Cara Mudah Nyalakan BARA ARANG Guna Bekas Telur, Minyak Masak Terpakai!

Share

Bila masak dengan kaedah membakar tak kiralah ikan, ayam, sotong, udang dan sebagainya, memang sedap jika menggunakan bara arang. Aroma dan rasanya jadi lebih umpph!. Namun, perkara yang sering menjadi kekangan buat mak-mak ialah agak leceh dan lambat untuk menghidupkan bara arang.

Sebenarnya ada cara mudah untuk mempercepatkan arang menjadi bara iaitu dengan menggunakan bekas telur dan minyak masak terpakai.

Cara dan kaedah ini dikongsikan oleh Encik Sabaruddin Mohd Noor sebagai panduan;

Cara mudah sediakan bara untuk panggang.

Bahan Diperlukan:

Bekas Telur
Bekas Pemanggang
Minyak Masak terpakai

Cara Membuat:

1. Letak bekas telur yang dipotong ikut saiz pemanggang.


2. Tuang minyak masak terpakai atas bekas telur.


3. Nyalakan bekas telur.


4. Letak arang atas bekas telur.
5. Biarkan terbakar hingga jadi bara.


6. Sedia untuk memanggang.

Baca Lagi Di Sini:
Cara Mudah Bakar Ikan Dengan Arang, Letak Dalam Periuk Masak Atas Api Dapur!
Resipi Jilat Jari Ayam Perap Mayo, Digoreng Boleh Dibakar Lagi Sedap!

MW: Jadi kalau rancang nak buat bbq nanti, boleh cuba tip dan cara yang dikongsikan ini.Memang mudah dan arang cepat menjadi bara bila gunakan bekas telur dan minyak masak terpakai.

Sumber : Sabaruddin Mohd Noor

Published by
Suhaidah Abd Wahab