CARA PANTAS Lembutkan Daging/Ayam Tua, Campak Dalam Periuk Nasi, Tak Perlu Tambah Air!

Share

Walaupun tanpa’pressure cooker’, rupanya kita tetap boleh lembutkan daging dengan pantas dengan menggunakan periuk nasi. Bukan apa, selalunya jika tanpa bantuan periuk tekanan tinggi atau ‘pressure cooker’ daging memang lambat nak lembut. Namun bukan semua rumah ada periuk ni.

Jadi mak-mak kenalah lebih kreatif, cuba pelbagai petua dan tip untuk melembutkan daging. Petua ini sesuai sangat jika kita nak masak masakan daging yang kering, serta tidak memerlukan air rebusan. Namun nak buat sup atau jika memerlukan air rebusan pun boleh juga. Cara ini lebih cepat berbanding masak dalam periuk biasa dan lebih jimat masa.

Boleh cuba tip pantas lembutkan daging seperti yang dikongsikan oleh Puan  Najwa Romli ini.

Kalau ada yang nak masak menu daging/ayam tua…kakwa nak bagi tips macam mana nak bagi daging/ayam tua lembut dengan pantas tanpa pressure cooker!

Tips dari seorang sahabat hingga terbantut hajat beliau nak beli periuk Noxxa dan hingga terbantut juga hasrat kakwa nak beli pressure cooker. Boleh gitu?

Syok woi!! Orang yang selalu masak je faham perasaan syok macam ni! Kihkihkih.

Cara-Caranya:

Campak je potongan daging/ayam tua yang telah di cuci bersih ke dalam rice cooker. Tak perlu tambah air. Tekan suis ON dan tunggu hingga “button cook” tu naik sendiri. Macam masak nasi.

Senangkan? Ada juga sahabat yang bagi tips nak lagi cepat lembut tambah 2 penutup ice cream soda atau sesudu soda bikabonate.Tu diaaa..!!

Nak cuci rice cooker rendam dengan air panas dulu.

Lepas ni nak cari rice cooker size paling kecik khas untuk lembutkan daging je. Murah la sikit dari noxxa tu! Kihkihkih.

Nota kaki : Kalau nak masak sup tulang/daging letak air ikut sukatan yang kalian nak. Kejap je masaknya.

Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.

Mesti Baca:PETUA Paling Mudah Lembutkan Daging Guna MINYAK, Tak Perlu Rebus!
Baca Lagi Di Sini:Mak-Mak Yang Nak Basuh, Potong & Lembutkan Daging Dengan Cepat, Boleh Ikut Cara Chef Ini Kongsikan!


Artikel Menarik:Perap Sekejap Dengan Soda Bikarbonat, DAGING Cepat Lembut, Empuk & ‘Juicy’!

Mingguan Wanita:Jadi nak lembutkan daging boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Memang mudah, guna periuk nasi je, daging cepat lembut.

Sumber: Najwa Romli

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab