Sambal lada memang membangkitkan selera terutamanya yang suka makan pedas. Makan sambal lada ni dengan mee goreng basah, mee sup, bubur nasi atau nasi berlauk, memang bertambah sedapnya.Orang lama bila buat jeruk cili kampung untuk dijadikan sambal lada atau air lada, rupanya tip penting kena guna air kelapa muda. Ia akan membangkitkan aroma bau dan menyedapkan lagi rasa cili jeruk ni.
1 kilo cili kampung
Air Kelapa Muda secukupnya
Garam
Gula
Cuka
Cara Membuat;
1. Buang kalau ada cili-cili rosak, cuci bersih tak payah buang tangkai dan sejat bagi kering.
2.Dah kering masukkan cili dalam balang berpenutup, masukkan air kelapa paras cili.
3.Tutup dan jeruk selama seminggu.(Jangan dibuka penutup balang tu selama jeruk).
4.Saya simpan diluar saja untuk cili lembut dan mudah proses nak tumbuk.
Simpan dalam peti boleh juga tapi lambatlah cili lembut.
5.Bila dah seminggu,buangkan air kelapa dan jangan bilas.Bila satu minggu tu air kelapa tu akan jadi keruh dan sedikit keladak. Jangan risau ok je tu.
6.Kali pertama bukak balang tu nanti akan bau yang sangat membuka selera. Boleh tumbuk atau kisar kasar ditambah dengan garam, gula dan cuka (apple/nipah)secukup rasa.
7.Dah settle bolehlah masuk dalam balang lain dan simpan dalam peti sejuk.
Air kelapa yang jernih sudah bertukar jadi keruh dalam tempoh seminggu jika simpan suhu bilik dan cili terapung semua ke atas.
Bila cili dah lembut ni,takyah nk tumbuk beria sangat kang masuk mata satu hal kena tido bawah shower malam ni. Makcik kiah tak bertanggujawab ya!
Cukup “genyeh2” gitu je dengan lesung masuk garam, gula & cuka sedikit.
Kalau nak bland pun boleh..manja-manja je jangan lumat.
Selamat Mencuba!
Baca lagi di sini:
Nak CILI JERUK Ranggup, Jangan Letak Air. Hari Ke 4 Dah Boleh Makan
Jeruk Mangga Asam Boi Rangup Letak Air Soda Simpan Dalam Peti Ais Semalaman
MW: Jeruk dengan air kelapa muda rupanya,tip buat Sambal lada jadi bertambah sedap. Mak-mak yang suka makan pedas,boleh buat sambal lada ikut tip dan cara yang dikongsikan ini.
Sumber: Key Tiey