Mak-mak yang suka rebus telur tak kiralah dalam kuantiti yang banyak atau sikit boleh cuba tips yang dikongsikan oleh Yaya Baiyah ini. Teknik ini cukup memudahkan. Tak perlu rebus dalam air, hanya masak dalam periuk nasi dan letak tuala basah. Lebih menarik, tak perlu risau telur pecah sebab rebus terlalu lama, dan cantik molek kejadian telurnya selepas masak, kulit telur mudah dikupas.
Berikut cara masak telur guna rice cooker yang dikongsikan sebagai panduan;
Langkah 1: Basahkan tuala dan letakkan di dalam rice cooker (tak payah letak air just basahkan tuala je).
Langkah 2: Basuh telur dan susun dalam rice cooker.
Langkah 3: Tekan button untuk memasak.
Langkah 4: Tunggu sampai button keep warm.
Siap!
Selamat Mencuba!
MW: Mudah sangat guna cara ni. Manalah tau waktu kecemasan gas habis boleh guna teknik ni. Mudah pun iya, tak perlu nak tunggu telur masak atau telur pecah sebab rebus lama sangat.
Sumber:Yaya Baiyah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Selain Tanah, Ini 4 Medium Boleh Digunakan Untuk Bercucuk Tanam
Tanah sering menjadi medium tanaman utama bagi mereka yang minat bercucuk tanam. Namun begitu, terdapat 4 lagi jenis medium tanaman lain boleh digunakan juga menanam tanaman pilihan anda.
Penggunaan medium tanaman selain tanah ini boleh digunakan oleh mereka yang suka menanam pokok di dalam rumah atau indoor. Ia juga boleh menjimatkan ruang terutamanya kepada mereka yang tinggal di apartment.
Bagi anda yang mencari-cari medium tanaman selain tanah, boleh baca perkongsian yang ditulis oleh Norlizaini Ramly aka norlie_nature melalui grup Tips Tanaman Subur Gebu Menghijau.
4 Jenis Medium Tanaman
Salam semua.. #sistakebun norlie_nature bersiaran lagi untuk perkongsian tentang medium tanaman yang kita boleh gunakan selain tanah.
Sebenarnya dalam post post sebelum ni, ada je #norlie_nature kongsikan secara tak langsung pasal medium dalam bertani ni.
Medium-medium ini juga menjadi pilihan ramai pekebun untuk tanaman teknik hidroponik, aquaponik dan segala poknikmoknik yang lain.
Jadi ibu-ibu yang suka tanaman indoor, boleh guna alternatif ini untuk gantikan medium tanah bagi tanaman indoor. Boleh mengelakkan kemalangan di rumah juga, Insya Allah.
Banyak pilihan selain tanah, cocopeat, iaitu hydro balls atau clay balls atau nama lainnya leca, perlite, vermiculate dan jiffy/peatdisc.
Ada lagi yang lain, tapi buat masa sekarang, kita bincangkan yang ini je dulu.
Kelebihan hydro balls/ clay balls/ leca:
• Hydro balls atau clay balls adalah ringan & membantu pengairan yang baik.
• Membantu memberi ruang kepada akar tanaman.
• Boleh dicampur bersama tanah untuk mengurangkan berat.
• Membantu pengairan yang baik sekaligus memastikan kesihatan akar dari rosak.
• Sesuai untuk tanaman hydroponic atau aquaponic.
• Diperbuat daripada 100% tanah liat semualajadi & mempunyai pH yang stabil
• Untuk hidroponik, air baja akan bersih je.
Kebaikan Perlite:
• Merupakan medium terbaik bagi Hidroponik & Aquaponik di samping berfungsi sebagai penapis air.
• Bahan tambahan bagi memastikan medium anda poros, bermakna tiada air berlebihan merosakkan akar.
• Meningkatkan aliran udara dalam tanah, supaya akar lebih aktif.
• Antara medium terbaik bagi pengakaran semaian keratan.
• Dicampur dengan satu bahagian peatmoss & tanah sebagai gabungan terbaik tanaman pot.
Kebaikan Vermiculite:
• Alternatif media tanaman pengganti tanah.
• Diperbuat daripada mineral yang berbeza dengan perlite.
• Sangat baik untuk pertumbuhan tanaman.
• Kandungannya lebih lembab dan mampu menampung lebih banyak kalium, kalsium dan magnesium
Artikel Berkaitan:
Nak Tanaman Subur, Serangga Menjauh Diri, Tabur Kulit Bawang Jadi Baja!
Kebaikan Jiffy / Peatdisc:
• Dibuat dari bahan mentah Sphagnum atau serat coco (sabut).
• Sangat berkualiti tinggi dan ringan.
• Penyelesaian yang baik untuk pengendalian yang bersih dan mudah.
• Percambahan benih mudah dan cepat.
• Memastikan tanaman yang tumbuh sihat dengan sistem akar kuat.
• Penanaman yang bersih dan mudah.
Cara Menggunakan Jiffy
Tambah air ke atas jiffy peat pallets.Setelah mengembang, anda boleh menanam biji benih atau masukkan anak semaian.
Setelah benih yang disemai telah bercambah, boleh pindahkan ia ke tanah atau bekas yang lain.
Pemindahan ke tanah atau bekas secara keseluruhan sekali dengan peat pallets akan meminimumkan kejutan dan kerosakan akar.
Atau boleh guna bersama netpot untuk teknik tanaman hidroponik.
Silakan share andai bermanfaat buat anda semua.
Sumber/ Foto: Norlizaini Ramly aka Sistakebun norlie_nature via grup Tips Tanaman Subur Gebu Menghijau
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tingkap Nako ‘Berwajah Baru,’ Tak Perlu Guna Modal Besar Pun Nak Bagi Lawa
Tingkap nako kebiasaannya mudah ‘ditemui’ di kediaman yang telah berusia binaannya. Tidak perlu ambil peduli andai ada orang cakap tingkap nako sudah tidak trend, tapi idea yang diolah dapat memberi nafas baru kepada tingkap kediaman.
Jika anda perasan, bagi pembangunan yang berkonsepkan industri dan minimalis, tingkap nako ini telah diguna pakai semula. Jadi bagi anda yang kediamannya menggunakan tingkap nako, jangan sedih. Ia masih ada nilai yang tersendiri.
Seperti yang dikongsikan oleh Pn Suhana Mat Rasau ini, bukanlah sesuatu yang rumit dan menelan belanja yang banyak. Cukup sekadar melekatkan mirror sticker pada setiap bilah tingkap.
Nak tahu cara pasang mirror sticker pada tingkap nako? Anda perlu ikut ENAM langkah mudah dan cepat ini.
Bahan-bahan:
1 gulung Mirror sticker (saiz 90cmx2cm @RM23.50)
Air bercampur sabun
Gunting atau pisau
Pen marker
CARA-CARA:
1. Keluarkan cermin dari bingkainya dan cuci bersih. Masa ini lah akak excersice, mana yang tidak pernah cuci tu boleh la bawak-bawak dicuci ye.
2. Dah kering betul, letak cermin atas gulungan mirror sticker. Ambil marker pen dan lukis ikut bentuk cermin. Kepingan mirror sticker yang sudah siap dilukis tadi dijadikan sukatan untuk memudahkan ketika proses memotong bilah lain nanti
– Potong mirror sticker ikut panjang dan lebar yang telah di tanda
3. Basahkan cermin dengan air yang bercampur sabun sikit.
4. Buka kepingan plastik dari mirror sticker yang telah dipotong. Plastik lapik ini sangat nipis kena betul-betul tengok untuk kopek tu
5.Tampal pada cermin yang permukaannya licin dan rata. bukan yang bertekstur tau dan ratakan elok-elok. Gunakan kain untuk tolak mirror sticker dari tengah ke tepi di samping hilangkan gelembung udara (air bubble)
6. Cermin yang telah siap dipasang mirror sticker letakkan kembali dibingkai tingkap
Ini gambar bahagian dalam dan luar tingkap setelah dipasang mirror sticker. Mudah sahaja nak pasang tambahan pula kos murah dan tak makan masa yang lama pun.
Dengan pemasangan mirror sticker ini maka terjagalah privasi penghuni seisi rumah. Tiadalah orang luar boleh nampak terus ke dalam rumah.
Sumber: Suhana Mat Rasau
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sliding Door Almari Baju Asyik Terkeluar Dari Landasan, DIY Tukar Anti Jump Roller!
Salah satu masalah bila menggunakan almari baju jenis ‘sliding’, pintunya asyik lah terkeluar dari landasan.Lagi-lagi kalau ada anak kecil yang suka main dekat pintu tu. Jika mak-mak ada masalah macam ni dekat rumah,boleh atasinya dengan DIY tukar kepada Anti Jump Roller sebagai penyelesaian.Boleh beli di Shopee je, harga pun tak mahal mana.
Baca perkongsian tip dari Basyeer Hulala ini.
Untuk sesapa yang ada masalah sliding door almari baju asyik terkeluar dari landasan, boleh diy tukar anti jump roller macam ni.
Yang v2 tu jenis asal, takda besi memanjang terjuntai tu berfungsi sbgai anti jump. Dia jadi macam spring kita boleh tolak masuk roller tu ke dalam. Mostly memang sliding door closet jenis macam ni.
Ada banyak seller yang jual, boleh cari dalam shopee.
Kalau sliding door memang macam dalam gambar first tu, cuma beli yang roller set saja. Yang lain tak perlu. Untuk stopper tu nak mudah guna gam lilin saja lekat dekat rail tu.
Semoga bermanfaat, Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Rumah Sewa Tiada Almari, Buat Macam Ni Bajet RM40, JIMAT!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi bila pintu almari tu, asyik lah terkeluar dari landasan, boleh ikut tip yang dikongsikan ini. DIY tukar guna Anti Jump Roller je.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI