Capsicum atau Lada Benggala selalu dicampur dalam pasta, pizza, sup sayur, salad dan sebagainya. Ada pelbagai warna seperti hijau,merah dan kuning. Rupanya mudah je kalau nak tanam sendiri pokok capsicum ni di rumah. Semai je guna biji benih dari buah capsicum yang kita beli di pasaraya.

Ikut cara dan tip yang dikongsikan oleh Puan Mell Akmal ini.

ANAK POKOK CAPSICUM

Haritu ramai pm saya, tanyakan cara semai anak pokok.

Cara saya;

1. Beli capsicum dekat pasar berdekatan.
2. Ambil bijinya dan rendam dalam air semalam.
3. Biji yang terapung tu dibuang. Yang lain saya letak atas tisu basah dalam bekas bertutup. Pastikan tisu sentiasa basah.
4. Lepas seminggu, benih yang dah keluar akar saya pindahkan ke tanah.
5. Spray air 2 kali sehari.
6. Saya letak di tempat berbumbung, tapi still kena cahaya matahari.
7. Gambar pertama usia anak pokok lebih dari 10 hari.

Cara Mudah Semai Capsicum, Dari Biji Benih Sampai Pokok Berbuah!

8. Bila dah besar sikit saya spray vitamin siam 2 kali seminggu. Untuk kuatkan akar dan membantu pertumbuhan pokok serta menggalakkan pokok berbunga dan berbuah. Vitamin siam saya beli dekat Mariam Zain.

IKLAN

Cara Mudah Semai Capsicum, Dari Biji Benih Sampai Pokok Berbuah!

Bagi yang nak beli anak pokok, saya tak jual. Saya boleh bagi free, cuma masalah sekarang saya tak sure macam mana saya nak post anak pokok ni. Saya dekat Kuala Lipis Pahang.

IKLAN

Cara Mudah Semai Capsicum, Dari Biji Benih Sampai Pokok Berbuah!

Selamat mencuba. Lagi satu saya tak berapa arif pasal pokok, jadi saya cuba cara yang biasa sahaja. Term-term dalam tanaman pun saya tak berapa arif. Andai ada yang salah. Mohon tunjuk ajar.

IKLAN

Cara Mudah Semai Capsicum, Dari Biji Benih Sampai Pokok Berbuah!

Info Ekstra!

  • Saya guna tanah baja biase je. Beli tanah campuran yang RM2
  • Cocopeat saya letak bawah sekali.Tak wajib letak tapi saya suka letak sebab nanti nak alihkan senang terletak je akar tu. Saya beli dekat kedai Eco RM2 je.
  • Yang penting siram hari-hari dan dua kali seminggu kena letak vitamin siam ni.

Baca Lagi Di Sini:
Mudah Tanam KESUM, Tebuk Lubang Penutup Bekas, Cucuk Batang Letak Air

MW: Menarik juga bila tanam capsicum ni. Mak-mak yang suka bercucuk tanam tu, boleh cuba semai anak pokok capsicum guna biji benih ikut cara yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba!

Sumber: Mell Akmal

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI