
Isi Kandungan
ToggleTaugeh memang sedap dicampur dalam mee goreng, buat masak lemak putih atau ditumis begitu sahaja. Sempena Perintah Kawalan Pergerakan ni, banyak masa di rumah boleh buat aktiviti tanam taugeh sendiri dengan anak-anak.
Caranya mudah je, tiga hari semai dah boleh tuai hasilnya. Malah taugehnya juga rangup,segar, manis, serta tahan lebih lama. Jimat lah sikit bahan dapur. Paling penting bebas bahan pengawet serta baja kimia.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Jun Din ini sebagai panduan;
“Jomm buat taugeh sendiri, hari ke 3 dah boleh tuai hasil.”
Bahan-Bahan:
Kacang Hijau
Penapis
tuala basah
Penapis
Tong/ Bekas 4 segi
Cara Membuat:
1. Rendam kacang hijau sampai kembang.
2. Letak penapis, letak tuala basah dan tabur kacang hijau.
3. Ulang lagi langkahnya. Saya buat 2 lapis je. Masukan penapis ke dalam tong.
4. Akhir sekali, tutup dengan tuala basah dan siram.
5. Saya bubuh dalam tong 4 segi. Tong hitam lebih baik.
6. Tutup tong, simpan tempat gelap.Setiap 6 ke 7 jam siram.
7. Setiap hari buang air yang tertakung.
8. Hari ke 3 dah boleh tuai.

Siap Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini: Guna Periuk Pengukus Tanam Taugeh Sendiri, Syaratnya Siram 4 Kali Sehari & Simpan Tempat Gelap!
MW:Semoga Bermanfaat! Jadi buat mak-mak, bolehlah cuba tanam taugeh sendiri di rumah ikut cara yang diajar ini.Mudah! 3 hari dah boleh tuai hasilnya, jimatlah sikit duit belanja dapur nanti.
Sumber: Jun Din
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Wajah Awet Muda Mak-Mak Boleh Amalkan Tiga Masker Berasaskan Buah-Buahan Ini

Isi Kandungan
ToggleBukan mudah nak kekalkan wajah yang awet muda bila usia makin bertambah. Sebab itulah, kita harus tahu bagaimana caranya untuk menjaga dan merawat kulit wajah agar tidak mudah mengalami penuaan dan kekal awet muda.
Salah satu cara agar kulit wajah terlihat tetap awet muda adalah dengan mengamalkan masker wajah berasaskan buah-buahan ini. Yang lagi best, bahan-bahannya biasa ada di dapur rumah anda!
Pisang Lembutkan Kulit
Bahan-bahan:
1 biji pisang masak – saiz sederhana
1 sudu makan madu
1 sudu makan tepung oat
Cara Membuat:
1. Lenyek pisang di dalam sebuah mangkuk hingga hancur.
2. Tambahkan satu sudu makan madu lebah dan satu sudu makan tepung oat.
3. Kemudian, adun sekata.
4. Setelah itu, oleskan pada seluruh permukaan dan leher. Biarkan selama 30 minit.
5. Setelah itu, bersihkan dan bilas dengan menggunakan air suam.
Masker Putih Telur dan Lemon
Bahan-bahan:
1 biji telur – ambil putih sahaja
2-4 titik jus lemon
Cara Membuat:
1. Ambil putih telur, lalu titiskan 2-4 titis jus perahan lemon ke dalamnya. Kacau hingga berbuih dan sebati.
2. Basuh muka menggunakan air suam sebelum memakai putih telur sebagai masker wajah 3. Kemudian oleskan masker secara merata pada wajah terutama kawasan yang mempunyai noda hitam dan bekas jerawat. Putih telur berkhasiat menegangkan kulit, manakala lemon dapat mencerahkan wajah. Putih telur adalah cara yang paling mudah dan murah untuk menanggalkan sel-sel kulit mati.
4. Biarkan selama 15 sampai 20 minit sampai putih telur mengering. Kemudian bilas dengan air sejuk.

Yogurt, Putih Telur Dan Gula
Bahan-bahan:
1 biji putih telur
Sedikit yogurt asli
Sedikit gula
Cara Membuat:
1. Pukul putih telur hingga berbuih dan sebati.
2. Masukkan sedikit madu, yogurt dan gula. Kacau sebati. Yogurt terkenal sebagai pemutih kulit alami.
3. Biarkan15-20 minit dan cuci bersih. Sekiranya anda rajin menggunakan masker yogurt, ia dapat membantu meratakan kulit yang tak sekata/berbelang dan menghilangkan noda jerawat.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sinki Penuh Pinggan Mangkuk, Basuh Ikut Susunan Begini Barulah Hati Lapang

Isi Kandungan
ToggleSakit pandangan, sesak dada tengok pinggan mangkuk penuh dalam sinki. Dan dan tu terus rasa nak membebel satu rumah. Sebenarnya, ada cara macam mana nak bagi kemas, bersihkan sinki tanpa perlu marah-marah.
Ini tip yang dikongsikan Zatika Izati Puade. Dan bolehlah diturunkan ke anak-anak dan suami. Selepas praktikkan seisi rumah, mudahlah nanti nak urus sinki yang menyakitkan pandangan mata itu.
‘Shine Your Sink’ Tip Mudah Kemas Sinki Penuh Pinggan Mangkuk
Rutin harian sebelum tidur ini banyak dicadangkan oleh penulis-penulis buku pengurusan rumah tangga.
Salah satu cara yang sihat untuk menghilangkan stres terutama apabila kita terasa overwhelming dengan kerja rumah dan tak tahu nak mulakan dari mana.
Bayangkan betapa leganya perasaan kita apabila bangun tidur pada waktu pagi, melihat sinki sudah bersih berseri-seri. Boleh saja terus keluarkan haiwan-haiwan beku daripada freezer untuk dimasak. Nak terus masak nasi pun boleh, sebab periuk nasi sudah dibasuh.
Mulakan dengan : Tukar Cara Pandang
Pertama sekali, tukar cara kita melihat sinki yang penuh ni. Mula-mula tu memang la terasa nak marah dan membebel kenapa hasben anak-anak tak nak tolong, apahal la banyak pulak benda dalam sinki ni aku rasa nak lempor semua ke sungai.
Rileks dulu, Puan-puan. Tarik nafas panjang, lepaskan, ucapkan Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana memberi rezeki kepada kami anak beranak hari ini.
Make it fun, you’ll get it done!
Seterusnya : Pasang Surah Dan Lakukan Ini..
Sebelum bermula, pasanglah surah Al-Mulk (bagus diamalkan sebelum tidur) atau ayat suci Al-Quran atau podcast atau FB Live majlis ilmu. Sambil menyelam, sambil minum air gitu.
Biasakan selepas masak, rendamkan kuali dan periuk supaya kotoran mudah tanggal.
Untuk kuali. Minyak yang sudah digunakan berulang kali, simpan dalam botol plastik. Jangan buang ke dalam sinki. Pastikan sejuk dulu ya sebelum tuang ke dalam botol. Nanti boleh dijual di pusat kitar semula.
Jika ada lebihan nasi, simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk. Esok-esok boleh buat nasi goreng. Elakkan pembaziran. Masukkan air dalam periuk nasi untuk melembutkan kerak supaya mudah dibasuh.
Kain pengelap saya dah rendam siap-siap dalam air sabun.
Nak Basuh Pinggan Mangkuk Pun Ada Aturannya
Basuh pinggan mangkuk. Saya biasa basuh mengikut susunan begini, bermula daripada yang paling kurang kotor:
1. Cawan/mug
2. Sudu, garfu, pisau (saya kutip siap-siap dan rendam dalam satu mug berisi air bercampur sedikit sabun)
3. Pinggan mangkuk piring
4. Periuk, tudung periuk, kuali
5. Bekas-bekas plastik eg. tapis.
Isi semula sabun pencuci tangan. Guna sebotol sudah. Basuh botol hampir kosong tu dan masukkan sekali dalam plastik untuk dikitar semula. Redholah sabun perisa limau dalam bekas sabun perisa anggur. Asal boleh.
Sabun pencuci pinggan jenis pekat, saya campurkan air siap-siap, boleh terus digunakan tanpa membazir sabun dan air.
Dapur ibarat nadi sebuah rumah, malas sekalipun sebelum tidur kemas dulu.

Pastikan Kemas Sekeliling Sinki
Gunakan berus kecil atau berus gigi terpakai untuk membersihkan celah-celah sinki, pada bahagian belakang paip. Bilas dengan air bersih dan lap supaya kering.
Pastikan lantai dan kaunter dapur juga bersih dan tiada makanan tertumpah, bagi mengelakkan didatangi semut, lipas atau cicak.
Sampah di dalam tong sampah, jika sudah penuh, ikat rapi dan panggil anak bujang yang sedang main PUBG tu. Minta tolong dia buang terus ke dalam tong sampah di luar rumah.
Siap!
Sejuk mata memandang apabila sinki sudah bersih begini.
#tipmakmak
zip #99stressfreemummy
Kalau buat siang, mak pasang kpop. Gitu.
MW : Terasa mudahkan bila ikut aturan yang dikongsikan ini. Bukan saja mak-mak lega, jika anak-anak dan suami praktikkan, satu keluarga jadi senang.
Sumber/Foto : Zatika Izati Puade
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Raya Mewah dan Eksklusif, Gabungan ANUARFAIZAL & Royal Sembilan Tarik Perhatian

Isi Kandungan
ToggleMenjelang Aidilfitri 2025, dua jenama fesyen terkenal, ANUARFAIZAL dan Royal Sembilan, tampil dengan koleksi istimewa yang menggabungkan tradisi dan gaya moden. Kedua-duanya menawarkan rekaan eksklusif yang pasti menarik perhatian peminat fesyen tempatan.
ANUARFAIZAL memperkenalkan koleksi Hari Raya lelaki berkonsep boho-chic, yang memberi nafas baru kepada Baju Melayu. Koleksi ini menampilkan motif paisley dengan pilihan warna berani seperti fuchsia, turquoise, emerald green dan deep maroon.
Menurut pengasas dan pengarah kreatifnya, Anuar Faizal, koleksi ini mencabar fesyen tradisional dengan membawa unsur bohemian ke dalam pakaian Hari Raya lelaki.

“Motif paisley yang unik, siluet yang lebih relaks, dan warna-warna berani melambangkan gaya moden yang bebas tetapi tetap elegan,” katanya.
Selain bergaya, koleksi ini juga menitikberatkan keselesaan dan kemewahan. Ia diperbuat daripada fabrik import berkualiti tinggi dengan potongan regular fit hingga oversized, sesuai untuk pelbagai gaya. Rekaannya yang versatil membolehkan pemakai memadankan koleksi ini dengan aksesori atau seluar moden untuk tampilan lebih unik.
Koleksi ANUARFAIZAL Raya 2025 kini boleh didapati secara pre-order sahaja dan dijangka mendapat sambutan tinggi.
Sementara itu, Royal Sembilan, jenama diasaskan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Puteri Jawahir, Puteri Negeri Sembilan, tampil dengan koleksi yang meraikan warisan budaya melalui rekaan moden dan mewah.
Koleksi Prêt-à-Porter menawarkan kaftan sutera bermotif flora dan geometri yang elegan dalam saiz M hingga XL. Kaftan ini boleh dibasuh mesin, bersumber secara tempatan dan dibuat di Malaysia.
Koleksi Raya Couture
Bagi mereka yang mencari sesuatu yang lebih eksklusif, koleksi Raya Couture menampilkan kaftan edisi terhad daripada sutera Thai Jim Thompson. Rekaan one-size-fits-all ini hanya boleh dicuci kering, menambahkan elemen kemewahan kepada pemakainya.
Menariknya, koleksi Royal Sembilan ini turut mendapat sentuhan kreatif Anuar Faizal, menghasilkan gabungan moden dan klasik yang unik.
“Di mana rekaan ikonik bertemu fabrik luar biasa, itulah yang ingin kami tonjolkan dalam koleksi ini,” kata DYAM Tunku Puteri Jawahir.

Koleksi ini boleh didapati secara dalam talian serta di Butik Royal Sembilan di Bangsar Village II, Kuala Lumpur. Ia juga akan diperkenalkan kepada pasaran Brunei dari 20 hingga 23 Mac 2025.
Inspirasi Alam Semulajadi
Selain fesyen, Royal Sembilan turut berkolaborasi dengan LOVITALIA dan Leaf’s Mark Cafe bagi melengkapkan pengalaman Ramadan dan Aidilfitri.
LOVITALIA memperkenalkan koleksi Aidilfitri khas yang diinspirasikan oleh keindahan alam semula jadi, menampilkan rekaan anggun dan selesa untuk wanita.
Leaf’s Mark Cafe pula menawarkan hidangan berkhasiat yang sesuai untuk berbuka puasa dan menikmati juadah Aidilfitri dengan lebih sihat.
Kolaborasi antara ANUARFAIZAL, Royal Sembilan, LOVITALIA dan Leaf’s Mark Cafe ini bukan sekadar meraikan fesyen Melayu dalam gaya moden, tetapi juga memberi pengalaman sambutan Aidilfitri yang lebih istimewa.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI