CARA Mudah Siat ‘Jaket’ IKAN CENCARU Guna Tuala, Tak Tercarik Isinya!

Share

Rupanya ada cara mudah untuk siat ‘jaket’ Ikan Cencaru tanpa tercarik isinya atau jari terluka dengan menggunakan tuala,tisu atau kertas. Bukan apa ikan cencaru ni, mempunyai kulit yang keras dan tajam, jika tak berhati-hati ketika menyiangnya memang boleh luka jari.

Lagi Menarik: Kena Buang Darah Beku, Barulah IKAN KELI Tak Hanyir & Berbau Selepas Dimasak!

Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Mazlina Haji Ismail
ini. Katanya cara ini diperolehi daripada Tauke Ikan sendiri.

Masalah tentang ikan cencaru ini adalah cara nak buka jaket dia. Kalau silap tarik, memang tertarik sekali dengan isi.

Ikan ni tak selalu dibeli kerana anak-anak tak berminat nak makan. Dek kerana mereka semua pernah duduk di asrama, makanya ikan ini dilarang untuk dimasak semasa mereka pulang bercuti.(Tenggiri antara menu wajib kat asrama masing-masing).

Hari ini saya cuba buka jaketnya. Ada yang berjaya dan ada yang carik isinya.

Mesti Baca: Tip Goreng Ikan Tak Melekat, Pastikan Kuali Betul-Betul Panas & Keluar Asap

Cara saya: Yang ni saya tiru cara tauke ikan buka jaket cencaru. Dah hampir 30 tahun berlalu ingatan tentang cara buka jaket ni. Lama tapi tak pernah cuba.

1. Buang sirip tepi ikan.

2. Cungkil kulit tepi sirip.

3. Keluarkan kulit yang sedikit tu.

4. Pegang kulit dengan menggunakan tuala/tisu dapur/kertas.

5. Rentap atau tarik kulit sampai ke bahagian ekornya.

6. Ikan pertama. Tercarik isinya sekali.

7. Ikan nombor dua yang ni lulus.

8. Ikan ketiga. Carik juga kat bahagian sisinya.

Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.

Artikel Popular: Jangan Ingat Ikan FROZEN Kurang KHASIAT, Sebenarnya Kesegaran Lebih Tinggi Berbanding Ikan SEGAR

Mingguan Wanita: Kalau siang ikan cencaru, nak buang jaketnya bolehlah cuba tip yang dikongsikan ini. Mudah je siat dengan tuala barulah jari tak luka.

Sumber: Mazlina Haji Ismail

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

 

Published by
Suhaidah Abd Wahab