertambah sedap.

Mak-mak yang nak beli sayur tu, boleh rujuk perkongsian daripada Dr Hani Mynis ni sebagai panduan;

Rutin Mingguan: Shopping barang dapur
Tips beli sayur

Tipikal kebanyakan isteri-isteri mak-mak bab shopping paling kitorang suka. Kalau hani, paling syok masa shopping sayur. Satu, seronok nya kalau tengok sayur hijau-hijau fresh-fresh segar bugar dari ladang. Dua, seronoknya lah kalau jumpa sayur-sayur kampung yang rare, ulam-ulam yang susah nye nak jumpa kat kedai runcit area rumah atau pasaraya.

Alang-alang Aqil tengah tido tengah hari dia, hani share sikit tips beli sayur (sayur apa je yang hani terfikir sekarang lah) ye.

1. Sayur berdaun (sawi bayam kangkung)

Pilih yang batangnya kecil daunnya besar (kurang pahit)

2. Bendi

Selalu orang cakap kalau nak pilih bendi yang muda, patahkan hujung bendi kan? Kalau senang patah, muda lah tu.Haha pernah sekali kemain ralit dok nak patahkan bendi, kena tegur dengan tokey sayur haha.

Dia ajar kalau nak tahu bendi muda ke tua tak perlu patahkan hujung pun, memadai tekan-tekan, pegang sikit-sikit bendi tu, kalau rasa lompong je dah tua lah, kalau tekan padat je rasa maka itu bendi muda. Cara lain tengok hujung dia, kalau panjang je, muda; kalau kontot je dah tua la tu.

3. Kacang Panjang

Sama macam bendi, just pegang dan tekan-tekan sikit, kalau lompong je rasa macam kosong je dalam tu, tua lah dia. Tapi kacang panjang senang sikit nak tengok, visually kita dah boleh nampak dia tua ke muda. So pilih yang kurus-kurus slim-slim takde benjol-benjol sepanjang kacang panjang tu.

4.Tomato

Nak pilih tomato kena tahu bila kita nak masak dia (sebab tu kena buat meal planning before shopping). Agak-agak nak guna tomato tu lagi 4-5 hari beli yang kehijauan sikit. Agak-agak nak masak esok lusa boleh beli yang merah dan dah masak ranum gitu.

5. Timun

Timun ni senang nak pilih, pilih yang kurus, lurus dan pangkalnya hijau tapi bukan hijau terlalu pekat (takut timun pahit) dan hujungnya masih kehijauan. Kalau hujung nya dah putih atau kuning maknanya itu timun tua.

6. Peria

Peria yang tua lebih pahit dari yang muda, pilih yang rupanya elok dan tak de kesan pecah. Nak tahu yang muda ambil yang garisan-garisan kat luar peria tu rapat-rapat daripada yang jauh-jauh. Peria yang kecil bermakna dia lagi muda dari yang besar.

7. Lobak

Pilih yang saiz sederhana, kurus-kurus, warna terang dan takde kesan torehan atau berlubang. Lagi manis.

8. Sayur Berubi

Macam ubi keledek/kayu, pilih yang takde kesan potong atau torehan (kalau ada, dia dah kurang manis), yang belum bertunas dan tidak berlubang-lubang.

9. Terung

Pilih yang warnanye sekata, terang, tiada tompokan perang/putih, takde lubang-lubang dan kawasan lebam. Pilih terung berdasarkan menu masakan. Kebiasaanya terung bulat untuk masakan berkuah (kari, asam pedas, kuah dalca, lemak cili api). Terung pnjang untuk makanan bergoreng atau sedikit kuah (terung goreng sambal berlada, terung masak kicap, pajeri terung)

Semoga bermanfaat.

Baca Lagi Di Sini:

Cara Yang Betul Simpan Sayur Agar Kekal Segar & Tahan lebih Lama!
‘Jangan Basuh..’ Cara Betul Simpan Sayur, Kekal Segar Lebih Seminggu

MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak-mak bolehlah cuba tip yang dikongsikan bila nak beli sayur-sayuran, barulah betul-betul segar dan masakan pun jadi lebih sedap bila dimasak nanti.

Sumber: Dr Hani Mynis

Published by
Suhaidah Abd Wahab