Cara MUDAH Transfer Duit Secara Online Dari Maybank2u Simpan Dalam ASB

Share

Jika ada akaun di Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ingin membuat simpanan dengan cara mudah, sebenarnya kita boleh transfer secara online menggunakan aplikasi Maybank2u sahaja. Segalanya di hujung jari, boleh transfer guna handphone sahaja.

Jimat masa. Tak perlu lagi susah payah nak cari parking, beratur panjang ambil nombor mahupun kena tunggu di bank atau pejabat pos untuk membuat simpanan.Bukan apa, kadang kala kerana sebab-sebab tersebut lah yang membuatkan usaha nak menyimpan tu jadi ‘gagal’.

Cara mudah ni boleh membantu kita untuk menyimpan secara konsisten setiap bulan untuk simpanan pelaburan jangka panjang.

Ikut Panduan ini;

Mesti ada yang tak tau kan, boleh transfer duit dari bank masuk ASB kita. Tak payah penat-penat pergi bank untuk masukkan duit ASB lagi-lagi time virus tengah merebak ni.

Ni saya kongsikan cara nak transfer duit dari bank masuk ke ASB guna Maybank2u online je. Masa nak transfer online pun ada masa tau dari 9am- 5pm sahaja.

Cara-Caranya:

1. Log in Dalam apps Maybank2U seperti biasa. Selepas log in pilih ‘Account’ kemudian klik.

2.Kemudian, pilih Wealth untuk lihat akaun ASB.

3.Klik dekat view untuk tengok no akaun ASB.

4.Klik dekat titik itu untuk top up .

5. Akan keluar seperti ini.

6. Masukkan jumlah yang nak simpan dalam akaun ASB. Siap!

Semoga Berjaya! Selamat Mencuba.

Baca Lagi Di Sini:
Wanita Ini Ajar Cara Mudah ‘Transfer’ Duit Tabung Haji Secara Online, Tak Perlu Nak Beratur Lagi

2 Langkah Mudah Boleh Daftar Haji Guna Kwsp Tanpa Perlu Bayar Apa-Apa

MW: Mudahnya nak simpan duit di ASB guna apps Maybank2U ni. Jimat masa segalanya di hujung jari.

Sumber: Pulau Langkawi

Published by
Suhaidah Abd Wahab