Memang seronok beli sayur-sayuran tak kiralah di pasar basah, kedai mahupun di pasaraya. Nak beli sayur pun ada tipsnya, kena pandai pilih barulah sayur-sayurnya betul-betul segar. Bukan main ambil dan beli je. Bukan apa bila sayur-sayur yang kita beli segar, ia boleh tahan lama, disimpan tak mudah busuk malah bila dimasak pun bertambah sedap.
Mak-mak yang nak beli sayur tu, boleh rujuk perkongsian daripada Dr Hani Mynis ni sebagai panduan;
Rutin Mingguan: Shopping barang dapur
Tips beli sayur
Tipikal kebanyakan isteri-isteri mak-mak bab shopping paling kitorang suka. Kalau hani, paling syok masa shopping sayur. Satu, seronok nya kalau tengok sayur hijau-hijau fresh-fresh segar bugar dari ladang. Dua, seronoknya lah kalau jumpa sayur-sayur kampung yang rare, ulam-ulam yang susah nye nak jumpa kat kedai runcit area rumah atau pasaraya.
Alang-alang Aqil tengah tido tengah hari dia, hani share sikit tips beli sayur (sayur apa je yang hani terfikir sekarang lah) ye.
1. Sayur berdaun (sawi bayam kangkung)
Pilih yang batangnya kecil daunnya besar (kurang pahit)
2. Bendi
Selalu orang cakap kalau nak pilih bendi yang muda, patahkan hujung bendi kan? Kalau senang patah, muda lah tu.Haha pernah sekali kemain ralit dok nak patahkan bendi, kena tegur dengan tokey sayur haha.
Ads
Dia ajar kalau nak tahu bendi muda ke tua tak perlu patahkan hujung pun, memadai tekan-tekan, pegang sikit-sikit bendi tu, kalau rasa lompong je dah tua lah, kalau tekan padat je rasa maka itu bendi muda. Cara lain tengok hujung dia, kalau panjang je, muda; kalau kontot je dah tua la tu.
3. Kacang Panjang
Sama macam bendi, just pegang dan tekan-tekan sikit, kalau lompong je rasa macam kosong je dalam tu, tua lah dia. Tapi kacang panjang senang sikit nak tengok, visually kita dah boleh nampak dia tua ke muda. So pilih yang kurus-kurus slim-slim takde benjol-benjol sepanjang kacang panjang tu.
4.Tomato
Nak pilih tomato kena tahu bila kita nak masak dia (sebab tu kena buat meal planning before shopping). Agak-agak nak guna tomato tu lagi 4-5 hari beli yang kehijauan sikit. Agak-agak nak masak esok lusa boleh beli yang merah dan dah masak ranum gitu.
Ads
5. Timun
Timun ni senang nak pilih, pilih yang kurus, lurus dan pangkalnya hijau tapi bukan hijau terlalu pekat (takut timun pahit) dan hujungnya masih kehijauan. Kalau hujung nya dah putih atau kuning maknanya itu timun tua.
6. Peria
Peria yang tua lebih pahit dari yang muda, pilih yang rupanya elok dan tak de kesan pecah. Nak tahu yang muda ambil yang garisan-garisan kat luar peria tu rapat-rapat daripada yang jauh-jauh. Peria yang kecil bermakna dia lagi muda dari yang besar.
7. Lobak
Pilih yang saiz sederhana, kurus-kurus, warna terang dan takde kesan torehan atau berlubang. Lagi manis.
8. Sayur Berubi
Macam ubi keledek/kayu, pilih yang takde kesan potong atau torehan (kalau ada, dia dah kurang manis), yang belum bertunas dan tidak berlubang-lubang.
Ads
9. Terung
Pilih yang warnanye sekata, terang, tiada tompokan perang/putih, takde lubang-lubang dan kawasan lebam. Pilih terung berdasarkan menu masakan. Kebiasaanya terung bulat untuk masakan berkuah (kari, asam pedas, kuah dalca, lemak cili api). Terung pnjang untuk makanan bergoreng atau sedikit kuah (terung goreng sambal berlada, terung masak kicap, pajeri terung)
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak-mak bolehlah cuba tip yang dikongsikan bila nak beli sayur-sayuran, barulah betul-betul segar dan masakan pun jadi lebih sedap bila dimasak nanti.
Jika berhajat untuk menanam pokok kesum, sebaiknya gunakan kaedah selfwatering pot atau hidroponik. Namun, ini tidak bermakna anda perlu beli bekas atau pasu khas. Boleh cuba idea super murah dan tetapi hasilnya tetap menjadi! Gunakan bekas aiskrim.
Pokok kesum memang banyak kegunaannya dalam masakan. Bagaimanapun ramai yang mengeluh kerana sukar hendak menanam pokok kesum. Sebenarnya pokok kesum ialah sejenis tanaman liar dan mudah membiak. Namun, yang menjadi keutamaan untuk tanaman ini adalah medium yang sentiasa lembap.
Pokok Kesum Elok Subur Menghijau
Untuk permulaan, beli daun kesum. Ambil daunnya dan tinggalkan batangnya sahaja dan daun-daun kecil.
BAHAN YANG DIPERLUKAN:
Bekas bertutup
Air secukupnya
Baja AB
Batang pokok kesum
Pisau
Tanam Dalam Bekas Aiskrim Terpakai
Cara-caranya:
1. Tebuk penutup bekas sebesar batang kesum.
2. Cucuk-cucuk sahaja batang kayu kesum pada penutup bekas airkrim yang telah ditebuk itu.
*Petua tebuk lubang pada bekas aiskrim terpakai. Bakar hujung pisau tajam pada api dapur dan cucuk pada penutup bekas aiskrim. Siap!
3. Campurkan air dengan sedikit baja AB.
4. Tutup bekas, letakkan di tempat yang redup. Tak perlu pantau pun. Biarkan sahaja di tempat itu.
5. Bila bekas atau air kelihatan keruh atau gelap, bolehlah ganti dengan air yang baru. Tambah sedikit baja AB supaya pokok kesum semakin subur.
6. Inilah hasil pokok kesum yang elok ‘sihat’ dan subur.
Bayam dan kangkung merupakan antara sayuran yang selalu kita beli di pasar. Sayur ini paling mudah ditanam, senang dijaga dan paling cepat dituai berbanding tanaman lain. Dalam tempoh 25 hingga 30 hari dah boleh dapat hasilnya. Rupanya antara tip untuk dapatkan bayam dan kangkung yang subur, daun lebar macam ni, kena gaul dulu benih dengan tinja ayam proses.Selepas 10 hari barulah ditanam seperti biasa.
Ini tip tanam sayur kangkung dan bayam yang dikongsikan oleh Harun Arun sebagai panduan;
Tuaian bayam & kangkung.Antara sayur yang paling cepat tempoh tuaian,mudah ditanam dan senang dijaga.tempoh tuai pun cepat dalam 25-30 hari.
Tanah biasa pun boleh,tanah hitam,toosoil,pasir. Sebelum tanam saya gaul dulu dengan tinja ayam proses, dah 10 hari baru tanam.
Bayam,kangkung tak perlu semai, tabur terus je kat batas atas polybag.Benih bayam dia halus sangat,elok gaul dulu sekali dengan pasir pastu baru tabur. Kalau Kangkung korek la sikit lubang dalam setengah inci, masukkan 3,4 biji benih satu lubang,jarakkan dalam 5,6 inci antara setiap lubang.
Tanam untuk buat makan sendiri,lebih sedekah kat jiran-jiran.
Info Ekstra!
Kutip hasil kangkung dengan cara tidak dicabut tapi dipotong sebahagian pokok dan tinggalkan sebahagiannya, nanti akan bertunas lagi dan boleh tuai kali ke 2. Baja dan disiram lagi semula.
Mingguan Wanita:Begini rupanya nak tanam sayur kangkung dan bayam yang subur dan gemuk-gemuk.Mudah ditanam, senang dijaga dan cepat dituai. Memang wajib cuba. Puas hati tanam sayur sendiri, jimat belanja dapur.
Ada orang yang berjaya menanam pokok kunyit hingga daunnya lebat merimbun. Kadangkala, pokok kunyit yang daunnya lebat merimbun, sudah mengumpulkan isi yang banyak. Dan pemilik perlu biakkan pokok kunyit ke dalam pasu yang baru.
Tetapi ada yang tak berani berbuat demikian. Bimbang pokok kunyit yang dipisah-pisahkan dari induk akan langsung mati tidak mengeluarkan isi kembali.
Ada cara yang betul untuk melakukannya. Lelaki ini, Mohd Amri berkongsi cara dia membiakkan pokok kunyit daripada pasu asal yang ditanam. Pokok kunyit yang sudah merimbun isinya perlu dipindahkan.
Cara Biakkan Pokok Kunyit
Pokok kunyit lama ini bulan tiga yang lepas saya keluarkan dari pasu. Tujuannya tak lain tak bukan untuk biakkan supaya lebih banyak. Rezeki jiran-jiran sekeliling saya kongsikan isi kunyit dan juga daunnya sekali.
Seterusnya saya kongsikan cara saya biakkan pokok kunyit kepada beberapa pasu baru.
Ambil beberapa batang kunyit yang sudah berakar seperti dalam gambar.
Daun saya potong. Sebab memang akan layu. Daripada layu macam tu, baik saya guna atau agihkan kepada jiran.
Yang lebihan agihan, terus saya cucukkan ke tanah.
Selepas Hari Ke-7 Dah Keluar Tunas Baru
Untuk peringkat awal dalam seminggu hingga ke dua minggu saya tidak beri sebarang baja, hanya siram pokok supaya berkeadaan lembab. Pada hari ke 7, sudah keluar beberapa tunas-tunas baru. Yeah!
Pada peringkat ini, saya mula masukkan atau taburkan sahaja dua sudu baja organik dan siram seperti biasa.
Baja seperti dalam gambar. Baja ini adalah campuran kompos sawit dan tinja ayam. Sepaket saya dapat RM7 sahaja. Murah dan berkesan untuk semua pokok. Boleh cuba.
Selang Seminggu Dua, Tabur Baja Organik
So, untuk hari-hari berikut, saya hanya siramkan air kosong. Selang seminggu sekali atau dua minggu sekali saya akan taburkan baja organik serta berikan semburan booster.
Setakat ini, inilah perkembangannya. Dah dapat banyak pasu, bolehlah buat rendang semasa MCO serta Hari Raya Aidiladha tak lama lagi.
MW : Seronok bila berjaya tanam pokok kunyit berdaun lebar dan berisi lebat.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...