Cara tanam taugeh dalam bekas air kotak recycle ini ini sebenarnya unik dan mudah saja. Masa yang diperlukan untuk menuai hasil pun cuma 4 hari saja. Selepas belajar tip mudah tanam taugeh ini, anda pasti takkan buang ke tong sampah lagi bekas air kotak saiz besar yang sudah kosong.
Sebabnya cuma dengan bekas air kotak, kacang hijau dan air anda dah boleh tanam taugeh sendiri dan nikmati hasil yang memuaskan. Inilah yang dikongsikan oleh Puan Nurul Nadiah.Beliau praktiskan cara mudah ini dan hasilnya boleh dapat sebesen taugeh yang boleh bertahan 2 ke tiga hari.
Fresh lagi dijamin kebersihannya. Bukankah dengan cara ini mak-mak pun boleh buat langkah penjimatan sendiri di rumah. Mak-mak boleh belajar cara-cara tanam taugeh ini dengan panduan bergambar yang dikongsikan di bawah ya.
Cara tanam taugeh ini juga boleh dipraktikkan dalam bekas yang lain, cuma mak-mak perlu tutup rapat dan elakkan daripada cahaya mata hari. Tapi cara tanam taugeh yang Puan Nurul Nadiah kongsikan ini paling praktikal sekali. Mudah pun mudah!
Sumber/Foto: Facebook Nurul Nadiah