Menyusun atur pakaian dan barang peribadi di dalam almari kadangkala boleh menjadi tugas yang agak rumit juga. Tambahan lagi kalau anda mempunyai banyak koleksi pakaian, aksesori dan barang-barang yang sewaktu dengannya.
Jika ia tidak disusun dengan betul akan membuatkan anda sendiri pening kepala dengan barangan peribadi anda itu. Jadi cara terbaik anda perlu ada sistem dalam menyusun barang-barang anda di dalam almari.
Beg tangan atau apa sahaja beg yang digunakan harian, anda boleh gantungkan di pintu almari sebaik sahaja pulang ke rumah. Jadi tidaklah ia berselerak dan memudahkan anda mencarinya.
Bagi memudahkan anda memilih pakaian sebaiknya anda gunakan penyangkut mengikut warna. Contoh penyangkut warna putih untuk pakaian kerja. Penyangkut hitam untuk pakaian aktiviti sabtu ahad dan seterusnya. Selain itu untuk kerja anda boleh juga susun mengikut hari. Jadi tidak lah pagi-pagi termenung begitu lama depan almari memilih baju.
Dalam almari pakaian wajib untuk anda ada sediakan laci tambahan untuk pakaian harian atau mungkin juga baju tidur. Laci-laci seperti ini anda boleh beli secara berasingan di IKEA dan kedai-kedai sewaktu dengannya.
Barang yang agak jarang-jarang di gunakan simpan dalam satu kotak dan wajib untuk anda labelkannya. Agar mudahkan anda mengambilnya bila-bila perlu.
Boleh beli organiser yang ada jual dah siap banyak dijual sekarang lepas tu susun guna kaedah bakul atau buat partition guna kotak. Pastikan anda gunakan setiap ruang yang ada sebaik-baiknya termasuklah dibahagian atas.
Shawl dan tudung anda yang kerap di gunakan bolehlah di gantung. Sekarang sudah banyak penyakut yang di jual khas utk selendang tetapi sebenarnya anda boleh juga menggunakan shower rings dan letakkan di penyangkut.
Tetapi untuk tudung awning ini cara yang paling sesuai kalau kita gulung nanti agak-agak anda pakai tak kalau gulung? Jadi eloklah biar nampak, baru anda pakai!
Bukan pakaian bersih sahaja anda perlu uruskan dengan baik sebaliknya pakaian kotor juga perlu di uruskan secara bersistem. Labelkan pakaian kotor anda. Mana satu untuk baju putih, baju harian dan sebagainya.
Sekiranya ruang di dalam almari agak terhad tempat penggantungnya anda boleh buat ‘double hang’. Ini juga sesuai untuk baju yang anda dah siap-siapkan untuk di pakai seminggu. Boleh lah pasang-pasangkan menggunakan cara ini.
Aksesori seperti rantai, subang, gelang dan sebagainya perlu ada satu tempat khas dan sebaiknya di gantung. Mudah untuk anda pilih setiap kali ingin memakainya.
Nak tengok hasilnya tak? Hah, mak-mak boleh mulakan aktiviti kemas almari hari juga ya. Selamat mencuba!