Jika lesen memandu kita telah tamat tempoh, sebenarnya ada cara mudah untuk memperbaharuinya iaitu menerusi online. Tak perlu lagi bersesak di Pejabat Pos mahupun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) malah sangat menjimatkan masa. Bila dah siap, runner hantar sampai depan pintu rumah.
Boleh rujuk perkongsian untuk memperbaharui lesen memandu secara online ini seperti berikut;
RENEW LESEN MATI SECARA ONLINE
Alhamdulillah.. walaupon sibuk dan susah nak keluar time PKP ni, berjaya jugak renew lesen online. Abam posmen hantar tadi. Sesiapa yang nak renew lesen lepas ni boleh buat online jugak tau.
Ni saya share step by step macam mana nak buat. In shaa Allah senang je. Dah siap posmen hantar sampai depan pintu.
Cara-Caranya :
1. Buka Portal “myeg”.
2. Pilih logo JPJ seperti dalam paparan ini.
3. Pilih “Driving License Renewal” (CDL).
4. Kemudian tekan ‘proceed’.
5. Isikan butiran maklumat yang diperlukan. Jika ingin penghantaran lesen ke rumah, pilih “delivery” dan isikan alamat.
Ads
6. Kemudian pastikan semak dahulu segala maklumat. Pastikan betul baru tekan “proceed”.
7. Akan keluar paparan seperti ini dan klik setuju.
8. Akhir sekali bahagian pembayaran. Boleh pilih guna ‘Online Banking’ atau ‘Credit Card”.
9. Bila lesen dah siap bayar, tunggu dalam 4,5 hari untuk runner dari myeg akan buat penghantaran.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian tip ini bermanfaat. Jadi jika lesen memandu tu dah tamat tempoh, boleh memperbaharuinya secara online sahaja. Mudah dan sangat menjimatkan masa.
Ramai yang gemar menanam pokok bunga kertas. Berapa ramai yang faham cara baja pokok bunga kertas dalam pasu tanpa menyebabkan akar pokoknya mati akibat terlebih baja.
Bukannya boleh tabur baja sembarangan. Jika salah membaja pokok bunga kertas pun boleh menyebabkan akarnya menjadi rosak.
Lelaki ini, Mahadir Hj Han berkongsi cara membaja pokok bunga kertas dalam pasu. Dan kaedah betul yang dikongsikan ini menghasilkan bunga kertas yang cantik, meriah merimbun.
Pesannya lagi, ketika proses pembajaan pokok bunga kertas pastikan jangan ada rumput dalam pasu pokok bunga kertas anda itu.
Cara Baja Pokok Bunga Kertas
Ini cara saya lakukan pembajaan,
Basahkan keseluruhan tanah. Bagi melimpah dan lebih bagus kita dapat lihat air keluar dari lubang pasu.
2. Biarkan 30 minit (time ni kita tengok ada air bertakung atau tidak). Kalau ada, bermakna ini benda yang tidak bagus.
3. Selepas 30 minit, gemburkan tanah keseluruhan. Bermula dari tepi pasu sampai pangkal pokok. Mesti ada yang tanya; akar terputus tak ada masalah ke?
Jika Akar Pokok Bermasalah, Ini Yang Saya Lakukan
Putuskan akar halus kerana kita dapat had kan pertumbuhan akar yang terlalu banyak.
Gunakan gunting atau benda tajam untuk tujuan gembur.
Penerimaan baja untuk akar lebih berkesan.
Kebiasaan pokok yang ditanam dalam pasu, perkembangan akar lebih cepat.
4. Taburkan baja. Siram sekali lagi bagi tujuan untuk basahkan baja yang baru kita letak. JANGAN BANYAK AIR.
5. Hari berikutnya, siram jika perlu atau siram jika lihat permukaan tanah kering atau siram setiap hari. Tetapi basahkan sikit saja bahagian atas.
HASIL BERJAYA SEKIRANYA KITA DAPATI POKOK NAMPAK SEDIKIT LAYU.
Campuran Tanah Untuk Tanam Pokok Bunga Kertas
Cara saya, gunakan tanah merah bakar kerana tanah jenis ini tidak menyimpan air. Berbeza dengan tanah hitam.
Pokok bunga kertas perlukan basahan sementara bukannya kelembapan berpanjangan. Sebab itu, kita boleh lihat bila keadaan atau musim panas, bunga kertas akan meriah berbunga berbanding musim hujan.
Mingguan Wanita : Selain bunga Rose Jepun, mak-mak pun minat tanam pokok bunga kertas di halaman rumah.
Bertuah sungguh isteri Syahrul Arizan Ariffin ini. Suami ini sanggup usaha sendiri mendekorasi rumahnya yang sudah berusia lebih 12 tahun.
Walaupun, suami ini terpaksa mengambil masa hampir 10 bulan untuk menyiapkannya sendirian. Ternyata isterinya tetap bahagia dengan hasilnya. Malah, membuatkan isteri sebak hingga nak menangis.
Lebih-lebih lagi bila isteri melihat sendiri usaha 10 bulan suaminya mencantikkan rumah yang sebelum ini biasa-biasa saja.
Nekad Deko Rumah Dan Buat ‘Surprise’ Pada Isteri
Ini yang dikongsikan oleh Syahrul Arizan,
“Sejak PKPD awal tahun lepas saya banyak belajar decorating dari group ini dan sumber Youtube.
Masa tu saya baru ambil rumah ni dari penyewa. Usia rumah dah lebih 12 tahun. Mulanya saya memang tak yakin nak buat kemudian saya nekad nak deco dan buat suprise pad wife.
Usaha 10 Bulan Membuahkan Hasil
Hampir 10 bulan saya datang rumah buat sikit-sikit. Saya beli semua tools & bahan-bahan dari shopee & kedai DIY.
Segalanya saya buat sendiri sampailah mengecat dinding kecuali bahagian siling L shape tu saya upah kontraktor.
Tiba masanya saya jemput wife datang tengok rumah hasil dari tangan bangku saya.
Walaupun hasilnya tak secantik rakan-rakan dalam grup Kelab Kaki Deko, reaksi wife buat saya hampir menitis air mata.
Saya yakin anda juga mampu buat. Mesti berani dan jangan takut gagal.. Sentiasalah berdoa.
Ruang kosong bawah tangga turut dihias dengan dekorasi indah.
Cari wainscoting kayu di sini : https://invol.co/cl997otKongsi Syahrul Arizan lagi, “Hasil deco sendiri.. Kadang-kadang kita sendiri pun tidak percaya apa yang kita mampu hasilkan.. Yang penting kena berani buat, tak jadi buat lagi sampai jadi.”
Mingguan Wanita : Sememangnya cantik sungguh kejadian selepas itu. Macam kerja profesional. Suami yang menggembirakan hati isteri akan serba luas rezekinya. InsyaAllah.
Memang geram bila kucing suka berak mahupun kencing merata baik dalam mahupun luar rumah. Selain bau busuk, menambahkan kerja pulak nak kena bersihkan setiap hari.Bukan apa, kucing ni dia ada satu tabiat suka membuang najis di tempat yang sama, walaupun dah berkali-kali kita bersihkan. Contohnya di garaj kereta.
Mak-mak tak perlu sakit hati dan susah-susah dah, boleh cuba tips yang digunakan oleh Puan Ella Ahmad ini untuk elakkan kucing selalu berak mahupun kencing merata dengan cara yang cukup mudah iaitu semburan campuran cuka dan pelembut pakaian sahaja!
Suri rumah dan jurumekap sambilan ini menghasilkan sendiri campuran tersebut dan ia terbukti keberkesanannya.
Jemput baca perkongsian ini;
Kencing/tahi kucing bersepah-sepah dekat garaj kereta. Pernah tak jadi camni? Yang letak air merah dalam botol dah tak jalan..kucing sekarang dah sekolah. Ok saya nak share ape yang saya buat supaya kucing-kucing ni tak berak/kencing dekat car porch.
P/s : Resepi buat sendiri je fikir logik akal. Caranya dalam setiap gambar ye.Jangan risau simple sangat.
Bahan-Bahan:
1. 7-10 titis cuka makan (pada firasat sis, bau dia masam so busuk so kucing tak berkenan nak kencing/berak dekat tempat yang disembur tu)
2. 1/4 penutup pelembut kain (tak kisah laa brand ape sebab nak bagi wangi sikit je, sebab kalau letak cuka je nanti bau busuk, kalau letak pelembut kain ni wangi la sikit baunya.)
3. Air paip (agak-agak laa sampai penuh bekas spray).
Bekas spray beli kat kedai eco je.
Cara Membuat:
Isi semua bahan-bahan dalam botol spray ni, goncang-goncangkan dah boleh spray dekat tempat mana yang kucing suka kencing/berak.
Alhamdulillah setakat ni car porch sis dah bebas bau kencing kucing..kalau tak, bukak je sliding door rase nak pengsan.
Selamat mencuba!
MW: Semoga bermanfaat perkongsian ini. Jadi buat mak-mak yang ada masalah kucing buang najis merata-rata di rumah, boleh mencuba tips yang dikongsikan ini.
Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...