CARA Mudahkan Kerja, Buang Lumpur & Air Bertakung Terus Keluar Dari Rumah!

Share

Selepas air banjir surut, proses membersihkan rumah dari air bertakung dan lumpur memang cukup melelahkan. Ada yang berkali-kali terpaksa berulang alik membuang air keluar dari rumah. Nak guna peralatan seperti ‘waterjet’ pula tiada, malah sumber elektrik juga masih belum berfungsi.

Sebenarnya ada cara untuk mudahkan kerja pembersihan ini, sekaligus dapat membantu membuang lumpur dan air bertakung terus keluar dari rumah, tanpa perlu berulang alik seperti biasa.

Boleh cuba idea yang cukup mudah, cepat dan paling murah yang dikongsikan oleh Mohd Razak Razali
ini sebagai panduan;

Kepada mangsa banjir saya kongsikan cara mudah untuk buang air yang bertakung dalam rumah.

Bahan-Bahan:

Baldi (Ditebuk lubang pada lantainya ikut saiz getah paip)
Getah paip atau poli pipe
Karung sampah saiz besar yang ditebuk lubang pada bahagian bawah ikut saiz paip.
2 buah Kerusi

Cara Membuat:

1. Masukan hujung paip dari bawah baldi dan terus masukan pada lubang plastik sampah tadi. Ikat plastik tadi pada getah paip.

2. Tarik getah paip supaya plastik duduk dalam baldi. Hujung satu lagi getah paip bawa ke luar rumah.

3. Kemudian, letak baldi atas 2 kerusi .

4. Setelah itu, boleh cedok air banjir tuang ke dalam plastik yang berada dalam baldi tadi.

5. Tadaaa… air mengalir mengikut getah terus dan terus keluar. Jadi tak perlu angkut air keluar dari rumah lagi.

6. Pastikan terus kocak air dalam rumah, supaya lumpur tak mendap. Nanti bila air habis, lumpur tak ada dah sebab semua dah sebati dengan air yang dibuang tadi. Saya guna polypipe sebab senang nak ikat plastik tadi.

Tentu ada yang tanya kenapa guna karung plastik, sebabnya itu cara yang paling murah cepat dan tidak rumit dari menggunakan ebow soket white tape, spana bagai.

Tengok gambar boleh faham. Semoga dipermudahkan.

 

Semoga bermanfaat!

Baca Lagi Di Sini:
Lelaki Ini Kongsi Selamatkan Peti Ais, Mesin Basuh Ditenggelami Banjir Dari Terus ROSAK

PENTING! Panduan IBADAH Ketika Bencana Banjir Kena Ambil Tahu

Majlis Resepsi Dibatalkan, Pengantin Sedekah Lauk Kenduri Di Pusat Pemindahan Banjir

Mingguan Wanita: Semoga perkongsian idea untuk buang air bertakung dan lumpur terus keluar dari rumah ini bermanfaat, sekaligus membantu dalam memudahkan kerja pembersihan selepas banjir.

Sumber: Mohd Razak Razali

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab