Cara Mudah Tanggalkan Wallpaper Di Rumah Guna Softlan & Air Panas!

Share

Rupanya mudah je nak tanggalkan wallpaper di rumah. Hanya guna softlan dan air panas je. Menariknya bila mak-mak buat macam ni, wallpaper sangatlah mudah ditanggalkan dan paling penting tak meninggalkan kesan gam pun. Cat tetap elok dan tak terkopek.

Boleh cuba tip mudah yang dikongsikan dalam video TikTok Shah_gegar
ini sebagai panduan;

Bahan-Bahan Diperlukan:

Softlan 
Scraper (Pengikis) 
Botol Spray 
Air Panas

Cara Membuat:

1.Masukkan air panas ke dalam botol air.

2.Kemudian masukkan sedikit softlan.

3.Masukkan pula air paip.

4.Mula-mula tanggalkan lapisan pertama wallpaper di dinding.

5.Selepas itu, sembur wallpaper dengan campuran dalam botol spray tadi.Biarkan kembang seketika.

6.Kemudian guna scraper dan boleh tanggalkan wallpaper tersebut dengan mudah.

7.Hasilnya memang terbaik. Wallpaper mudah ditanggalkan dan tidak meninggalkan kesan, cat tertanggal atau terkopek pun.

Siap! Selamat Mencuba.

@shah_gegar Mudah & Jimat.. cara Tanggalkan wallpaper di Rumah #fyp #foryoupage #malaysia #indonesia ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Mesti Baca:
Cara BETUL Drill Tiles & Mozek, Elok Kemas Tak Sompek!

Tip Tebuk Dinding, Tak Payah Nak Sapu Atau Bersihkan Lantai Lepas Drill!

Mingguan Wanita:Macam ni rupanya nak tanggalkan wallpaper dengan mudah, guna softlan dan air panas je.Boleh cuba nanti.

Artikel Menarik: DIY Kusyen Kerusi Lama Jadi Baru, Tak Perlu Buang Dan Jimat Belanja

Sumber: TikTok Shah_gegar

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

ura

Published by
Suhaidah Abd Wahab