Cara Nak Simpan Daging Tahan 6-7 Jam, Sebelum Balik Dari Kampung Eloklah Ikut Tip Ini

Share

Pasti ramai golongan mak-mak cari petua cara nak simpan daging bagi tahan lama sebelum bertolak balik dari kampung halaman masing-masing, bukan? Haaa… untuk mudahkan anda, Hakak kongsikan tip daripada Puan Noraini Yusoff ini, in shaa Allah selesai masalah anda!

Ini cara macam mana nak perap dan simpan daging lembu/kambing untuk pastikan ia kekal segar dan tak berbau, nak-nak kalau perjalanan pulang korang amik masa 6-7 jam pun in sya Allah tahan tau. Toksah risau cara dia semudah ABC dan pakai bahan-bahan kat dapur je pun.

Cara ni CheNor dengan adik-beradik selalu buat kalau musim raya korban sebab musim ni je dapat jumpa daging-daging yang fresh dari ladang, yela setahun sekali je.

Rasanya ada ramai yang dah tau kekdah ni tapi CheNor nak share jugak lah kotkot ada yang belum tahu kan. So, korang boleh tengok cara-cara penyediaan disetiap gambar ya. Boleh share ilmu yang tak seberapa ni, semoga bermanfaat.

Bahan-bahan:

Ini pula bahan-bahan yang korang kena sediakan tapi sukatan boleh agak-agak je k bergantung pada kuantiti daging lembu/kambing korang. Maunya berkilo2 daging confirm ler kena pakai lebih cikitt ye.
1) Daging/tulang (lembu/kambing) takde dalam gambar
2) Balang kosong (size ikut kuantiti daging)
3) Garam
4) Gula
5) Asam keping

Cara-caranya:

Daging semalam yang dikeluarkan dari peti ais sejuk beku, korang kena biarkan pada suhu bilik dan sebolehnya jangan rendam dalam air tau (untuk elak manis daging hilang). Pastikan daging/tulang betul-betul lembik baru potong tapi ingat potong sedang-sedang je jangan terlalu kecik ye
agak-agak muat masuk dalam balang je.

Lepas siap potong boleh basuh dan toskan. Pastu masuk dalam bekas besar sikit untuk kita proceed dengan langkah seterusnya.

Seterusnya, masukkan gula. Yang ni korang pandai2 agak la ye banyak mana, taruk ikut kuantiti daging tu ha kalau banyak so kena lebihkan sikit la gula tu.

Then, masukkan garam (better guna garam kasar ye).

Jangan lupa masukkan asam keping sekali k, pepandai la korang agak banyak mana tapi kot la daging tu tak banyak letak 3-4 keping pun dah cukup.

Seterusnya, gaul je sampai bahan-bahan tadi korang rasa yakin meresap elok masuk dalam daging lembu/kambing.

Dahtu kalau korang dah yakin 3 bahan tadi elok meresap masuk dalam daging lembu/kambing boleh ler isi dalam balang plak.

Tadaaa siapppp, nanti masukkan je dalam peti ais sejuk beku nak balik ke perantauan boleh la keluarkan semula.

Selamat mencuba!

Published by
Nadia