Cara Mudah Tampal Lencana Sekolah Anak, Tak Perlu Gigih Sangat Nak Jahit!

Share

Setelah sekian lama anak-anak kita belajar secara PdPR, akhirnya bermula minggu depan mereka akan kembali ke sekolah dan belajar secara bersemuka. Ada mak ayah yang berusaha menyempurnakan kelengkapan dan persediaan untuk anak-anak ke sekolah. Antaranya termasuklah kena tampal lencana di baju mahupun tudung sekolah anak. Memang nampak senang tapi nak menjahitnya remeh. Sebab itu ramai yang rela hantar ke kedai jahit.

Namun kalau anak ramai, terasa juga walau caj menjahit satu lencana cuma RM2.00 dan lagi RM2 untuk jahit tag nama. Sudahnya kena bayar RM4. Bayangkan ada enam helai baju. Dah tentu banyak modalnya.

Untuk kurangkan pening kepala mak-mak, anda boleh ikut perkongsian daripada Puan Akmar Laily Omar yang sudi mengajar cara tampal lencana dan tag nama dengan cara paling mudah dan cepat.

Haaa… lepas ini tak perlu lagi hantar kedai jahit atau ambil masa lama untuk menjahit lencana. Ikut cara ni saja.

Bahan yang diperlukan:

Gam UHU
Kain kecil/ sapu tangan yang dibasahkan
Kertas tebal/cardboard/manila kad
Seterika

Langkah-langkah:

1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.
3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.
4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.
5. Ambik kain basah tadi dan letak di atas lencana.
6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana. Gosok beberapa kali. ketika ini seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.
7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam. Siap.

Nota:

Lencana ditampal dengan cara ini kelihatan kemas dan rapi. Masa untuk menyiapkan satu lencana lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana yang mungkin mengambil masa 15 hingga 20 untuk satu lencana.

Lencana akan melekat lebih daripada 10 bulan walaupun dibasih dengan mesin basuh. Sekiranya tertanggal ulangi kaedah yang sama untuk menampalnya kembali.

Selamat mencuba!

Published by
Nadia