Kebanyakan daripada kita yang ambil cuti dah nak masuk kerja semula & anak-anak pun dah nak mula sekolah. Baju-baju pula banyak yang nak kena basuh & gosok, kalau sikit-sikit tak pe, ni berpasang-pasang yang nak kena gosok..memang boleh stress mak-mak dibuatnya. Ada cara mudah dan pantas yang dikongsikan oleh Puan Afnee Baker, bagi mempercepatkan proses menggosok yang renyah ni iaitu dengan menggunakan Aluminium Foil.
Dengan cara ini mak-mak akan dapat menggosok kedua-dua bahagian secara serentak! Tak perlu nak diterbalikkan lagi. Boleh siap dalam masa yang pantas. Tak perlu ‘upgrade’ seterika mahal dan hanya menggunakan bahan yang murah!Apa yang pasti ia jimat masa, mudah, murah dan sangat berkesan!
Jom ikut langkah dibawah ini.
Aluminium Foil
Kain / Sarung seterika
Stapler / Double sided tape
* Saiznya bergantung pada papan seterika (ironing board) masing-masing.
Ambil ukuran papan seterika dan saizkannya mengikut aluminium foil yang perlu digunakan. Kebetulan, aluminium foil yang digunakan ini memang dah memang cukup saiznya. Jadi, senanglah!
Bila dah sama saiz, balutkan aluminium foil dan tampalkan dengan ‘double sided tape’. Guna aluminium foil bahagian yang berkilat di atasnya ya. Kalau nak guna cara lain pun boleh, asalkan ianya melekat dengan kukuh.
Lepas dibalut dengan Aluminium Foil, balutkan pula dengan sehelai kain lain. Kalau nak mudah, gunalah sarung seterika yang dah sedia ada. Kalau tak ada, carilah apa-apa kain untuk membalutnya. Piihan terbaik adalah kain cotton atau kain batik pun boleh. Kemudian, stapler saja hujungnya untuk memperkemaskannya. Senang cerita!
Itu saja langkahnya.
Siap!
Oleh kerana aluminium foil sangat berkesan menyerap haba, maka apabila gosok baju bahagian depan, bahagian belakang pun akan ‘tergosok’ sekali tanpa sengaja. Macam dalam gambar di bawah ini.
Selamat Mencuba!
Sumber: Afnee Baker