Rupanya ada cara mudah untuk siat ‘jaket’ Ikan Cencaru tanpa tercarik isinya atau jari terluka dengan menggunakan tuala,tisu atau kertas. Bukan apa ikan cencaru ni, mempunyai kulit yang keras dan tajam, jika tak berhati-hati ketika menyiangnya memang boleh luka jari.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Mazlina Haji Ismailini. Katanya cara ini diperolehi daripada Tauke Ikan sendiri.
Masalah tentang ikan cencaru ini adalah cara nak buka jaket dia. Kalau silap tarik, memang tertarik sekali dengan isi.
Ikan ni tak selalu dibeli kerana anak-anak tak berminat nak makan. Dek kerana mereka semua pernah duduk di asrama, makanya ikan ini dilarang untuk dimasak semasa mereka pulang bercuti.(Tenggiri antara menu wajib kat asrama masing-masing).
Hari ini saya cuba buka jaketnya. Ada yang berjaya dan ada yang carik isinya.
Cara saya: Yang ni saya tiru cara tauke ikan buka jaket cencaru. Dah hampir 30 tahun berlalu ingatan tentang cara buka jaket ni. Lama tapi tak pernah cuba.
1. Buang sirip tepi ikan.
2. Cungkil kulit tepi sirip.
Ads
3. Keluarkan kulit yang sedikit tu.
4. Pegang kulit dengan menggunakan tuala/tisu dapur/kertas.
5. Rentap atau tarik kulit sampai ke bahagian ekornya.
Mingguan Wanita: Kalau siang ikan cencaru, nak buang jaketnya bolehlah cuba tip yang dikongsikan ini. Mudah je siat dengan tuala barulah jari tak luka.
Mak-mak yang suka rebus telur tak kiralah dalam kuantiti yang banyak atau sikit boleh cuba tips yang dikongsikan oleh Yaya Baiyah ini. Teknik ini cukup memudahkan. Tak perlu rebus dalam air, hanya masak dalam periuk nasi dan letak tuala basah. Lebih menarik, tak perlu risau telur pecah sebab rebus terlalu lama, dan cantik molek kejadian telurnya selepas masak, kulit telur mudah dikupas.
Berikut cara masak telur guna rice cooker yang dikongsikan sebagai panduan;
Langkah 1: Basahkan tuala dan letakkan di dalam rice cooker (tak payah letak air just basahkan tuala je).
Langkah 2: Basuh telur dan susun dalam rice cooker.
Langkah 3: Tekan button untuk memasak.
Langkah 4: Tunggu sampai button keep warm.
Siap!
Selamat Mencuba!
MW: Mudah sangat guna cara ni. Manalah tau waktu kecemasan gas habis boleh guna teknik ni. Mudah pun iya, tak perlu nak tunggu telur masak atau telur pecah sebab rebus lama sangat.
Kuih Kerbau Guling satu nama yang cukup tular suatu ketika dulu setiap kali kedatangan Ramadan. Sehinggakan, peniaga mampu menjual 500 loyang dalam sehari. Kuih yang berasal dari Narathiwat, Thailand itu merupakan tarikan utama yang sering menjadi kegemaran untuk kami yang tinggal di Rantau Panjang. Terutamanya pada bulan puasa.
Memang kalau setiap kali balik ke kampung di Rantau Panjang, saya tak ketinggalan untuk membeli kuih ini dan juga pilihan kuih lain yang dijual oleh peniaga, Wan Suriana Wan Ali.
Memang pilihan kuih yang dijual selain kerbau guling semuanya sedap-sedap belaka. Buah Tanjung, Jala Emas, Pulut Kaya, Tepung Bungkus dan banyak lagi sering menjadi pilihan sayasetiap kali membeli kuih muih di gerai ini.
Yang seronoknya walaupun bukan bulan Ramadan kami masih dapat makan kuih-muih ini. Masih saya ingat lagi, dahulu ketika arwah ayah Wan Suriana yang meniaga hanya menggunakan gerai kecil yang diletakkan berhampiran stesen minyak Caltex di Rantau Panjang. Orangnya cukup ramah dan masih mengenali kami anak-anak perantau yang jarang-jarang sekali pulang.
Tapi rasanya setelah tular, tempat mereka berniaga dipindahkan ke kawasan Masjid Beijing di Rantau Panjang. Maklumlah tak dapat nak menampung pelanggan yang sangat ramai di kawasan yang lama.
Laku Keras Jualan Berniaga 500 Loyang Sehari
Dulu-dulu kami semua tak panggil nama kuih ni dengan gelaran Kerbau Guling, ia lebih dikenali dengan dengan kuih hitam ataupun koleh hitam. Mungkin disebabkan namanya yang unik dan rasanya yang sedap ia terus menjadi tular di internet. Itulah kuasa viral kan? Dan mungkin juga sudah rezeki keluarga ini setelah sekian lama berniaga iaitu lebih dari 30 tahun.
Tahun 2018 bagaikan satu fenomena luar biasa untuk Wan Suriana dan keluarganya apabila kuih mereka laku keras dan dijual laris sehingga 500 loyang setiap hari.
Sungguhlah rezeki itu tak pernah salah alamat, rajin berusaha, ikhlas dalam setiap perniagaan dan pekerjaan yang dibuat, siapa sangka, kuih yang dahulu biasa-biasa sahaja dan hanya dikenali oleh penduduk setempat kini tular dan terkenal seluruh Malaysia.
Malah ketika pulang ke kampung beraya baru-baru ini, ada saudara dari Pattani, Thailand turut menyatakan bahawa kuih tersebut turut tular dikalangan penduduk Islam di Selatan Thai.
Tekstur Kuih Kerbau Guling Yang Unik
Khabarnya pada bulan Ramadan yang lalu (ketika artikel dimuat naik pada Julai 2018), kuih tersebut turut diterbangkan ke beberapa tempat di seluruh Malaysia. Tapi bila ditanya tentang rasanya saya dapat banyak respon, biasalah kan selera orang semuanya berlainan.
Bagi saya sendiri pula kuih ini memang punya keunikan yang tersendiri disamping teksturnya yang lembut dan rasanya yang sedap. Sebelum pulang ke ibu kota untuk bekerja baru-baru ini sempatlah juga kami tapau bawa balik seloyang.
Pada awalnya dikhabarkan Wan Suriana hendak cuti sebulan kerana penat bertungkus lumus pada Ramadan yang lalu, tapi atas permintaan ramai, Kuih Kerbau Guling dijual kepada ejen-ejen tertentu itupun atas permintaan sahaja pada musim perayaan.
Tapi secara peribadi, saya rasa makan di kampung lebih padu dan keenakkannya lain daripada yang kami bawa balik ke Kuala Lumpur. Jadi bagi yang berjalan ke Kelantan dan nak rasa sendiri kesedapan kuih-kuih yang dijual oleh Wan Suriana dan keluarga mereka, jangan lupa singgah ke Rantau Panjang.
Sambil Shopping boleh makan kuih Kerbau Guling yang viral dan juga makanan lain seperti lokcing, pulut ayam, mee celup dan banyak lagi. Memang Awesome!
Webinar PERCUMA Untuk Anda Belajar Berniaga Dari Rumah
Mingguan Wanita akan mengadakan Webinar Bangkit Wanita secara PERCUMA. Anda yang berminat boleh pilih mendaftar di mana-mana webinar pilihan masing-masing. Klik link untuk info selanjutnya :
Rupanya ada cara mudah, jimat lagi berkesan untuk hapuskan rumput liar, mahupun lalang yang tumbuh di halaman rumah. Hanya menggunakan cuka makan dan sabun pencuci pinggan sahaja.Malah kesannya pula sangat cepat. Pagi sembur, petang dah nampak hasilnya.
Bukan dalam rumah je kena nampak kemas dan cantik, kena tengok-tengok juga kawasan sekitar rumah, terurus ke tidak.Kalau dibiarkan rumput liar tumbuh subur dengan ‘jayanya’, silap-silap boleh undang cik ular dan macam-macam haiwan berbisa. Malah, kehadiran rumput-rumput liar pada ruang halaman ini pastinya, amatlah menyakitkan mata yang memandang.
Meskipun pelbagai cara telah dilakukan, namun rumput-rumput liar ini tetap tumbuh melata di halaman.Melalui perkongsian Jusery Jausin, lelaki ini kongsikan cara mudah bagi mengatasi masalah rumput liar hanya dengan menggunakan dua bahan asas yang ada dirumah je. Tapi apa yang paling penting ianya selamat digunakan dan tidak membahayakan alam sekitar.
Berikut perkongsian tersebut;
Tip hapuskan rumpai di halaman rumah dan kebun mini. Guna cuka makan dan sabun pencuci pinggan. Murah dan jimat dengan kesannya sangat cepat iaitu petang dah nampak hasilnya. Lakukan semburan pada waktu pagi pada musim panas. Jangan lakukan pada musim hujan atau mendung.
2. Kemudian masukkan pula sabun pencuci pinggan ke dalam botol.
3. Kacau dan goncang botol agar campuran semburan sebati.
4. Boleh mulakan sembur rumput dan rumpai pada waktu pagi pada musim panas. Namun, jangan sembur pada musim hujan atau mendung kerana ia kurang berkesan nanti.
Hasilnya boleh dilihat dalam masa satu hari. Memang cukup pantas hasilnya, malah murah dan jimat.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...