Cara penggunaan gear automatik dan manual kereta adalah berbeza.Ramai wanita lebih gemar memilih kereta yang memiliki gear automatik kerana lebih mudah dipandu dan dikawal berbanding gear secara manual. Namun ramai yang ambil mudah dengan cara penggunaan gear automatik ini.
Perlu tahu, menukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox rosak dan kos gearbox kereta pula adalah sangat mahal.Berikut merupakan tip menggunakan gear automatik yang betul oleh Arun Billionare yang juga merupakan seorang penjual kereta sebagai panduan anda.
JANGAN TUKAR GEAR “P” DI LAMPU ISYARAT
Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse akan nyala sekejap.Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau cepat rosak.
Kaedah yang betul semasa berhenti di Lampu Isyarat:
1. Tekan brek kaki
2. Masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak je)
3. Tarik hand brek
4. Lepas brek kaki
Bila nak jalan balik:
1. Tekan brek
2. Masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. Tarik je)
3. Lepas hand brek.
4. Lepas brek kaki
5. Tekan minyak
PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR 1. Tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D
Ads
2. Jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D
KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear. Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.
Contohnya:
Dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear terus ke R.
Contohnya:
Semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear,kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan tombol gear.
Ads
p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat
Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:
P – Parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. Gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.
R – Reverse, untuk mengundur kereta anda
Ads
N –Neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.
D – Drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive – gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. Gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj
3 – Sesetengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3.
2 – Ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya Tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu.
L –Low gear, gear pertama.
Semoga Bermanfaat! Kredit: Arun Billionare
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cili dan bawang kisar boleh dikatakan bahan asas yang mesti ada setiap dalam masakan. Bila dah buat stok banyak-banyak cili dan bawang kisar ni, sangatlah memudahkan kerja memasak dan menjimatkan masa. Tinggal ambil dan ‘campak’ je dalam kuali. Tak perlu nak kupas kulit bawang atau gunting cili kering dan kisar.
Namun nak buat cili dan bawang kisar untuk dijadikan stok ni ada caranya. Bukan apa, salah caranya nanti ia tah tahan lama,jadi mudah rosak, masam dan berkulat.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Raden Nor Kamalia ini, barulah cili dan bawang kisar tahan lebih lama.
“Hari ini nak kongsi cara-cara menyimpan cili kisar dan bawang kisar agar tahan lebih lama.Bila nak masak lauk pauk atau goreng mee, goreng bihun dan goreng kue tiaw tinggal cedok jer. Stok untuk seminggu.”
CILI KISAR
Bahan-Bahan:
100 gm cili kering
3 biji bawang besar
Satu labu bawang putih (8@9 ulas)
Asam keping
Cara Membuat:
1.Gunting cili kering lebih kurang 1 inci.
2.Masukkan ke dalAm tapis yang berlubang agak besar untuk membuang biji cili.
3.Kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus cili hingga mendidih.
4.Letakkan satu sudu besar garam dalam rebusan dan kacau sebentar
5.Bila telah mendidih, tutup api.
6.Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili.
7.Masukkan cili yang sudah di basuh tadi ke dalam blender bersama dengan 3 biji bawang besar dan satu labu bawang putih.
8.Blender menggunakan air tapis.
9.Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas dan letakkan sedikit asam keping,simpan di dalam peti ais.
*Boleh tahan hingga sebulan cili kisar tersebut.
BAWANG MERAH KISAR
Bahan-Bahan:
6 biji bawang besar
10 biji bawang kecil
Minyak Masak
Satu sudu garam
Cara Membuat:
1.Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil.
2.Blender bawang bersama minyak masak.
3.Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang.
4.Jika bilangan bawang penuh satu blender, gunakan minyak anggaran setengah blender.
5.Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas.
6.Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais.
*Boleh tahan seminggu atau 2 minggu bawang kisar tersebut.
BAWANG PUTIH KISAR
Bahan-Bahan:
5 labu bawang putih
Minyak masak
Satu sudu garam
Cara Membuat:
1.Kupas bawang, cuci ,keringkan dan hiris kecil
2.Blender bawang bersama minyak masak.
3.Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang
4.Jika bilangan bawang penuh satu blender, gunakan minyak anggaran setengah blender.
5.Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas
6.Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais.
*Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi kalau nak buat stok banyak untuk bawang dan cili kisar, boleh ikut cara yang dikongsikan ini barulah tahan lebih lama,tak masak, rosak mahupun berkulat.
Mak-mak mesti ada kenangan beli roti yang penuh berkrim dan sedap. Sebenarnya tak perlu beli pun, kita boleh buat sendiri je krim marjerin ni di rumah dengan pelbagai perisa yang disukai. Kalau anak-anak suka makan roti atau kek, pun sesuai sangat sapu krim marjerin ni.
Jom cedok resipi yang dikongsikan oleh Puan Masni Bahari ini;
“Jom kita buat krim marjerin untuk anak-anak kita ke sekolah. Tak la jemu meka asyik dok calit dengan planta, kaya ja.Yang akak tahu resepi krim ni hanya perlu majerin & gula ja..tapi akak nak dia lebih rasa sedap & lemak sikit jadi akak pon derhakalah pada resepi asal.Jom intai apa yang akak derhaka tu”.
Bahan-Bahan:
1 cawan marjerin pelangi
1 cawan gula kisar
Setengah cawan susu cair
4 sudu besar susu pekat
Secubit garam..nak bangkitkan lemak susu caair
Perisa..ikut masing-masing ya
Cara Membuat:
1.Campor semua bahan kecuali perisa.mixer sampai kembang dan jadi putih gebu.
2.Bila dah kembang, boleh letak perisa. Ok siap! dah boleh sapu pada roti.Marjerin ni boleh ja simpan dalam peti ais.Dia macam planta, kalau kita simpan dalam peti dia keras, bawa keluar dia lembut balik.
Koko perisa coklat.
Hijau perisa pandan.
Putih perisa vanila.
Kuning perisa jagung.
Pink perisa strawberry.
Kalau nak sapu dekat kek pon boleh na..sedap tau..
Semoga perkongsian ini bermanfaat! Selamat mencuba!
MW:Menarik juga idea ni, pastinya rasanya lebih sedap!. Mak-mak boleh cuba untuk pelbagaikan disapu pada roti mahupun kek. Anak-anak pun mesti suka!
Siapa sangka, rumah yang berbelas tahun tidak pernah ditenggelami banjir, kini berlaku di depan mata. Segala barang rumah seperti peti ais, mesin basuh seolah tidak boleh diselamatkan lagi.
Sebabnya, semuanya telah tenggelam dan tak mungkin boleh digunakan lagi. Memang kita tak jangka air banjir akan naik dengan cepat. Sampaikan kita hanya memberi langkah berjaga-jaga dengan mengangkat sedikit dengan lapikkan dengan batu batan untuk tiggikan sedikit.
Siapa sangka, semua ini meleset dan peti ais, mesin basuh yang hanya paras pinggang kita pun habis tenggelam. Sudah tentu fikirkan untuk beli yang baru dan duit pasti banyak untuk membeli dan menggantikan yang baru.
Jangan terus buat keputusan yang terburu-buru. Tak perlu bazirkan duit sebab banyak lagi duit perlu digunakan pada keperluan lain, sementelah pasca banjir, macam-macam perkara diselesaikan.
Jadi, untuk jimatkan atau tidak bazirkan peralatan ini di buang begitu saja, ada cara untuk selamatnya. Ikut apa yang dikatakan oleh lelaki ini.
Musim sekarang banjir, peti ais dan mesin basuh kena jaga-jaga sebab ini boleh buat tenggelam.
Perkongsian daripada Halim ini adalah supaya mangsa yang terlibat dengan banjir besar, apabila pulang ke rumah, jangan terus hidupkan peti ais dan mesin basuh.
Sebaliknya, biarkan ia selama 5 hari hingga seminggu untuk pastikan ia betul-betul kering. Sebelum itu, cuba tengok peti ais di bahagian belakang. Di situ terdapat PCB Box yang sudah dimasuki air banjir.
Jadi, jangan sesekali usik atau hisupkan suis. Ini untuk mengelakkan ia terbakar dan terus rosak. Apa yang penting, kena pastikan ia betul-betul kering selama 5-7 hari. Barulah on kan suisnya.
Semoga ia membantu untuk pastikan peti ais kembali boleh digunakan seperti biasa.
Mingguan Wanita : Dalam keadaan sekarang, duit memang banyak diperlukan. Kalau dapat berjimat dan boleh digunakan, ikutlah cara yang sarankan ini. Moga ia memberi manfaat untuk mangsa-masang banjir.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...