CARA Mudah Rebus Nasi Impit Jimat Gas, Tak Guna ‘Pressure Cooker’!

Share

Sebenarnya walaupun tiada pressure cooker di rumah namun mak-mak tetap boleh rebus nasi impit dengan mudah dan jimat gas. Maklumlah, biasanya jika rebus nasi impit atas dapur memang memakan masa yang agak lama.Memang rugi gas.

Namun tip dan teknik rebus nasi impit yang dikongsikan oleh Puan Yuhafiqah Mohd Yunus ini boleh dijadikan panduan. Elok kejadian nasi impitnya ikut cara begini.

Artikel Menarik: Rupanya Begini Cara Mak-Mak Boleh Buat Nasi Impit Sendiri Di Rumah, Senang Sangat!

Petua rebus nasi impit jimat gas dan jimat elektrik

Cara-Caranya:

1.Rebus air sampai mendidih lepas tu masukkan nasi impit.
2.Masak selama 10 minit lepas tu tutup api.
3.Biarkan nasi impit dalam periuk dan tutup dengan penutup biarkan terendam selama 30 minit.

4.Lepas 30 minit buka balik api selama 5 ke 10 minit ikut keadaan nasi impit tu.

Petua ni tak sesuai untuk orang yang ada pressure cooker ya.Saya buat macam ni sebab tak ada pressure cooker.

Jika masak dalam kuantiti banyak pastikan guna periuk besar kuantiti air cukup dan betul-betul mendidih.

Nak raya ni, beli online je Ketupat Mini ADABI di sini: https://invol.co/claa0d2

Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.

Mesti Baca: Nasi Himpit Elok Lembut & Wangi, Lapik Daun Pisang Tindan Guna Lesung Batu 4 Jam!

Baca Lagi Di Sini: Masak Nasi Impit Dalam Periuk Non Stick Senang Terbalikkan, Cantik Tak Melekat!

Mingguan Wanita:Mudah je nak rebus nasi impit cara begini. Kalau dekat rumah tiada pressure cooker boleh ikut tip yang dikongsikan ini.Memang lebih jimat gas dan elektrik.

Sumber: Yuhafiqah Mohd Yunus

Begini cara Alif Satar ajar anak-anak puasa.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Semoga hubungan suami isteri bertambah rapat pada bulan ramadan ini.

Published by
Suhaidah Abd Wahab