Memang risau jika serangga dan binatang berbisa seperti ular, lipan serta kala jengking selalu keluar dari ‘drain hole’ di bilik air. Memang berbahaya untuk keselamatan penghuni rumah, lebih-lebih lagi jika ada anak kecil.
Jika di rumah penutup lubang ‘drain hole’ selalu terbuka dan sering binatang dan serangga berbisa keluar, ini cara simple untuk buat ‘kuncinya’. Mudah sahaja modal dalam RM1-RM3 sahaja namun memang tahan lama.Malah nampak lebih kemas berbanding tindih dengan baldi mahupun botol.
Boleh cuba DIY Kunci ‘Drain Hole’ yang dikongsikan oleh Encik Kamal Harun ini.
Tadi ada nampak kawan-kawan minta cadangan nak buat macamana cara paling simple dan tahan supaya ‘drain hole’ ni boleh dikunci supaya binatang tak bukak masuk menerusi lubang ni.
Jadi ni cara yang teman buat 7 tahun lepas setelah ular-ular, lipas, katak cuba masuk melalui lubang penutup macam ni. Alhamdulillah tahan lagi. Ada nampak karat sikit pada skru, tapi takde masalah, nanti skru tu hancur? Boleh ganti balik tapi dah 7 tahun ni, tahan kut 10 tahun untuk 1 skru. Hehe. Semoga dapat bantu dan bermanfaat.
Alatan Digunakan:
Self drill bit (yang ikat c channel) dan
Steel belt / hole steel plates (lebih selamat dan tak tajam).
Modal RM1-RM3. Jika risau tajam tersepak, boleh guna steel plate bar macam dalam gambar ni.
Alhamdulillah. Dalam masa 7 tahun tak pernah anak-anak saya tersepak dan luka tuan. By the way hujung dan bucu tu kasi lipat dan grind sikit. Drain hole ni akan berada di hujung-hujung dan tepi-tepi, kaki kita tak akan pernah ke sini dengan sengaja dan tak mungkin akan berada ditengah-tengah laluan. Kalau kena juga, takdir dan suratan lah..hehe..tq atas concern.
Ads
*Bahagian tak lawa tu tak payah tengok lah. Sebab toilet saya ni pun tengah dalam perancangan nak reno balik letak balik simen-simen putih supaya lawa.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat.Jadi jika nak kunci ‘drain hole’ untuk elak daripada serangga dan binatang berbisa masuk, boleh ikut cara mudah yang dikongsikan ini.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Ads
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Sekarang ini, banyak yang boleh mak-mak buat pilihan untuk mencari dapur memasak yang canggih dan cantik. Ramai juga yang lebih suka guna air fryer daripada dapur kaca yang pelbagai jenama dan coraknya.
Bagi sesetengah mak-mak, ada yang selesa guna dapur kaca untuk memasak. Barulah rasa puas hati. Malah, ada juga yang makin cnggih dan moden hanya guna dapur elektrik saja.
Tak kisahlah dapur kaca, eletrik, induksi dan sebagainya, yang penting dapur tetap berasap untuk berikan hidangan yang lazat-lazat pada keluarga.
Walau bagaimanapun, canggih atau tidak dapur seseeorang itu, penjagaan juga sama pentingnya, lebih-lebih lagi mak-mak yang selesa menggunakan dapur kaca.
Selalu kita dengar cerita yang dapur kaca tidak semean-mena pecah ketika memasak dan mungkin juga selepas itu. Bila diingat balik, dapur itu tak sampai setahun digunakan.
Kenapa boleh berlakunya dapur kaca ini pecah. Ada sebabnya ia jadi mudah pecah. Fatimah Salim, ada berkongsi tip untuk elak mudah pecah.
Terdapat banyak jenis bahan binaan (aka material) yang digunakan untuk membuat dapur memasak seperti kaca, kaca berplumbum (lead glass), seramik dan borosilikat.
Disebabkan banyak kemalangan sewaktu memasak yang berlaku, di sini kita hanya akan bincangkan dapur kaca tempered (tempered glass). Ambil tahu cara pengendalian bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini seperti letupan dan kebakaran. Tambah lagi jika kejadian berlaku sewaktu ada anak kecil bersama.
Dapur kaca tempered digunakan mengantikan dapur borosilikat kerana ia lebih cantik di samping lebih tahan haba, tidak bertindakbalas (inert), tidak mengalirkan elektrik juga kalis air dan gas.
Namun, ia mudah pecah jika tidak dijaga dengan baik dan betul. Tip dalam menggunakan dapur kaca tempered ialah:
1. Jangan tutup permukaan kaca -setengah dari kita sayangkan dapur, takut tumpahan minyak atau kotoran pada permukaan. Namun dengan menutup dapur, haba akan terperangkap lalu membuatnya mudah retak.
2. Jangan guna kuali dan periuk yang terlalu besar- penggunaan periuk dan kuali yang besar terutamanya yang diperbuat daripada logam akan memerangkap haba lalu memindahkannya kepada dapur. Ini boleh menyebabkan dapur ini mudah retak.
3. Jangan letak kuali atau periuk di atas permukaan kaca kerana beban yang berat.
4. Maksimumkan penggunaan secara berterusan selama 2 jam sahaja. Ini kerana, penggunaan yang lama akan meningkatkan pengumpulan haba.
5. Jangan sesekali mengelap atau membersihkan dengan kain basah tunggu sehingga dapur sejuk supaya tidak berlaku “kejutan “ atas perubahan suhu yang drastik. Lalu menyebabkannya retak.
Kredit gambar MATJO
Mingguan Wanita : Tak kisah jenis dapur apa sekali pun, cantik, murah atau mahal. Yang penting dapur tetap berasap untuk diberikan pada keluarga.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Perasan tak kadang kala api pada tungku dapur jadi besar dan bertukar warna oren sehingga menyebabkan periuk hitam berjelaga. Memang jenuh nak menyentalnya, sampai ingat tungku dapur gas dah rosak dan kena tukar yang lain.
Namun sebelum nak beli dapur baru, sebenarnya mak-mak boleh cuba dulu tip yang dikongsikan oleh Puan Sharina Binti Othman dahulu dalam group Masak Apa Hari Ini (MAHN), agar api kembali bertukar biru.
Berikut perkongsian tersebut;
“Api dapoq gas tetiba oren.Habis berjelaga periuk kesayangan.Nak gosok periuk tu, alahai boleh sado tangan tu.Rasa nak beli dapoq gas baru ja kan.Tapi tu la bajet pun cukup-cukup ja.”
Sapa pernah mengalami situasi sebegini?
“Haaa ini caranya untuk kembalikan api jadi warna biru. Selamat tinggal jelaga yang suka singgah di periuk. Lani hangpa baca setiap caption kat gambaq nah.Ni dapoq gas yang biasa tu nah.”
1.Nampak dak api jadi warna oren. Ni bubuh periuk ka bubuh kuali ka, tak sampai seminit tobat hitam periuk tu.. huhuhu
2. Pusingkan benda tu. (Yang anak panah tu).
3.Pusingkan hingga tidak menutup lubang tu (anak panah).
Namun, setelah anda pusing pin tetapi api tetap warna oren/merah.
Caranya :
Buka tungku api, ketuk-katuk untuk keluarkan segala karat-karat yang terkumpul, bersihkan sisa makanan atau lelehan minyak.
Spray dengan anti karat ( ada dijual kedai hardware/mr.diy ).
Dan pasang semula tungku api tersebut.
Jika api masih oren/merah juga maka boleh la tukaq tungku api atau minta suami anda belikan dapoq gas yang baru.
Gambaq yang terakhir k.nana terbaca di komen group MAHN.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat! Jadi buat mak-mak yang ada masalah api tungku warna oren dan sebabkan periuk berjelaga, boleh cuba dahulu tips yang dikongsikan ini sebelum nak beli dapur baru. Jimat duit!
Terus terang, saya jarang simpan stok makanan basah sebab bukan selalu memasak pada hari bekerja.Biasanya setiap hari Sabtu dan Ahad saja dapur saya berasap. Hari bekerja, boleh dikira berapa kali dapur saya berasap. Sebabnya, hanya saya, suami dan seorang anak di rumah.
Jadi, lebih praktikal jika kami bertiga makan di luar saja ( kadangkala kami tak ambil makan malam. Nak diet konon…). Makan di luar lebih jimat berbanding jika memasak. Lebih-lebih lagi pada zaman serba mahal ini. Bayangkan, sekali ke pasar, kena sediakan tak kurang RM50 untuk membeli barang untuk dimasak. Kalau makan di luar, tak sampai angka tu untuk kami tiga beranak.
Cara Jimat Kos
Ramai rakan yang berkongsi cara menjimatkan kos dan menjimatkan masa untuk memasak bagi ibu yang bekerja. Misalnya membuat segala jenis pes dan kemudian disejuk bekukan. Begitu juga barang basah. Ikan, sotong, udang, dan sebagainya akan diasing-asingkan mengikut hari untuk stok seminggu misalnya. Saya teringin juga buat begitu. Lagi memudahkan untuk kita membuat bajet.
Tapi, suami saya pula jenis yang tidak suka simpan barang basah berhari-hari. Confirm dia tak makan. Anak juga sudah terikut-ikut. Kalau ikan atau makanan laut itu tak segar, jangan harap mereka nak sentuh. Sebab itu kami masak pada hujung minggu. Kalau nak masak, baru kami ke pasar dapatkan barang segar di sana. Keesokan harinya pula, kami akan ke pasar lagi untuk membeli keperluan memasak. Sesekali jika ikan atau makanan laut itu benar-benar segar, baru kami akan simpan untuk dua tiga hari. Tidak lebih dari itu.
Suami juga sangat cerewet dalam bab memilih barang basah. Kalau tak segar, dia lebih rela beli ikan sardin, telur atau beli ikan bilis dibuat sambal. Mungkin sudah terbiasa makan ikan dan makanan laut segar sejak kecil kerana hobi arwah ayahnya ke laut.
Sebab itu juga saya tak ada stok barang basah di rumah. Jika ada rakan atau saudara mara yang hendak datang, mereka memang sudah sedia maklum untuk beritahu awal-awal. Bukanlah perlu buat RSVP macam hendak ke rumah VIP, tapi kami takut nanti mereka datang hanya dihidangkan keropok dengan air teh O saja! Saya orang Terengganu, jadi untuk kecemasan, stok keropok kering memang sentiasa ada di rumah. Jika ada tetamu datang mengejut, boleh juga digoreng.
Agak-agak, ramai tak famili yang macam kami?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!